May 20, 2012

Pelancaran Dana Pembinaan Masjid Al-Umm Di Bangi: RM155,000 Berjaya Dipungut

BBB, 27 Jamadil Akhir 1433 = 19 Mei 2012 (Sabtu):

Photobucket

Pagi ini Pelancaran Dana bagi Pembinaan Masjid Al-Umm, di Bandar Baru Bangi selamat disempurnakan oleh Adun Bangi yang juga selaku Pembantu Exco Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu merangkap Pengerusi Induk Pembinaan Surau Al-Umm. Pelancaran bertempat di Medan berhadapan dengan tapak Masjid al-Umm di Jalan 1/4 Seksyen Satu di sini. Hadir di dalam majlis itu 250 jemputan dan orang ramai. Antara mereka Dr. Tajul Ariffin Noordin YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Tuan Haji Napiah Shahrani Nazir Masjid Al-Hasanah BBB, Tuan Haji Mohd. Ghazali Abbas Pengerusi Surau An-Nur, Tuan Haji Omar Jaafar Mantan YDP Persatuan Penduduk BBB Pertama, Tuan Haji Banhawi Mohamad Mantan Pengerusi Penduduk Kedua BBB, Tuan Haji Salleh Kassim Setiausaha Persatuan Penduduk BBB Pertama, Tuan Haji Abdul Rahman Daud Pengarah Majlis Pelancaran, AJK Pembinaan Masjid Al-Umm, penderma-penderma dan orang ramai.

Majlis bermula dengan doa yang dibaca oleh Tuan Nazir Masjid Al-Hasanah, Tuan Haji Napiah Shahrani seterusnya beliau menyampaikan tazkirah yang menyebut tentang pahala orang menderma bagi membina Masjid dan kita perlu meningkatkan kualiti diri dengan pendidikan yang berterusan dan proses pendidikan adalah proses berulang-ulang sesuai dengan Sabda Rasulullah s.a.w yang menuntut kita menjalani proses pendidikan dari bauaian hingga ke liang lahad. Tuan Nazir melahirkan kegembiraan melihat masjid dan surau kini begitu makmur dengan ibadat, pendidikan dan kegiatan kemasyarakatan. Menurut Tuan Nazir dengan terdirinya Masjid Al-Umm akan menambahkan lagi Pusat kegiatan ibadah dan pendidikan di Bandar Baru Bangi.

Photobucket

Selaku YDP Persatuan Penduduk BBB, Dr. Tajul Ariffin Nordin dijemput menyampaikan ucapan alu-aluan. Beliau mencadangkan agar masyarakat mengubah tanggapan terhadap Islam secara negatif, sebaliknya melihat sebagai aktif dan progresif. Beliau melihat Islam yang memberi nilai positif kepada Melayu. Masjid adalah Institusi utama yang mendidik masyarakat mempelajari dan mendalami agama. Beliau berharap Masjid Al-Umm kelak mewujudkan pusat Tahfiz di samping pengajaran-pengajaran keilmuan yang lain.

Photobucket

Dalam ucapan Perasmian Pelancaran Adun Bangi menggalurkan tentang masjid di Bangi (juga UKM) yang menurutnya pada peringkat permulaan kependudukan di Bangi akhir 1997 untuk berjumaat ialah ke Masjid Jami` Kajang, kemudian bila bilangan mereka yang berpindah makin ramai, maka solat Jumaat diadakan di ruang masuk di Bangunan Pentadbiran UKM, oleh kerana tempat ini tidak sesuai, maka solat Jumaat dipindahkan ke ruang legar FSKK dan kemudian di lakukan di bahagian bawah bangunan Perpustakaan Tun Seri Lanang hingglah bangunan Masjid UKM siap pertengahan 1980an. Penduduk Bandar Baru Bangi menggunakan Masjid UKM untuk berjumaat hinggalah Masjid Al-Hasanah siap dan digunakan mulai tahun 2001.

Kini penduduk BBB bertambah hingga melebihi 100,00 orang sebuah masjid tidak lagi mampu menampung untuk solat Jumaat. Kini 8 daripada 25 surau di bawah Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi dibenarkan mengadakan solat Jumaat. Surau-surau dimaksudkan ialah Surau An-Nur, Taman Tenaga, West Country, surau Al-Islah., Bangi Perdana, Surada, al-Kauthar dan Al-Falah. (Surau Teras Jernang diganti bangunan baru sebagai Masjid sedekad yang lepas – kemudian daripada Masjid Al-Hasanah).

Dengan pertambahan penduduk adalah perlu didirikan masjid. Tapak bagi sebuah masjid di Seksyen Satu memang disediakan oleh PKNS sejak awal BBB dibangunkan (1975), tapi tapak untuk masjid ini tidak dibangunkan, Untuk berjamaah pada peringkat permulaan diadakan jamaah dan usrah dari rumah ke rumah. Kemudian penduduk memngusahakan dari PKNS mendapatkan sebuah rumah semi D, Jalan 1/3 G. Rumah ini adalah surau terawal (1980an) di BBB, sebab itu dinamakan Surau Al-Umm. Masjid Al-Umm mengambil nama ini sebagai penerusan.

Tanah yang diperuntukkan oleh PKNS untuk masjid berdekatan Sekolah Kebangsaan, walaupun diketahui tanah ini, tapi tidak disahakan.untuk dibangunkan sama ada masjid atau surau. Pada awal 1980 ada hasrat mau didirikan surau menggantikan rumah semi D, tetapi sepi.. Usaha kedua membuat permohonan dari JAIS dilakukan dan mendapat keizinan dari JAIS untuk mendirikan surau surat bertarikh 30 Ogos 1996. Namun hasrat ini tertangguh lagi.

Selepas pilihanraya 2008 Adun Bangi bersama AJK menggerakkan usaha untuk mendirikan masjid. Pertanyaan mengenai status tanah Masjid dibuat dan mendapat jawapan dari pejabat tanah pada 24 Mei 2008. Permohonan untuk digezet tanah sebagai tapak masjid di luluskan oleh YAB Dato` Menteri Besar Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Bil. PTD, UL 16/3/194-2006(9) bertarikh 1 September 2009. Kebenaran dari Mais/Jais didpati surat JAI.SEL.BKP/03/016/5/22 bertarikh 17 November 2009. Pertemuan penting diadakan AJK pada 4 Februari 2012 bersetuju untuk mendirikan masjid.

Masjid al-Umm akan didirikan di atas tanah seluas 2 ekar (Lot51177, Jalan 1/4A BBB). Dengan jangkaan kos RM12 juta. Jika kewangan mengizinkan bangunan bakal didirikan pada bulan September 2012 dan memakan masa 18 bulan dan dijangka siap selepas 18 bulan, iaitu Mac 2014.. Luas lantai masjid 4,317 kaki persegi dan dapat menampung lebih kurang 3,000 jamaah. Masjid ini bukan setakat untuk bersolat jamaah dan Jumaat, tetapi akan diwujudkan pula kelas tahfiz, bahkan dalam jangka panjang Masjid ini akan menjadi induk pengajian di `Wadi Ilmu` antara surau ke surau yang banyak di keliling Masjid Al-Umm dengan kerjasama pihak Sekolah agama. Pengajian di Wadi Ilmu ini juga terbuka kepada pihak luar yang boleh datang untuk belajar sepenuh atau hujung minggu. Dana waqaf akan dicari untuk pembinaan asrama/rumah tumpangan bagi kegiatan keilmuan.

Photobucket

Selepas ucapan perasmian, derma bagi Dana Masjid Al-Umm dilancarkan (mendapat kelulusan dari JAIS MAIS/E/MAL/03-2/001/03-1/34). Sebahagian penderma menyampaikan derma melalui Adun kepada Bendahari, sebahagian terus memasukkan derma ke dalam peti derma yang disediakan. Sambil derma terus dibuka Yang Berbahagia Raja Fuaddin Ahmad Arkitek Masjiod Al-Umm memberi penerangan tentang reka bentuk masjid yang dipamir di dalam majlis sebagai pameran dan boleh dilihat oleh orang ramai. Soalan-soalan juga dibuka kepada mereka yang mahu bertanya dan beberapa soalan tentang pelan dan reka bentuk Masjid Al-Umm diajukan.

Photobucket

Al-Hamdulillah pelancaran derma buat permulaan ini dalam masa satu jam berjaya memungut derma sebanyak RM155,000. Bagi sesiapa yang ingin menderma boleh menderma melalui:

MayBank`` Islamic Bandar Baru Bangi (5628-3460-7208) ``Tabung Masjid Al-Umm``.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

Dr. Shafie Abu Bakar - 019 387 4002 Pengerusi

Tuan Husin Haji Yunus - 019 667 7501 Setiausaha

Tuan Haji Mohd Nor Haji Mohd Yasin - 019 238 3944 Bendahari.

Sekian.

2 comments:

  1. Salam Dr

    Adakah masjid Al-Umm sudah siap dibina? Saya berhasrat untuk menderma. Selain itu, adakah resit derma tax deductable. Jika boleh, saya ingin mengutarakan kepada majikan saya utk derma syarikat. Terima kasih

    -rizal-
    0139062564

    ReplyDelete
  2. Boleh hubungi saya atau AJK masjid yang lain seperti yang tertera di sebelah kanan blog ini.

    Terima kasih

    ReplyDelete