Hasrat mahu melihat Shah Alam terkenal sebagai Islamic City mendorong Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim berusaha menterjemahkan cetusan ideanya menjadi realiti. Bengkel hari ini. Bengkel Pembangunan Islamic City, Seksyen 5 Shah Alam di bawah kelolaan MBSA yang berlangsung di Saujana Hotel Shah Alam pada hari ini adalah langkah permulaan ke arah merealisasikan hasrat di atas. Tokoh-tokoh terkenal hadir ialah Dato' Haji Mohd Jaafar bin Haji Mohd Atan Dato` Bandar MBSA. Dato` Nordin Sulaiman Timbalan SUK, Dato' Haji Imran Orang Kaya Maha Bijaya Petaling Jaya, pembentang-pembentang kertas kerja, peserta-peserta, pegawai-pegawai dan kakitangan MBSA.
Ketika mengalu-ngalukan kehadiran Dato' Menteri Besar, Dato' Jaafar menyatakan,
Sepatutnya Bengkel Sehari ini diadakan pada tarikh 31 Disember 2011 pada tahun lepas, tetapi ditangguhkan kepada hari ini. Kita mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian hadir Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor, walaupun Y.A.Berhormat begitu sibuk. Ini juga menandakan minat Y.A.B terhadap Bengkel Pembangunan Islamic City ini. Menurut Dato' Jaafar, "Bengkel bertujuan bagi mencari pandangan dan fikiran berhubung dengan Islamic City.` Kata Dato` Jaafar , ``Saya mengucapkan terima kasih di atas kehadiran para pembentang kertas kerja dan tamu-tamu kehormat.``
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ketika melancarkan bengkel berkata, "Islamic City, yang diharapkan bukan semata bangunan, tetapi ialah aktiviti dan pengisian." Tambah Y.A.Berhormat, ``Shah Alam belum mencapai tahap kelengkapan infra-struktur dan penggunaan sepenuhnya.`` Tambah Y.A.B. Dato` Menteri Besar, "Walaupun kita mengkagumi daya tarikan Al-Hamra` di Cordova, keunggulan seni bina di Isfahan dan Samarqand, tetapi kita tidak mau Shah Alam hanya menjadi daya tarikan luaran, yang lebih penting ialah pengisian. Menurut Y.A. Berhormat Dato` Menteri Besar, ``Contoh yang baik ialah Masjidil Haram yang dikunjungi umat Islam dari seluruh dunia. Sebab itu pada hari ini kita menjemput seorang Pakar yang sama terlibat pembinaan Masjidil Haram memperkatakan tentang pembangunannya. Beliau ialah Profesor Emeritus Dr. Ismail Hj. Zen, Kuliah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.`` Menurut Dato` Menteri Besar lagi,
``Pembangunan Masjidil Haram melibatkan teknologi dan perubahan pendekatan. Misalnya Makkah bukan lagi sebagaimana dizaman tradisi yang pengangkutan menggunakan unta, tetapi mengalami pembangunan yang pesat dan difikirkan pendekatan dan teknologi bagaimana menggerakkan satu juta orang dalam masa yang singkat misalnya ke Arafah pada musim Haji. Suhu di Makkah 49 darjah dengan teknologi dapat diturunkan kepada 22 darjah (didalam masjid berhawa dingin) . Kata Y.A. Berhormat, ``Di Shah Alam kita mempunyai Masjid Salahuddin yang mempunyai daya tarikan yang tinggi dan menjadi induk bagi kegiatan dan imej keislaman di Shah Alam, di samping bangunan-bangunan kelilingnya.`` Kata Menteri Besar,
``Kita mahu Shah Alam sebagai Islamic City menjadi satu tempat ideal yang dipenuhi dengan aktiviti utama. Contohnya masjid tempat ibadat, tetapi juga tempat kegiatan pendidikan, ekonomi.dan kemasyarakatan``. Menurut Y.A.B Dato` Menteri Besar, `` Di dalam meningkatkan kualiti Islamic City unsur-unsur moden dan teknologi yang berkembang patut dimanfaat dan digunakan. Misalnya masjid menjadi tempat nyaman dan selesa dengan mengguna pendingin udara menjadikan ibadat lebih selesa. Galeri Ilmu menggunakan kemudahan maklumat IT sebagaimana I-Pad sekarang mengambil peranan perpustakaan yang dengan sentuhan jari boleh didapati segala maklumat.`` Tambah Dato` Menteri Besar, ``Unsur cahaya dan pencahayaan hendaklah digunakan sebagai daya tarikan dan dimanfaatkan secara selesa.`` Sementara itu kata Dato` Menteri Besar, ``Unsur-unsur tempatan yang ada juga perlu digunakan seperti unsur senibina tempatan, kehijauan pohon, kejernihan dan ketenangan tasik, bahkan hembusan bayu segar perlu diguna dan dimanfaatkan. Lebih dari itu ruang yang masih ada (70 ekar) perlu difikirkan bagaimana seharusnya diisi bagi memantapkan lagi Shah Alam sebagai Islamic City.
Di dalam Majlis Ilmu pada sesi pagi hari ini lima kertas kerja dibentangkan oleh Pakar-Pakar di dalam bidang masing-masing, manakala pada sebelah petang para peserta dipecahkan kepada 5 kumpulan bengkel membincang dan merumuskan apa yang dibentang dan soalan-soalan dan cadangan-cadangan yang ditimbulkan pada sesi pembentangan. Maklumat berkenaan Insya Allah akan ditulis dalam blog ini kemudian.
Majlis ditutup pada lewat petang oleh Dato`Mohd. Jaafar bin Mohd. Atan Dato` Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment