August 12, 2020

 

PEMANTAPAN

(Fikrah Bangfi: 631),

BBB:  22 Zulhijjah 1441H. = 12 Ogos 2020M. (Rabu).

 

Negara kita telah melalui  dua siri penting.

Siri pertama ialah kemerdekaan tanahair dan pembentukan Negara Malaysia. Peranan ini adalah di bawah pimpinan Tunku Andul Rahman  dan pemimpin  dari Sabah dan Sarawak. Walaupun ada kekurangan, misalnya tidak berjaya bersama Singapura dan Brunei, tahap ini adalah penting dan tidak dapat dinafikan kepentingannya. Tahap ini adalah tahap Asas.  Mengingati kemerdekaan tanahair wajar tokoh-tokoh bukan saja Tunku Andul Rahman, bahkan tokoh seperti Tun Mustafa, Tun Fuad Stepehen, dari Sabah, juga Tun Jugah Anak Baring, , Kaluningken, Abdul Rahman Ya`kon, juga Lee Kuan YU dan  pihak Diraja Brunei dikenangi sebagai mereka yang mencipta sejarah bagi pembentukan Malaysia, walaupun Singapura dan Brunei akhirnya tidak bersama Malaysia.

 

Sebagaimana disebut dalam pembinaan Malaysia, terutama dalam era Tunku Abdul Rahman banyak kejayaan, tetapi ada kelemahan menyebabkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 berlaku pertukaran  pimpinan pemerintahan.

Siri kedua ialah siri membina kemantapan yang berlaku selama setengah abad, iaitu dari 1970 hingga 2020. Siri kedua ini kita namakan sebagai siri pembinaan kemantapan. Episod-episod yang berlaku di dalam siri ini tidaklah semuanya berjalan dengan baik.

Tokoh-tokoh pimpinan  mempunyai legasi yang mengidentitikan kepimpinan mereka.

Tunku Abdul Rahman ketara kepimpinan ssebagai Bapa Kemerdekaan dan  kebangsaan Malaysia.

Tun Razak Bapa Pembangunan dan Pengasas Dasar Pelajaran  Malaysia.

Tunn Hussein Onn dikenali sebagai Tokoh yang jujur dan berterus terang.

Tun Mahathir toloh yang pragmatik dan energistik membawa perubahan yang besar kepada imej dan kemajuan negara terutama sekitar 1983 hingga 1999. Namun selepas itu imej kepimpinannya bagi tempoh kedua tidak secemerlang sebagaimanat tempoh bahagian pertama. Tempoh kedua dapat disifatkan tempoh kecelaruan.

Tun Abdullah Badawi disifatkan sebagai Mr. Clean. Tiada gelombang yang membadaikan pemerintahan. Zamannya tenang. Walau bagaimana dengan ketenangannya ada yang tidak menyenangkan.

Datuk Seri Najib berada di dalam zaman kegoncangan. GST dan IMDB memasalahkannya bahkan membawa kepada kejatuhannya.

Pakatan Harapan diberi mandat dengan harapan tinggi rakyat. Tidak sampai dua tahun harapan  rakyat tidak kesampaian. Berlaku pertukaran pimpinan kali kedua Tun Mahathir.

Tan Sri Muhyiddin Yasin diberi kepercayaan memimpin. Satu ujian yang besar berlaku sebaik bermula kepimpinan, iaitu wabak Covid-19,melanda negara dan dunia. Muhyiddin sedang diuji dari segi kepimpinan. Mungkinkah tokoh yang di luar jangkaan dari segi kepimpinan ini akan menyerlahkan kewibawaannya ?

 

Di atas dilihat hanya dari segi kepimpinan, banyak lagi yang dapat dilihat. Dalam tempoh setengah abad ini Malaysia masih dalam proses kemantapan di dalam membina Negara Bangsa.

Sekian.

No comments:

Post a Comment