TUNTUTAN
FILIPINA TERHADAP SABAH
(Fikrah
Bangi: 626),
BBB: 14 Zulhijjah 1441H. = 04 Ogos 2020M. (Selasa).
Merumitkan
keadaan, penentangan terhadap penubuhan Malaysia disertai sama menentang ialah
Filipina yang pada masa itu di bawah pimpinan Presiden Macapagal. Filipina
bukan setakat menentang, tetapi membuat
tuntutan dengan mendakwa, bahawa
Sabah adalah sebahagian dari
Filipina, kerana Sabah adalah sebahagian
daripada Kerajaan Sulu di selatan Filipina.
Dari
segi sejarahnya telah berlaku perubahan dari segi pemerintahan yang dakwaan
tidak lagi valid. Pada masa Sabah di bawah kekuasaan East Hindia Company,tiada
tuntutan negara itu terhadap Sabah. Bahkan Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu sebagai satu kuasa, bahkan
kawasan selatan Filipina tidak menguasai sepenuhnya bahagian selatan yang
dikenali dengan Bangsa Moro. Bangsa Moro ini sepanjang sejarahnya sebagai wilayah Islam, terus menentang Kerajaan
Filipina dan mendakwa mereka tidak pernah dijajah. Mereka mempunyai
otonomi dan berkerajaan sendiri sebagai
bangsa Moro.
Di
dalam hal ini Kerajaan Filipina bersifat double standard. Dari satu segi
Kerajaan Filipina mendakwa kawasan
selatan di bawah bangsa Moro, sebagai
kawasannya, tetapi dari satu segi
kekuasaannya ditolak oleh bangsa Moro. Mereka mau memerintah sendiri.
Tanpa menyelesaikan masalahnya dengan bangsa Moro itu, Filipina menganggap ia
menguasai sepenuhnya terhadap bahagian selatan dan mengakwa Sabah sebahagian dari
Filipina yang tidak ada bukti Sabah diperintah oleh Sulu selepas dikuasai oleh
Syarikat East Hindia Company.. Tiada bukti juga semasa rundingan bahawa Sabah di bawah
pemerintahan Sulu, sebaliknya yang membuat keputusan ialah rakyat Sabah
sendiri. Rakyat Sabah yang sebahagian daripadanya didakwa di bawah Kerajaan
Sulu, sebenarnya lebih senang berada di dalam Malaysia. Mereka lebih bebas
mengamalkan agama Islam yang mereka anuti.
Apa
yang jelas, bahagian selatan Filipina hingga kini kawasan tidak aman., Mereka
tidak menerima kedaulatan Filifina sepenuhnya. Kekacauan dan peperangan demi merebut kekuasaan sering terjadi.
Segolongan daripada mereka bersifat militan, terutama pengikut kumpulan
Abu Sayyaf, mengambil pendekatan sebagai lanun dan merompak pelancong hingga
menyebabkan tiada keamanan pada bahagian selatan.
Situasi
ini terepaksa ditanggung oleh Malaysia danmenumpukan sebahagian dari pasukan
pertahanannya menjaga pertahanan dan keamanan diperairan bahagian utara Sabah.
Apa
yang jelas, tiada suara dari rakyat Malaysia di Sabah yang iingin berada di
bawah Sulu dan Kerajaan Fili[ina. Penegasan mereka dapat dibuktikan dari
pilihanraya-pilihanraya yang diadakkan. Sebaliknya lebih ramai dari penduduk
selatan Filipina untuk berada di Sabah, jika diizinkan. Mereka terpaksa
dihantar pulang. Jika diberi peluang lebih ramai daripada mereka memilih untuk
menetap di Sabah, bahkan kita percaya jika bahagai selatan Filipina diberi
peluang menyertai Malaysia, mungkin lebih ramai menyetujuinya.
Dalam
kata lain tuntutan Filipina termasuk dakwaan terbaru sebelum pembubaran Dewan Undangan
Negeri Sabah menjelang Idul Adhha
baru-baru ini lebih bersifat kontroversi dan mau mengeruhkan suasana, tiada
sambutan dan tiada sokongan dari rakyat Sabah.. Keharmonian patut dijaga oleh
kerajaan Filipina. Mencari persengkitaan tidak memberi faedah bagi kedua-dua
pihak.
Sekian.
No comments:
Post a Comment