Sungai Ramal Luar, 09
Jamadil Akhir 1433 = 01 Mei 2012 (Selasa):
Pada petang Hari Pekerja
(01 Mei) lebih kurang jam 6.00 petang memanglah hujan. Tapi Adun anggap
sebagai hujan biasa menyiram pokok-pokok yang seharian kepanasan. Ketika Adun di Pejabat 9.00 malam , Adun
terima telefon dari Tuan Haji Mohd. Yusof Ketua Kampong Sungai Ramal Luar
memaklumkan bahawa `Ribut Kencang` berlaku di Sungai Ramal Luar dan banyak
rumah yang rosak ! Adun bertanya, ``Apakah perlu Adun pergi segera pada masa
itu juga ? Menurutnya, ``Mungkin tidak perlu, tapi tunggu hingga esok. Kiranya
datang pada malam ini pun gelap dan tidak nampak dengan jelas
kerosakan-kerosakan yang berlaku. Buat malam ini beliau akan meminta pihak
pembantu membanci. Dalam jangkaan Adun kerosakan berlaku mungkin pada beberapa
buah rumah sahaja.
Pagi ini setelah bersedia dengan sejumlah wang kecemasan,
Adun dan pengiring-pengiring bercadang hendak melawat rumah-rumah yang rosak
pada pagi ini juga, tetapi Adun terima maklumat dari Tuan Haji Mohd. Yusof,
bahawa beliau dikehendaki ke Pejabat Daerah pada sebelah pagi, kerana ada
taklimat dari Penolong Pegawai Daerah dan mustahak. Beliau meminta Adun
menunggu selepas taklimat yang dihadiri
Adun bertolak ke Sungai Ramal Luar jam 11.00 pagi bersama
saudara Shahrum dan Nabilah. Ketua Kampong memaklumkan setakat ini sejumlah 17
buah rumah rosak – kebanyakannya atap diterbang angin. Kami membuat keputusan
melawat dan menyampaikan bantuan ke rumah-rumah yang paling teruk terlebih
dahulu. Pada masa kesampaian kami dapati beberapa buah rumah sedang dibaiki
bumbung oleh pekerja-pekerja. Turut
rosak teruk ialah atap dan bumbung Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan. Sekolah
yang berada di atas tanah tinggi itu jelas kelihatan rosak dari jalan. Kami
berkesempatan ziarah 7 buah rumah pada tengahari ini iaitu:
- Encik
Aminuddin bin Ahmad No.8565 Jalan Pegawai,
Sungai Ramal Baru.
2. Puan Hajah Halimah binti Abdullah
8581, Jalan
Setia
Sungai
Ramal Baru
3. Puan Normini bt. Othman
(Isteri
Arwah Hj. Sa`don)
8537, Jalan
Setia,
Sungai Ramal
Baru
4. Puan
Salmah bt. Mohamad
8536, Jalan Setia
Sungai Ramal Baru
5. En.Mohd
Isni bin Abdul Wahab
8536A, Jalan Setia
Sungai Ramal Baru.
6. Hj. Johari bin Kemat
170 Jalan Lorong Paya 3
Sungai Ramal Luar
7. Mohd Zul bin
Johari
170A, Jalan Paya 3.
Sungai Ramal Luar.
170A, Jalan Paya 3.
Sungai Ramal Luar.
Sepuluh buah rumah yang lain (mungkin bertambah) akan dibanci dan ditaksirkan kerugian. Satu majlis pertemuan dan pemberian sedikit pampasan akan dilakukan di Masjid Haji Mat Saman dalam masa terdekat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment