KONFRONTASI !
(Fikrah
Bangi: 625),
BBB: 13 Zulhijjah 1441H. = 03 Ogos 2020M.
(Isnin).
Cabaran
yang paling sengit dihadapi berikut dari penubuhan Malaydia ialah tentangan dari negara jiran, iaitu dari Indonesia dan
Filipina.
Indonesia
bersempadan secara langsung dengan Malaysia dari segi daratan membelah dari Sarawak ke utara bahagian barat pulau Borneo dan pada bahagian selatan dari Singapura
bersempadankan laut Pulau Batam dan Riau. Manakala pada bahagian utara bagi Sabah adalah
bersempadan dengan Filipina ialah Laut Sulu.. Bagi kedua-dua negara Malaysia
dianggap menggugat kestabilan mereka,
bahkan mencabar kewibawaan mereka.
Khususnya
pembicaraan dari segi gugatan Infonesia, penubuhan Malaysia dilihat sebagai
penerusan pengaruh imperialis Barat di Timur
Jauh. Sedang Indonesia sedang berjuang menentang imprialis Barat.
Perlu
diingat, pemimpin Indonesia pada masa itu, iaitu Presiden Sukarno
adalah seorang tokoh yang dihormati, yang telah memperjuangkan
kemerdekaan Indonesia secara mengangkat senjata menentang perkembalian penjajah
Belanda selepas Peperangan Dunia Kedua dan Indonesia berjaya mencapai kemerdekaan secara revolusi
berdarah menentang Belanda dan
mengisytiharkan kemerdekaan pada 1947. Bagi Indonesia penubuhan Malaysia di
hadapan matanya sebagai penerusan kuasa
imprealis harus ditentang. Ia mencabar perjuangannya.
Perlu
diingat, pada tahun 1960an dua kuasa dunia paling berpengaruh, iaitu kuasa imprealis Barat di bawah pimpinan
Amerika yang Presidennya seorang tokoh
terkenal dan berwibawa, iaitu John F. Kennedy, sedang blok kedua dunia yang
sama terkenal ialah kuasa komunis
Rusia di bawah pimpinan Presiden Kruscheve.
Bagi mengimbangi dua blok dunia ini, beberapa
pimpinan Dunia Ketiga menubuhkan Blok
Negara-Negara Berkecuali yang disertai
negara-negara dan pimpinan terkenal,
iaitu Presiden Jawaharlal Nehru
dari India, Presiden Sukarno
dati Indonesia, Presiden Tito
dari Yogoslovakia dan Presiden Jamal Abdul Nasir dari Mesir. Kuasa Dunia
Ketiga ini amat dihormati dan mampu mengimbangi Blok Barat dan Blok
Komunis di bawah pimpinan Presiden Krushcheve dari Rusia dan Mou Tze Tomg yang juga pemimpin Komunis China.
Dalam
kata lain pimpinan Sukarno sebagai Presiden Indonesia dan Pemimpin Dunia Ketiga
adalah digeruni dan baginya memandang
Malaysia sebagai musuh ideologi dan
geografi. Tengku dilihat tidak menghormati Indonesia dan tidak pernah
berunding dengan Indonesia bagi
penubuhan Malaysia. Yang dirundingi ialah dengan British. Lantaran itu
Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia. Sukarno sebagai seorang
Pemidato terkenal menyerang dan menggugat Malaysia di dalam pidato-pidato yang
memikat.
Senada
dengan Sukarno sama menyerang dalam ucapan-ucapan ialah Subandrio Perdana
Menteri Indonesia, juga Aidit pemimpin Parti Komunis Indonesia. Ungkapan
popular diguna mereka ialah `Ganyang Malaysia.`
Serangan
terhadap Malaysia bukan setakat lisan, tetapi melalui risikan Duta Indonesia di
Kuala Lumpur, Sukarna mengatur serangan
provokasi terhadap Malaysia dengan menggugurkan pasukan Payumng Terjunnya di
Labis, Johor dengan harapan mereka yang ramai berketurunan Jawa akan membantu
serangannya, tetapi tidak mendapat sokongan dan penceronoh ditangkap.
Sukarno
pada masa itu memang dilihat tokoh yang amat berwibawa. Dan Tunku nampaknya
tidak cuba mengatur pertemuan dengan
Sukarno yang memang berlainan ideologi itu.
Diplomasi
untuk perdamaian hanya berlaku pada zaman Tun Razak menjadi Perdana Menteri, bermula dengan
kedatangan Adam Malik ke Malaysia yang
meredakan konfrontasi Indonesia dan membawa kepada pengiktirafan terhadap
Malaysia yang diungkapkan sebagai, ``Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum
jua`` dan diibaratkan sebagai `Bedok
berlalu kiambang bertaut`.
Sekian.
No comments:
Post a Comment