Masjid Al-Hasanah, BBB, 13 Jamadil Akhir 1433 = 05 Mei 2012 (Sabtu):
Karnival Masjid-Surau (KARIMS) terbesar pernah diadakan di Bangi bermula dari 4 Mei berakhir pada 6 Mei, tetapi Majlis Penutup diadakan pada malam 5 Mei (Sabtu).
Tahniah kepada AJK Induk Karims yang diketuai Nazir Masjid Ybhg. Tuan Haji Napiah Sha`rani dan AJK Pelaksana Ustaz Hud dan Ustaz Idris.
Pihak Penganjur berjaya mendapat tokoh-tokoh terkenal bagi mengisi slot-slot yang diatur seperti Ustaz Izhar Ariff Panelis Tanyalah Ustaz TV9, Dr. Zaharuddin juga Panelis TV9, Ustaz Hasrizal dan Ustaz Fauzi Mustafa (Al-Kuliyah TV3), Ustaz Khairil dari UKM, Ustaz Raihan Abdul Aziz (Bank Islam), Dr. Shauqi Othman (TV9), Ustazah Fatimah Zahra dan Ustaz Syed Nurhisham Tuan Padang (TV9). Dengan kepopularan mereka Karnival berjaya menarik kehadiran pendengar-pendengar memenuhi ruang masjid.
Hari kedua nampaknya dipenuhi dengan kegiatan sukan & Pertandingan dan lebih tertumpu kepada kalangan anak-anak, pemuda dan wanita seperti Explorace Karims, pertandingan Futsal yang melibatkan 25 pasukan, Pertandingan Warna Bagi Kalangan Kanak-Kanak, pertandingan Nasyid Terbuka, Slot Khas Bersama ARC dan Pertandingan-Pertandingan Untuk Wanita seperti Gubahan, Anyaman, Kupas Nenas dan Gubah.
Jadi pada malam Sabtu, malam penutup adalah Malam Kesenian Islam dan lebih kepada penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.dan Persembahan-Persembahan dari Kumpulan-Kumpulan Jemputan, Pertandingan Nasyid, Persembahan Pentomen, Hadiah-Hadiah Pertandingan Warna dan persembahan pasukan-pasukan yang menang. Hadiah-Hadiah disampaikan oleh Adun Bangi.
Dlam Ucapan Penutup, Adun memuji Program yang dijalankan, kerana ianya dapat menarik kehadiran pengunjung-pengunjung berbagai lapisan masyarakat ke Masjid dan berharap kehadiran ke Masjid ini tidak hanya kerana Karnival, tetapi Karnival sebagai mekanisme memakmurkan Masjid. Adun berharap kegiatan ini dapat dicontohi oleh masjid-masjid dan surau-surau yang lain. Tetapi menurut Adun, untuk menjadikan Karnival meriah, wajar diadakan pertandingan pada peringkat zon-zon. Johan dan Naib Johan di Zoz-zon ini dipertangkan peringkat akhir di Masjid. Sebelumnya sebelum Adun berucap bagi menutup Karnival Nazir Masjid Al-Hasanah Tuan Haji Napiah mengucap terima kasih kepada semua pihak yang menjayakakan Karnival.
Terima kasih.

No comments:
Post a Comment