August 11, 2020

 

KURANG  KEYAKINAN ?

(Fikrah Banbgi: 630 ),

BBB: 21 Zulhijjah 1441H. = 11 Ogos 2020M. (Selasa).

 

Antara faktor yang penting  dapat memajukan masyaarakat ialak pelajaran. Bagi memajukan masyarakat dari segi ekonomi memerlukan pelajaran dan bagi menyusun  masyarakat juga memerlukan ilmu.  Menjeleng kemerdekaan dan juga pada awal kemerdekaan, bukan saja berlaku polarisasi dari segi ekonomi dalam mana masyarakat miskin tinggal di kampung dan luar bandar, mereka terdiri dari masyarakat bumiputra dan India dan yang berada  di bandar dan lebih baik dari segi pengusaan bidang ekonomi, tetapi pada masa itu juga berlaku polarisasi dari segi pelajaran.

 

Mereka yang dianggap terpelajar tinggal di bandar dapat belajar ke peringkat menengah melalui medium berbahasa Inggeris,, manakala yang di luar bandar belajar setakat sekolah rendah beraliran Melayu dan tidak ada peluang ke sekolah menengah, kecuali melalui , special Malay.

Sebelum merdeka (1956), sudah diwujudkan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikenali dengan Penyata Razak. Dasar ini sepatutnya dilaksanakan bersama dengan kemerdekaan tanahair, tetapi berlaku kelewatan. Adalah dipercayai  oleh kerana kurang persediaan, misalnya tiada sekolah menengah kebangsaan, masih ketiadaan  guru dan tiada kurikulum. Bahkan tiada keyakinan menyebabkan  kecuaian. Pengajian menengah yang sepatutnya bermula dari zaman kemerdekaan tertangguh, sehingga  didirikan Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Sekolah Dato` Andul Razak, Sekolah Alam Shah dan Tunku Khursiah selepas 1960an. Rancangan menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan kebangsaan sepuluh tahun selepas merdeka (1967) tertangguh dua tahun (1969) dan Universiti Kebangsaan yang sepatutnya dirikan pada masa itu juga tertangguh.

Walau bagaimana kealpaan dan ketiadaan kesungguhan ini tidak dibuarkan begitu sahaja, sebaliknya pada masa itu wujud gerakan massa yang kuat mendesakkan pelajaran menengah diperluaskan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi dan Universiti Kebangsaan segera didirikan. Pendesak-pendesak antaranya, Kesatuan Guru-Guru, Badan Penulis Nasional dan negeri-negeri,, pelajar-pelajar, pimpinan Institusi Bahasa  dan berbagai-bagai gerakan.  Tuntutan supaya dirasmikan  bahasa Melayu dan diwujudkan sekolah menengah secara meluas dan sebuiah Universiti Kebangsaan didirikan adalah berlaku bersama ketidakpuasan dari segi polarisasi ekonomi yang membawa kepada keresahan sosial dan berlaku peristiwa 13 Mei 1969 itu.

 

Mulai dari 1970 berlaku perubahan sosial. Akibatnya mulai berlaku penyusunan  ekonomi kepada yang kurang dari segi polarisasi kaum, pengajian menengah menjadi menyeluruh, bahkan sekolah-sekolah menengah Inggeris bertukar kepada sekolah menengah kebangsaan, tanpa mengabaikan bahasa Inggeris, Universiti Kebangsaan Malaysia didirikan (18 Mei 1970) yang kemdian semua universiti yang ada dan bakal didirikan menurut Dasar Pelajaran Kebangsaan. Bukan itu sahaja, bahkan pimpinan politik pemerintahan negara turut berubah selepas 1970.

Mulai tahun 1970 dapat dikatakan zaman era baru bagi negara Malaysia, terbuka berbagai-bagai peluang untuk perubahan

Kemajuan Malaysia bergantung kepada  pucuk pimpinan pemerintahan, perubahan dan peningkatan dari segi pelajaran dan pendidikan negara., kemajuan negara dari menggerakkan sektor ekonomi dan peluang rakyat mengambil bahagian di dalam berbagai bidang kemajuan

Sejauhmanakah perubahan dan kemajuan berlaku dan mampu  dicapai  ? 

Sekian.

No comments:

Post a Comment