Usaha yang dilakukan oleh Surau Al-Muhajirin dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) mengadakan penerangan tentang ``Apa Itu Islam` kepada yang bukan Islam di Anjung Surau Al-Muhajirin patut dipuji. Selama ini bukan tidak disedari betapa pentingnya dilakukan penerangan terhadap yang bukan muslim di Negara kita yang sebahagian daripada rakyat Negara ini bukan muslim. Masalahnya tidak ada keberanian !
Tetapi pada hari ini Surau Al-Muhajirin,Kajang Utama mengadakan forum bertajuk , `Apa Itu Islam ?`` di anjung surau berkenaan (bertaraf masjid) dengan menjemput tokoh-tokoh dari Persatuan Cina Muslim Malaysia yang terdiri dari:
- Encik Ridhuan Ong
- Encik Amir Ng
- Encik Firdaus Wong
Moderator bagi forum di atas ialah saudara Kamal Koh.
Turut hadir di dalam majlis di atas, ialah Tuan Haji Azhar Pengerusi Surau, Dato` Yap Pian Hon Mantan Ahli Parlimen Serdang dan pengiringnya, Tuan Haji Ibrahim Martibi Pengerusi Rukun Tetangga Kajang Utama, sejumlah hadirin dari kalangan orang Cina juga India dan hadirin yang lain yang berjumlah lebih kurang 100 orang.
Adun Bangi yang dijemput secara mengejut kerana kebetulan hadir Hari Sukan Tahunan Pasti di Kajang Utama, dijemput hadir. Walaupun Adun mempunyai program di tempat lain, memandangkan majlis Forum ini begitu istimewa, Adun mengambil sedikit masa hadir. Bila Adun dijemput ke hadapan majlis bersama Tuan haji Azhar, Adun meminta Dato` Yap Pian Hon ke hadapan.
Tuan Haji Azhar dalam ucapan alu-aluannya, bersyukur cadangan mengadakan Forum mengenai Apa itu Islam ? dapat dijayakan. Menurutnya kejayaan Majlis Forum pada pagi ini, kerana mendapat kerjasama yang baik dari Persatuan Cina Muslim Malaysia. `Terima kasih banyak-banyak, kerana dapat hadir`, kata Tuan Haji Azhar. Tetapi yang lebih-lebih saya mengucapkan terima kasih terhadap kaum Cina dan
Adun Bangi yang diminta berucap, memngucap syukur kepada Allah dengan berjayanya Forum seperti ini diadakan, saya merasa bertuah kerana dapat bersama di dalam Forum. Dengan hadir ke Forum Adun meminta kepada yang bukan muslim jangan takut, kerana Majlis ini cuma berupa penerangan, tidak bererti bila hadir ke Forum seperti ini saudara-saudari yang bukan Islam mesti menganut agama Islam. Ianya adalah merupakan penerangan. `Apa Itu Islam ?` Dengan memahami Islam dapat mengelak dari perasaan syak wasangka dan dengan kefahaman tentang Islam dapat memupuk hubungan yang baik antara yang Islam dengan yang bukan Islam. Ini mengukuhkan ikatan sesama rakyat
Walau bagaimana Adun dan Dato` Yap Pian Hontidak dapat berada di dalam majlis dan mengikuti Forum seterusnya. Masing-masing mempunyai program. Usaha meminta Dato`
Sekian.
No comments:
Post a Comment