May 11, 2012

Bersama Memperkasakan Pas Johor

Shah Alam, 07 Jamadil Akhir 1433 = 29 April 2012 (Ahad):

Photobucket

Persatuan Anak Johor Di Perantauan mengadakan Makan Malam pada malam ini bertempat di Kompleks Belia, Seksyen 7, Shah Alam. Tujuan diadakan Makan Malam pada malam ini ialah untuk memungut dana Pas Johor bagi menghadapi pilihanraya ke 13 yang masanya begitu dekat. Oleh kerana sebahagian tenaga yang berusaha bagi mengadakan Makan Malam pada malam ini adalah dari Bukit Mahkota di bawah Dun Bangi, maka Adun Bangi turut memberi sokongan dan hadir ke Majlis Makan Malam pada malam ini seramai 5 orang.

Tokoh Utama yang dijemput hadir pada malam ini ialah Yang Berhormat Dato` Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden Pas. Turut hadir ialah Ybhg Dr. Mahfuz Pesuruhjaya Pas Negeri Johor. Y.B Salahuddin Ayub Naib Presiden Pas, Puan Atiah binti Ahmad Ketua Muslimat Johor. Antara tamu yang hadir ialah Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Sapari Exco Pemodanan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri Selangor.

Photobucket

Majlis makan malam ini dihiasi dengan nasyid, pembacaan puisi dan ucapan-ucapan. Ybhg Dr Mahfuz mengalu-ngalukan kehadiran Ybhg. Tuan Guru Presiden yang sanggup datang ke Shah Alam. Menurut Dr. Mahfuz, ``Tugas Besar Pas Johor ialah mendapat keyakinan rakyat bagi menyokong Pas dan meruntuhkan Umno yang dianggap kebal di Johor. Bagi memikul tugas yang berat ini Pas Johor perlukan dana. Inilah yang membawa Pas mengadakan Makan Malam dengan kerjasama Persatuan Anak Johor di perantauan.`` Kata Dr. Mahfuz, ``Al-Hamdulillah syukur dengan sokongan semua yang hadir memenuhi Dewan Belia yang begini luas objektif mengadakan Makan Malam pada malam ini mencapai objektif, tetapi objektif paling utama ialah memenangi pilihanraya. Ini memerlukan sokongan dan kerjakuat dari saudara-saudara dari Johor dan bantuan dari luar Johor.``

YB Saudara Salahuddin Ayub yang disebut-sebut bakal kembali ke Tanah Kelahirannya – Johor, menyebut bahawa mendapat sokongan rakyat Johor adalah jihad dan perjuangan. Beliau menyahut seruan ini dan berazam untuk kembali di Johor dan bertanding di Johor – Insya Allah. Pernyataan hasrat beliau itu disambut dengan Takbir ! Beliau menceritakan incident-inciden yang dialaminya memasuki kawasan-kawasan hitam di Johor. Menurutnya, ``Ini adalah petanda mereka gerun dan takut dengan kehadiran kita.`` Menurutnya, ``Tugas kita ialah memberi keyakinan kepada rakyat Johor, bahawa kita menawarkan sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka ikuti selama ini.``

Photobucket

Y.B. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang berucap dengan menyebut bahawa, ``Apa yang dinamakan Umno kebal di Johor, sebenarnya tidaklah kebal. Pada pilihanraya ke 10, dominasi Umno Johor mulai tergugat bilaman Pas mulai menang di Johor. Pada pilihanraya ke 12 kita menambahkan kerusi kepada dua. Ini menandakan rakyat mulai memberi kepercayaan kepada Pas. Tuntutan ialah para kader Pas perlu bekerja lebih kuat bagi menambah kerusi dan sokongan Bukan mustahil sokongan ini dapat dicapai, kata Tuan Guru, `` Sebab itu saya berharap semua pihak bekerja keras bagi mencapai kemenangan di Johor – Insya Allah. Dalam ucapannya Tuan Guru membawa contoh-contoh perjuangan Rasulullah di dalam menegakkan Islam yang seharusnya menjadi contoh tauladan bagi perjuangan kita menegakkan Islam.

Sekian.

No comments:

Post a Comment