August 4, 2020

TUNTUTAN FILIPINA TERHADAP  SABAH

(Fikrah Bangi:  626),

BBB:  14 Zulhijjah 1441H. = 04 Ogos 2020M.  (Selasa).

 

Merumitkan keadaan, penentangan terhadap penubuhan Malaysia disertai sama menentang ialah Filipina yang pada masa itu di bawah pimpinan Presiden Macapagal. Filipina bukan setakat  menentang, tetapi membuat tuntutan dengan mendakwa, bahawa  Sabah  adalah sebahagian dari Filipina, kerana Sabah adalah  sebahagian daripada Kerajaan Sulu di selatan Filipina.

 

Dari segi sejarahnya telah berlaku perubahan dari segi pemerintahan yang dakwaan tidak lagi valid. Pada masa Sabah di bawah kekuasaan East Hindia Company,tiada tuntutan negara itu terhadap Sabah. Bahkan Filipina tidak mengiktiraf  Kesultanan Sulu sebagai satu kuasa, bahkan kawasan selatan Filipina tidak menguasai sepenuhnya bahagian selatan yang dikenali dengan Bangsa Moro. Bangsa Moro ini sepanjang sejarahnya sebagai  wilayah Islam, terus menentang Kerajaan Filipina dan mendakwa mereka tidak pernah dijajah. Mereka mempunyai otonomi  dan berkerajaan sendiri sebagai bangsa Moro.

Di dalam hal ini  Kerajaan Filipina  bersifat double standard. Dari satu segi Kerajaan Filipina  mendakwa kawasan selatan di bawah  bangsa Moro, sebagai kawasannya, tetapi dari satu segi  kekuasaannya ditolak oleh bangsa Moro. Mereka mau memerintah sendiri. Tanpa menyelesaikan masalahnya dengan bangsa Moro itu, Filipina menganggap ia menguasai sepenuhnya terhadap bahagian selatan dan mengakwa Sabah sebahagian dari Filipina yang tidak ada bukti Sabah diperintah oleh Sulu selepas dikuasai oleh Syarikat East Hindia Company.. Tiada bukti juga   semasa rundingan bahawa Sabah di bawah pemerintahan Sulu, sebaliknya yang membuat keputusan ialah rakyat Sabah sendiri. Rakyat Sabah yang sebahagian daripadanya didakwa di bawah Kerajaan Sulu, sebenarnya lebih senang berada di dalam Malaysia. Mereka lebih bebas mengamalkan agama Islam yang mereka anuti.

 

Apa yang jelas, bahagian selatan Filipina hingga kini kawasan tidak aman., Mereka tidak menerima kedaulatan Filifina sepenuhnya. Kekacauan dan peperangan  demi merebut kekuasaan sering terjadi. Segolongan  daripada mereka  bersifat militan, terutama pengikut kumpulan Abu Sayyaf, mengambil pendekatan sebagai lanun dan merompak pelancong hingga menyebabkan tiada keamanan pada bahagian selatan.

Situasi ini terepaksa ditanggung oleh Malaysia danmenumpukan sebahagian dari pasukan pertahanannya menjaga pertahanan dan keamanan diperairan bahagian utara Sabah.

Apa yang jelas, tiada suara dari rakyat Malaysia di Sabah yang iingin berada di bawah Sulu dan Kerajaan Fili[ina. Penegasan mereka dapat dibuktikan dari pilihanraya-pilihanraya yang diadakkan. Sebaliknya lebih ramai dari penduduk selatan Filipina untuk berada di Sabah, jika diizinkan. Mereka terpaksa dihantar pulang. Jika diberi peluang lebih ramai daripada mereka memilih untuk menetap di Sabah, bahkan kita percaya jika bahagai selatan Filipina diberi peluang menyertai Malaysia, mungkin lebih ramai menyetujuinya.

Dalam kata lain tuntutan Filipina termasuk dakwaan terbaru sebelum pembubaran Dewan Undangan  Negeri Sabah menjelang Idul Adhha baru-baru ini lebih bersifat kontroversi dan mau mengeruhkan suasana, tiada sambutan dan tiada sokongan dari rakyat Sabah.. Keharmonian patut dijaga oleh kerajaan Filipina. Mencari persengkitaan tidak memberi faedah bagi kedua-dua pihak.

 

Sekian.


No comments:

Post a Comment