May 2, 2012

Politik Gembala Kambing Kembali Didongengkan !


Lihatlah berulang
Politik gembala kambing
Berada di puncak bukit kekuasaan
Menganggap rakyat di lembah pemerintahan
Bertaraf kambing boleh digiring
Dengan nyanyian sumbang berulang
Dari mentaliti kebodohan
Dengan isu basi memualkan !

Bukalah mata
Bukalah minda
Lihatlah kelilingan
Rakyat lebih cerdik
Membuat penilaian
Mengambil keputusan.

Shafie Abu Bakar,

Bandar Baru Bangi,
10 Jamadil Akhir 1433
02      Mei             2012.

No comments: