KATALIS DAN
FORMULA
(Fikrah
Bangi: 633),
BBB: 26 Zulhijjah 1441H. = 16 Ogos 2020M. (Ahad).
Telah
disebutkan, bahawa pengalaman yang pahit selalu memberi pengajaran yang
berkesan bagi seseorang, bahkan bangsa yang mengalaminya. Ianya ibarat ubat
yang mujarrab yang dapat memulih dan memberi keaktifan baru yang mengalaminya.
Bagi
kita, bahkan dunia, pengalaman pahit yang sedang dialami, ialah serangan
Covid-19 yang menjadikan semua panik dengan penularan wabak dan kematian yang
begitu tinggi. Setakat 14.8.2020 statistik
menunjukkan kematian akibat dari wabak tersebut di seluruh dunia ialah 751,,448
kematian dengan Amerika sebuah negara dianggap termaju mengalami kematian
sejumlah 168.777 . Diikuti negara-negara
seperti Brazil, India, Rusia dan negara-negara yang lain. Malaysia turut
mengalami wabak berkenaan dan mengalami 125 lematian dan dianggap antara negara
terbaik yang berjaya mengawal wabak berkenaan yang masih menular di dunia ini.
Apa
yang hendak ditekankan, peristiwa pahit dan dari satu segi menonjolkan kewibawaan
Malaysia ini hendaklah dijadikan sebagai katalis bagi Malaysia bangkit bergerak
maju dan menjadi titik bergerak ke arah
memperbaiki diri dan meningkat dari segi kemajuan.
Masa
ini adalah sesuai dengan tempoh
era kemerdekaan yang telah dilalui lebih dari setengah abad itu. Dalam
hal ini Malaysia perlu berlomba dengan negara-negara lain yang sama mengalami
keperitan akibat dari wabak Covid-19.
Pembaharuan
yang perlu dilalui ialah, bagaiama
kaedah pemulihan ekonomi yang terjejas dengan teruk itu. Kaedah
pengajian yang menuntut penyesuaian dengan
perubahan, tetapi seharusnya dapat mempertahan, bahkan seharusnya
meningkatkan kualiti. Kaedah penyesuaian komunikasi setempat dan antarabangsa
yang menghadkan pergerakan, tetapi memperkembangkan hubungan secara maya atas
talian. Kaedah bekerja juga berubah. Hubungan dan kehadiran secara langsung
berkurang dan diambilalih oleh hubungan secara internet dan digital. Malaysia
hendaklah bergerak dengan mempelopori semua bidang-bidang baru untuk sama
diterokai. Perubahan ini banyak bergantung dari segi kemajuan pada generasi
baru. Tumpuan hendaklah diberi keutamaan bagi memajukan mereka sebagai front
liners bagi perlumbaan kemajuan.
Ancaman
Covid-19 hendaklah dijadikan katalis bagi kebangkiyan, tetapi nilai-nilai
positif di dalam kehidupam hendaklah diambil sebagai nilai dan kemajuan yang mencorakkan identiti dan jati diri negara bangsa. Nilai-nilai
dimaksudkan antaranya sebagaimana terumus di dalam Rukun Negara. Keharmonian masyarakat
yang berbilang kaum. Perlumbaan sihat antara mereka di dalam mengejar kemajuan.
Sifat tolong menolong dan gotong royong yang subur di dalam masyarakat
tradisi dikembangkan ke dalam konsep
kejiranan, NGO, sukarelawan dan berbagai
agensi yang mementingkan kebajikan.
Faktor-faktor
penyatuan masyarakat hendaklah diberi keutamaan. Sepert ipenggunaan bahasa kebangsaan yang telah
berjaya memajukan masyarakat dan hendaklah dipertingkatkan melalui pengajian
keilmuan. Tokoh-tokoh dan watak yang memajukan
masyarakat serta pejuan-pejuang tanahair perlu dikenangfi dan dihayati generasi
sebagai teladan dan aspirasi perjuangan. Menjadikan fenomena tanahair yang menarik sebagai
tontoban yang membangkitkan cinta dan kasih sayang kepada negara. Gemar
melancong ke lokasi-lokasi tempatan dapat memupuk cintakan tanahair. Pertandingan
sukan juga dapat digunakan sebagai kaedah menyatukan masyarakat dan memupuk pertandingan secara sihat.
Pendek
kata visi dan misi baru hendaklah diwujudkan di dalam memupuk suasana penghidupan baru pasca Covid-19.
Inspirasi dan semangat baru ditiupkan ke dalam dada warga negara yang semuanya menerima kesan Covid-19 dan
masing-masing dengan sedar mau melangkah ke era baru yang penuh cabaran.
Cabaran-cabaran seharusnya menjadi
katalis kemajuan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment