May 13, 2012

Budayakan Wacana Ilmu Dalam Pakatan Rakyat - YB Dato` Seri Anwar Ibrahim

Kajang, 20 Jamadil Akhir 1433 = 12 Mei 2012 (Sabtu):

Photobucket

``Hala Tuju Masa Depan Pendidikan Malaysia`` demikianlah tajuk Wacaca Ilmiah diadakan di Hotel Metro Inn Kajang pada pagi ini anjuran Adun Kajang YB Lee Kim Sin. .Menurut YB Dato` Seri Anwar Ibrahim, `Sistem Pendidikan di Malaysia sekarang adalah bercelaru dan tidak mempunyai hala tuju,.`` tambahnya , ``Ini boleh dilihat dari Dasar PPSMI yang tidak tegas, pinjaman yang tidak teratur dan membebankan pelajar, mutu universiti yang menurun dan kepimpinan setengah universiti lebih berpolitik dari berakademik, Akta yang menggantikan Auku dipersoal dan Menteri Pelajaran yang mau merubah Pendekatan Pelajaran semata mau merubah sebagai isu pilihanraya dan tidak jelas apa yang mau dirubah dan kabur dari segi hala yang mau dituju,`` katanya.

Photobucket

Menurut Dato` Seri Anwar, ``Sistem pendidikan kini bukan saja menuntut pembaikan, tetapi perubahan secara menyeluruh. Dari yang berorientasikan sains semata-mata yang menjadikan manusia sebagai robot, kepada Pendidikan Manusia yang berjiwa, berminda dan rohani.``

Photobucket

Beliau mahu pendidikan – disamping Sains turut memberi penekanan secara integrated bersama dengan pembinaan Moral, Kemanusiaan dan kerohanian (Agama).. Belaiu kesal pendidikan sekarang mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan, sebab itu pelajar-pelajar sekarang kasar watak, tidak menghormati orang tua, tidak mengerti seni-budaya yang lebih memanusiakan manusia.

Photobucket

Dato` Seri Anwar mahu karya-karya besar dunia menjadi tatapan pelajar dalam pendidikan seperti karya Rabindranath Tagor, Hoze Rizal, Iqbal dan sebagainya. Menurut Dato` Seri Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan, Institut Aminuddin Baki sengaja diwujudkan di Bukit Tinggi bagi merangka pendekatan pendidikan yang bersifat holistic dalam membina manusia yang mempunyai watak dan personaliti yang kukuh. Tetapi selepas itu Kementerian Pendidikan ditukar kembali kepada Kementerian Pelajaran yang lebih menekankan belajar bukan pendidikan.

Ucapan Dato`Seri Anwar Ibrahim ditujukan kepada kalangan intelektual dan aktivis yang hadir lebih kurang 200 orang. Antara yang hadir ialah Profesor Ridhuan Dekan Fakulti Sejarah Universiti Malaya. Adun Bangi YB Dr. Shafie Abu Bakar, Dr Tajul Ariffin Noordin YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dan pemimpin-pemimpin..

Photobucket

Sebelum ucapan Dato` Seri Anwar, Ybhg. Dato` Dr. Sidek Fadhil Presiden Darul Hikmah Sungai Ramal menyampaikan ucaputamanya berhubung dengan judul, Hala Tuju Masa Depan Pendidikan Malaysia. Menurut Dato` Dr. Sidek, ``Sistem Pendidikan Negara adalah dalam krisis dan hilang makna dan kerohanian,`` Tambah beliau sistem pendidikan sedang mengilang manusia bagi mengeluarkan manusia yang bersifat robot dan kehilangan jiwa dan rasa kemanusiaan,`` yang disifatkan oleh Harry Louise ``Excellance Without Soal,``. Ini disifatkan oleh Harry terhadap krisis yang berlaku di Harvard yang dianggap pengajian dan universiti terbaik di dunia. Dato` Dr. Sidek menyifatkan pencapaian semua A dalam semua mata pelajaran bukan semestinya excellance tanpa penanaman nilai dan kemanusiaan. Beliau juga melihat perlu kepada pendemokrasian di dalam peluang pembelajaran. Beliau mau pendidikan haruslah bersama ramuan agama dan kemanusiaan yang disifatkan seimbang antara`high-tech & high touch`. Beliau mensifatkan pendidikan kini melahirkan generasi penakut, kerana berada di bawah tekanan melampau. Auku yang dikatakan ditarik dan Isa yang dihapuskan yang pada awalnya membawa harapan yang tinggi kepada masyarakat, tetapi implikasi terhadap masyarakat lebih dahsyat. Lihatlah apa yang diexploitasi pemerintah selepas Bersih 0.3. Sebab itu sistem pendidikan perlu kepada perubahan secara menyeluruh dan pendidikan seharusnya berfokus pada pembinaan insan dari segi syakhsiah, peribadi dan nilai.

Demikianlah pembicaraan mengenai topic oleh dua tokoh penting dalam bidang politik dan Pemikiran Islam.. Kedua-dua bersetuju mengenai kepincangan pendidikan di Malaysia. Menteri Pelajaran tidak peka dari awal menyandang Menteri Pelajaran, hanya baru-baru ini Menteri berkenaan bersuara perlunya kepada perubahan dari segi pendekatan pendidikan. Pengumuman Menteri Pelajaran mau mengadakan perubahan lebih bersifat politik dan kempen pilihanraya.

Photobucket

Kembali kepada cadangan Dato` Seri Anwar agar membudayakan wacana ilmu dalam Pakatan Rakyat adalah cadangan yang bernas dan patut dilaksanakan diberbagai peringkat. Dengan wacana ilmiah pendengar dan masyarakat dapat maklumat secara ilmiah dan wibawa. Pembentangan bersifat akademik menuntut ketelitian dari segi fakta dan huraian. Ini lebih meyakinkan masyarakat.. Wacana Ilmiah pada hari ini diakhiri dengan forum Hala Tuju Masa Depan Pendidikan Malaysia yang panelnya ialah Profesor Dr. Shahrir Mohd Zain dan YB Lee Kim Sin dengan moderatornya ialah Dato` Idris Jusi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment