May 14, 2012

Dari Laluan Susur Bulatan Tol Bangi Ke Galeri Sate Kajang Tak Dikunjungi

BBB & Kajang, 13 Jamadil Akhir 1433 = 05 Mei 2012 (Sabtu):

Berikutan dua perkara di atas ditimbulkan di dalam Mesyuarat Penuh MPKj pada Isnin 30 April 2012, maka pada pagi Sabtu 05 Mei, Adun Bangi melawat ke Kawasan Tol BBB & Galeri Sate Kajang di Bandar Kajang.

Ada tiga perkara di kawasan Tol Bangi:

Photobucket

Pertama: Bau busuk yang kuat sering berlaku dari lembah di tepi Tol Bangi. Lembah ini dahulunya adalah tasik jernih yang menarik, tetapi kemudian terbiar dinaiki semak samun dan tasiknya hilang dan yang tinggal larian dua alur ke terowong bawah jalanraya. Pada hari-hari tertentu dari kawasan lembah beralur ini keluar bau yang amat busuk yang dikatakan sekali sekala dilepaskan bahan ammonia dari kilang-kilang berdekatan.

Photobucket

Pada pagi ini, secara kebetulan baunya agak kurang, tapi untuk mempastikan kebenaran Adun bersama saudara Azizi bertemu dengan pekerja-pekerja Tol di tempat kerja mereka, iaitu Puan Hamizon bt. Idris dan Puan Noranita bt. Mohd Zainal Abidin. Mereka mengaku sekali sekala ada bau busuk yang tidak menyenangkan mereka yang bekerja yang menurut mereka akibat dari buangan sisa kilang berdekatan. Mereka mengharapkan pihak Jabatan Alam Sekitar mngambil Tindakan. Adun juga akan membuat pemantauan ke kilang-kilang, khususnya bila bau ammonia dilepaskan.

Photobucket

Kedua: Jalan Susur di Bulatan Tol Bangi. Kita berterima kasih cadangan membuat jalan susur ini diambil tindakan oleh JKR dengan membina jalan susur memberi laluan kepada kenderaan dari kawasan kilang ke Bulatan UKM. Masalahnya pada bahagian hujung jalan susur terjadi`bottleneck` yang menyekat aliran kenderaan pada waktu puncak- sesak. Pihak pengguna mencadangkan dilanjutkan penyuraian dengan menambahlebar jalan sebelah kiri hingga ke atas, dengan itu tidak terjadi bottleneck.

Photobucket

Photobucket

Katiga: Adalah dicadangkan penyuraian jalan tambahan dibuat juga di Bulatan ke UKM, iaitu dengan menambah jalan penyuraian ke UKM bagi kenderaan dari jalan-jalan sebelumnya. Dengan ini mengurangkan kesesakan terutama waktu pagi dan petang bila pekerja-pekerja pergi di waktu pagi dan pulang waktu petang. Papan iklan yang menghalang perluasan jalan – jalan susur dan mengganggu pandangan hendaklah dialih atau dibuang.

Photobucket

Selepas mebuat lawatan ke tiga-tiga tempat di atas Adun bergerak ke Galeri Sate Kajang di Jalan Kelab berdekatan dengan Dewan Orang Ramai MPKj. Adun tiba jam 11.00 pagi di hadapan Galeri Sate. Suasana sunyi sepi, tetapi pintu Galeri terbuka, tertera Waktu Melawat jam 11.00 pagi-hingga 8.00 malam. Jumaat Tutup, namun tiada kelihatan sesiapa. Adun masuk ke dalam, tiba-tiba seorang keluar. Setelah bercakap dengan beliau, Adun difahamkan, beliaulah satu-satunya pekerja (anak muda) yang menjaga, menerima dan melayan pelawat-pelawat yang datang. Petugas yang dimaksudkan ialah saudara Shafiq bin Hassan. Seorang lagi pekerja ialah tukang bersih. Bila ditanya bagaimana jika sdr. Shafiq sakit atau bercuti – `Galeri kena tutup,` jawabnya. Bila ditanya siapa bossnya di MPKj, jawabnya`ialah Encik Sharil bin Rafiqah. Adun melihat catatan buku pelawat dan didapati pelawat:

Photobucket

Januari 2012 04 orang

Februari 2012 08 orang

Mac 2012 28 orang

April 2012 44 orang

Photobucket

Menurut saudara Shafiq lawatan berlaku jika ada pengunjung dari luar atau anak-anak Sekolah datang secara kumpulan.

Sebagai Pengerusi PADAT yang ada hubungan dengan Galeri, Adun merasa dukacita melihat keadaan galeri yang boleh dikatakan terbiar dan bagai mati. Sebab & cadangan:

1) Tidak ada publisiti yang dilakukan bagi memperkenalkan galeri berkenaan.

2) Tidak ada jadual kegiatan diaturkan yang boleh menarik pengunjung-pengunjung datang misalnya mengadakan Program Mesra Anak_anak dengan menganjurkan pertandingan mewarna, kuiz dan sebagainya.

3) Perlu mengadakan pertandingan sukan tradisi dan dalaman.

4) Mengadakan pertandingan membakar/memasak sate dan makanan-makanan tradisional

5) Menyewakan ruang di hadapan gelari untuk majlis-majlis sambutan

6) Mmemperkenalkan menu-menu masakan terbaru

7) Mengadakan kursus masakan bagi mereka yang berminat memasak

8) Mengadakan bengkel nasihat permakanan dan kesihatan

9) Mengadakan karnival sate tahunan

10) Berbagai-bagai kegiatan yang sesuai.

Adun melawat dalam kawasan galeri yang bahan pameran masih baik, tetapi pendekatan perlu ditukar dan diubah dari masa ke masa untuk menarik perhatian dan kunjungan, tetapi dibahagian luar yang dulu pernah dipertingkat oleh JPS & MPKj sebagai kawasan rekreasi sekitar 2001 dengan adanya jambatan gantung melintasi sungai berdekatan, penanaman pokok dan hiasan taman, kini terbiar reput dan menyakitkan mata memandang.

Photobucket

Kita berharap YDP MPKj memberi perhatian terhadap asset pelancongan negeri tidak membiarkannya menjadi Gajah Putih.

Kita berharap Encik Sharil menyusun program bagi menghidupkan Galeri Sate Kajang.

Kita juga berharap JPS, JKR bersama MPKj dapat menceriakan kembali kawasan galeri.

Sekian.

No comments:

Post a Comment