BBB, 16 Jamadil Akhir 1433 = 08 Mei 2012 (Selasa):
Hasrat menjadikan Shah Alam (Seksyen 5) sebagai Islamic City amat dialu-alukan, walau bagaimana, sebelum dapat direalisasikan Islamic City perlu difahami dari segi falsafah, prinsip, nilai, budaya, alam sekitar, infra-struktur, landscaping, susun-atur, bangunan, nilai estetika dan kegunaan. Aspek-aspek ini mempengaruhi dari segi kewujudan, pembangunan, harmoni dan keseimbangan bagi Islamic City berkenaan.
Bagaimanakah Islamic City ?
Tidak ada penetapan khas bagaimanakah bentuk sesebuah Islamic City, Bandaraya, Bandar, Kota atau sebarang penempatan kependudukan komuniti Islam.
Berhubung dengan negeri atau Bandar Al-Qur`an menyebut:
Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur (Saba`: 5)
Bermaksud: Negara Makmur di bawah keampunan Tuhan
Al-Baladil Amin ( At-Tin: 3)
Bermaksud: Negara yang Aman
Namun pembentukan sesebuah penempatan, Bandar, khususnya Islamic City ditentukan oleh falsafah, prinsip, nilai dan keperluan-keperluan dalam masayarakat umat. Antara faktor penting ialah falsafah tauhid misalnya falsafah tauhid mempengaruhi bentuk dan seni bina sesebuah masjid, manakala prinsip di dalam syariat Islam – Perlu menghadap Qiblat mempengaruhi arah rumah kediaman, manakala dari segi nilai kedudukan sesebuah masjid berada di tengah kawasan kependudukan atau kota, Misalnya Istana Sultan, pemerintah dan pegawai-pegawai berada berdekatan dengan masjid yang juga menjadi pusat pentadbiran dan tambahan bangunan pentadbiran dan masjid juga berfungsi sebagai pusat pendidikan. Manakala faktor budaya misalnya bentuk binaan yang sedia dalam masyarakat yang ditentukan pula oleh alam sekitar mempengaruhi seni bina. Misalnya faktor cuaca dan klimet negeri kita yang sering hujan panas memerlukan bangunan di negeri ini mempunyai `roof` yang beratap dan tidak bersifat rata dan terbuka. Alam sekitar juga mempengaruhi landscaping, kawasan kependudukan dan infra-struktur seperti kota yang berada di antara bukit, tanah tinggi, lembah dan di tepi sungai atau pantai perlu kepada pembinan yang sesuai. Kedudukan kawasan kependudukan juga mempengaruhi dari segi infra-struktur dan susun-atur sesebuah Bandar.
Aspek estetika memainkan peranan penting di dalam menciri dan memberi identiti bagi bangunan dan susun-atur yang mengharmonikan bangunan-bangunan di sesebuah Bandar dan kota, bahkan memberi imej Bandar atau kota contoh Masjid Qurduba di Sepanyol, Taj Mahal di India, Masjid Jami` Isfahan, Masjid Sofia dan Masjid Sultan Salim II di Turkey. Bina-binaan berkenaan bukan setakat terkenal sebagai bangunan tersendiri, tetapi sebagai imej tempat dan Negara yang memilikinya dan menjadi contoh bagi Negara-negara Islam yang lain..
Shah Alam sebagai Islamic City
Apakah Shah Alam, khususnya Seksyen 5 boleh dikenali sebagai Islamic City ?
Shah Alam berasal dari kawasan estate Sungai Renggam mulai dibangunkan pada 1963 dan diisytiharkan sebagai Ibu Negeri Selangor pada 1 Disember 1978 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Shah Alam adalah sebuah Bandar teratur yang dirancang dengan mengekalkan suasana alam sekitar yang menghijau lantaran itu Shah Alam dikenali sebagai Bandar dalam taman dan selayaknya digelar sebagai Islamic City. Kita menjangka kesedaran untuk menjadikan Shah Alam, khususnya seksyen 5 sebagai Islamic City tidak wujud sebelum ini. Namun susun atur bangunan-bangunan seperti wujudnya Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah, Bangunan JAIS, MAIS, Mahkamah Syariah danYayasan Restu yang harmoni antara satu sama lain membawa imej bangunan dan institusi keislaman. Imej berkenaan bukan setakat semuanya sebagai institusi keislaman, tetapi ada padanya ciri-ciri seni bina keislaman yang menjadi identiti dan diwarisi dalam peradaban keislaman. Misalnya bangunan-bangunan tersebut mempunyai kubah di samping mempunyai elemen dan seni bina keislaman (bentuk-bentuk bulat dan ruang-ruang yang fungsional dikaitkan dengan kegunaan dan kerohanian).
Walau bagaimana pada dasarnya tidak ada satu bentuk khusus binaan dan kawasan Bandar bersifat keislaman. Ciri-ciri dominan dari segi bentuk dan seni rohani antaranya diwarisi dari budaya Islam yang telah terbina sejak 15 abad lagi dan terbuka untuk dibina dan diterokai yang kiranya ianya mempunyai nilai yang kukuh akan diterima sebagai ciri senibina dan bangunan dan susunan Bandar Islam yang biasanya dipengaruhi atau ditentukan oleh faktor-faktor yang telah dibicarakan di atas.
Atas hujah tiada bentuk khusus, tetapi ciri dan nilai yang diterima adalah melalui warisan, Shah Alam sebagai pusat pemerintahan Negeri Selangor yang terdiri dari lima elemen utama, layak menjadi Islamic City iaitu:
Pertama: Wujudnya institusi yang bercirikan seni bina Islam yang terdiri dari bangunan Masjid, JAIS, MAIS dan Yayasan Restu.
Kedua: Bangunan Warisan Tradisi Tempatan seperti Istana, Muzium dan sebahagian dari bangunan MBSA.
Ketiga: Bangunan yang bercirikan Roman seperti Bangunan Dewan Negeri Selangor dan Anjungnya (Annex).
Keempat: Bangunan Moden: Seperti Kompleks Pentadbiran Negeri Selangor - Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Bangunan Setiausaha 2, MBSA, Perangsang, Mahkamah Negeri Selangor, Kompleks Polis Negeri dan beberapa yang lain.
Kelima: Bangunan Komersil termasuk hotel-hotel yang cirinya biasa.
Ini semua adalah bangunan-bangunan yang telah berkembang dalam sejarah negeri dan menjadi warisan
Sebagaimana Islam bersifat terbuka dan boleh menerima apa jua budaya dan ethnic tempatan, termasuk bangunan selagi tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Misalnya Masyarakat Islam patuh pada aturan dan hukum Islam, semua kawasan berada dalam suasana aman, bersih dan hijau, tidak menganjurkan sesuatu yang bersifat maksiat, mengawal makanan dan minuman yang haram – diguna yang bukan Islam agar tidak diguna oleh orang Islam dan pihak Pemerintah selalu berusaha meningkatkan kualiti hidup bersesuaian dengan kehendak Islam.
Pendek kata konsep Islamic City di Shah Alam ialah bersifat integrated antara yang tradisi dan moden, ialah menerima yang ada dan mewujudkan yang baru yang bercirikan nilai-nilai Islam.
Meningkatkan Mutu Islamic City
Walau bagaimana bagi menjadikan Shah Alam (Seksyen 5) sebagai Islamic City, maka perancangan yang teliti perlu diambil bagi meningkatkan kualiti dan imej Shah Alam sebagai Islamic City. Antara cadangan:
1) Meningkatkan Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah – Masjid Negeri sebagai Pusat Pengajian (bertaraf biasa bagi masyarakat Awam dan tahap tinggi bagi yang berpengajian). Bagi keperluan ini perlu didirikan Dewan Kuliah, seminar dan ceramah berdekatan dengan masjid. Kurikulum pengajian hendaklah di atur sedemikian rupa diajar oleh guru-guru berwibawa sehingga menarik pelajar dari jauh dan dekat untuk datang belajar. Hostel perlu disediakan bagi pelajar-pelajar yang datang dari jauh terutama bagi pengajian-pengajian hujung minggu dengan mengenakan bayaran minimum.
2) Perlu didirikan gallery Ilmu dan pameran keilmuan yang disini juga dijual buku-buku bermutu
3) Perlu didirikan Pusat Budaya dan Taman Kesenian Islam yang di dalamnya terdapat contoh-contoh binaan-binaan bercirikan Islam - budaya masyarakat Islam seluruh dunia dan juga tempatan.
4) Mendirikan bangunan-bangunan yang bercirikan seni bina Islam bagi institusi-institusi Islam yang belum wujud. Misalnya Bangunan Pentadbiran Zakat yang lebih berwibawa dari bangunan bersifat kedai sekarang. Bangunan Pentadbiran Waqaf, Bangunan Pentadbiran Pendidikan dan Sekolah-Sekolah Agama dan pendidikan di bawah kerajaan negeri.
5) Mendirikan Hospital dan perkhidmatan kesihatan swasta bersifat keislaman yang bangunan milik Kerajaan yang disewakan.
6) Mendirikan bangunan komersil seperti bank-bank yang menggunakan sistem Islam, Ansuran bersifat keislaman dan juga NGO-NGO Islam.
7) Wajar juga didirikan Pusat Sains yang mengandungi perkembangan sains Islam dari peringkat awal hingga kepada perkembangan sains moden.
8) Mendirikan hotel bajet yang bercirikan Islam bagi kemudahan pelancungan
9) Mempersembahkan seni, pertunjukan, kebudayaan yang bersifat keislaman dengan menggunakan Teater Diraja yang sedia ada, pameran Khat dan Pertandingan di Bangunan Yayasan Restu yang juga sedia ada.
10) Mewujudkan pusat rekreasi dan riadah terutama bagi warga emas dan juga bagi yang lain.
Semua pembangunan di atas hendaklah berada di dalam kawasan taman hijau berhiaskan elemen-elemen estatik yang memntingkan keindahan, kebersihan dan kesihatan.
Sekian.

No comments:
Post a Comment