August 17, 2020

 

NEGARA  BERILMU

(Fikrah Bangi:  633),

BBB: 27 Zulhijjah 1441H. =  17 Ogos 2020M. (Isnin).

 

Syarat bagi maju, berjaya, cemerlang atau sebarang maksud yang bersamaan dengannya baik bagi negara, bangsa, kelompok dan individu ialah berilmu. Maksud Negara Berilmu adalah dalam erti kata yang luas yang memaksudkan kepada kejayaan berkenaan. Tiada siapa yang dapat menafikan tentang pentingnya ilmu dan ianya menjadi faktor kepada kemajuan. Kemajuan di dalam kehidsupan yang kita alami kini adalah hasil dari keimuan. Bandingkan kehidupan pada zaman primitif  dan kini -  amat berbeza,  kemajuan adalah melalui ilmu. Jadi bagi mencapai keilmuan hendaklah melalui ilmu.

Kerana ilmu faktor bagi kemajuan, maka hendaklah kesedaran dan berilmu berlaku di dalam negara yang mau maju. Lantaran negara adalah  sebuah entiti yang di dalamnya memaksudkan sebuah kawasan yang relatifnya luas dan mempunyai kependudukan yang ramai dan yang pentingnya di dalam negara berkenaan ada kepimpinan. Iaitu ada  Ketua Negara dan  kumpulan yang membantunya di dalam pentadbiran, maka kesedaran  berilmu dan pentingnnya ilmu bagi kemajuan negara hendaklah terutama datangnya dari Ketua Pimpinan dan  mereka yang membantunya.

 

Untuk membangun Negara Berilmu, hendaklah syarat utama kepimpinan ini berilmu dan sedar akan keopentingan ilmu dan mengambil tindakan   agar mereka yang memimpin, bahkan masyarakat berilmu.

Pemimpin yang berilmu adalah cintakan ilmu dan memberi keutamaan membina masyarakat berilmu, maka dengan masyarakat berilmu menjadikan mereka dan  negara sebagai Negara Berilmu.

Menjadikan Negara Berilmu sehjarusnya mempunyai perancangan yang rapi yang dapat menyeluruhkan ilmu.

Kesedaran Negara Berilmu menggerakkan kepimpinan menyediakan peruntukan dan kemudahan bagi semua pihak  kesedaran berilmu, berusaha mendapatkan ilmu dan cintakan ilmu.

Memupuk Negara Berilmu  adalah melalui berbagai-bagai pendekatan

1)   Pendidikan formal

Maksud pendiudikan formal ialah pendiduikan rasmi ialkah melalui  pra- persekolahan, persekolahan, kolej, universiti dan yang seumpamanya.

2)   Pendidikan bersama pekerjaan

Tidak dapat dinafikan sebarang pekerjaan sama ada di pejabat, kilang,, bahkan boroh dan petani, jika mereka di dalam pekerjaan diberi pendidikan dan latihan semasa bekerja sudah tentu prestasi mereka semakin baik dan memberi pulangan bagi semua pihak semakin baik. Pendidikan sedemikian tidak semestinya ditanggung oleh kerajaan,tetapi oleh swasta dan pihak-pihak berkenaan.

3)   Pendidikan sepanjang hayat

Pendidikan tidak seharusnya terhad kepada pendidikan formal dan di tempat pekerjaan, tetapi  hendaklah bersifat sepanjang hayat. Jika di dalam kehidupan manusia perlu kepada makan minum berterusan, maka demikian juga dengan  pendidikan seharusnya berterusan. Perlu ada institusi bagi pendidikan berterusan seperti masjid, surau,  pusat komuniti dan masyarakat yang diwujudkan, maka melalui institusi berkenaan masyarakat diberi pendidian dan bimbingan. Misalnya tentang ekonomi rumah tangga, kesihatan, kaunseling keluarga dan berbagai pendidikan dan batuan keilmuan  bagi masyarakat.

4)   Pendidikan Umum

Pihak berkuasa menggunakan berbagai media bagi menyalurkan pendidikan dan keilmuan, misalnya melalui tv, radio dan berbagai saluran maklumat yang lain. Saluran maklumat hendaklah  mengutamakan keilmuan di samping hiburan.

5)    Wadah Masyarakat

Bermaksud, keilmuan menjadi perbincangan  biasa di dalam masyarakat dan menjadikannya kebiasaan kehidupan.

Pemimpin bila bercakap selalu merujuk pendapat ilmuan dan rujukan kepada bahan bacaan.

Semua pihak kepimpinan mendampingi ilmuan dan punca rujukan.

Masyarakat juga gemar berbincang soal imu dan dapatan

Dan suasana kehidupan adalah berorientasikan ilmu.

Dengan berilmu tidak rugi dia menjadikan masyarakat lebih berkualiti, kurang pengangguran, rendah dari jenayah,kurang ketamakan dan kekayaan negara dapat diagih kepada semua dan hidup masyarakat lebih sejahtera dan bahagia.

Sebenarnya Negara Berilmu perlu kepada Amali dan  Qualiti yang tinggi. Perlu kepada pembicaraan dan ruang lingkup yang lebih luas.

 

Sekian.

No comments:

Post a Comment