August 6, 2020

STATUS  QUO

(Fikrah Bangi:  627),

 BBB:  16 Zulhijjah 1441H. = 06 Ogos 2020M. (Khamis).

 

Melihat kepada penubuhan Negara Bangsa, khususnya di Asia Tenggara, maka polanya amat bergantung kepada nasib sejarah mutakhir yang dialami oleh negara-negara di kawasan tersebut, Sejarah yang dominan ialah kesan penjajahan yang diterima oleh negara-negara berkenaan. Kita lihat, meskipun  kesan berlaku selepas Perang Dunia Kedua, tetapi pola pembentukan negara bangsa di kawasan berkenaan tidak berubah.

Pola pembentukan Negara Bangsa selepas Peperangan Dunia Kedua yang terus kekal, ialah Negara Bangsa:

Indonesia  hasil dari pola geografi dari penjajahan Belanda

Vietnam, Kamboja dan Lous dari bekas penjajahan Perancis

Filipina  hasil dari bekas tanah Jajahan Spanyol

Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak bekas tanah jajahan British

Membicara khusus  di kawasan Alam Melayu, secara umum kawasan ini sejak dari zaman pra-penjajahan dikenali dengan Gugusan Pulau Melayu. Tiada pembahagian yang jelas dari segi persempadanan Negara Bangsa di Kepulauan tersebut, selain daripada sebelumnya dikenali dengan Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Kesultanan Brunei, Kesultanan Manila dan Sulu.

Bila Jepun memerintah berikut dari Perang Dunia Kedua, Jepun menyatukan pemerintahan antara Semenanjung Tanah Melayu dengan Sumatera. Penyatuan ini tidak kekal selepas kekalahannya di dalam Perang Dunia Kedua.

Ada percubaab di dalam perjuangan kemnerdekaan di Indonesia dan Malaya  menyatukan antara Indonesia dengan Malaya. Bung Hatta (Timbalan Presiden Indonesia) menjelang kekakahan Jepun bertemu dengan Dr.  Burhanuddin Hilmi  Pejuang  di Malaya bagi mengisytiharkan Kemerdekaan bersama  penyatuan Indonesia-Malaya, tetapi usaha ini gagal. Sukarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia menurut pola Negara Bangsa berdasarkan Bekas Tanah Jajahan Belanda, sedangkan British kembali menguasai Malaya sebelum mencapai kemerdekaan.

Selepas konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia  oleh Indonesia dan juga penentangan Filipina terhadap pembentukan Malaysia ada rundingan bagi pihak pimpinan Malaysia, Indonesia dan Filipina bagi membentuk kesatuan longgar yang dikenali dengan Maphilindo Bermaksud Kesatuan Malaysia, Filipina dan Indonesia sebagai negara-negara serumpun dari satu keturunan Melayu. Tetapi gagasan ini dilihat sebagai escapisma dan tiada menjadi  kenyataan.

Pola Negara Bangsa terutama yang bersengkita pada permulaan pembentukan Malaysia,tetap kukuh berdasarkan geografi bekas tanah jajahan, iaitu:

Indonesia bekas tanah  jajahan Belanda

Filipina  bekas tanah jajahan Spanyol

Malaysia bekas tanag jajahan British.

Walaupun Singapura dikeluarkan dari Malasia (1965) dan Brunei tidak menyertai Malaysia, tetapi darisegi kedudukan geografi berada di dalam kawasan berdekatam dan amat bergantung antara satu sama lain.

Ini bererti status quo dari pola bekas tanah jajahan atau di bawah pengaruh berkenaan berterusan.

Pola dan nasib sejarah ini  dipertahankan dan dilihat inilah pembahagian Negara Bangsa yang perlu dibangun dan dimajukan.

Sekian.


No comments:

Post a Comment