Bagi tahun keempat Pasti As-Syakirin Kajang Utama bersamaPasti As-Syakirin Taman Jasmin secara bergilir-gilir mengadakan Sukan Tahunan danbagi tahun 2012 ini Pasti As-Syakirin Kajang Utama menerima giliran sebagaiTuan Rumah dan mengambil tempat di Padang berdepan dengan Sekolah Rendah AgamaIntegrasi, Kajang Utama. Selaku Tuan Rumah Pasti Kajang Utama menghantarpenyertaan murid seramai 115 orang, manakala Pasti Taman Jasmin menghantarseramai 71 orang. Pada pagi ini padang bukan saja dipenuhi murid-murid, tetapi ibu bapa dan guru-guru. Pengarah bagiSukan Tahunan ini ialah Tuan Haji Abd. Razak Mohd Latif selaku Tuan Rumah danTimbalan Pengarah dari Pasti Jasmin saudara Shahrom Abdullah, manakala Setiausaha ialah saudara Azman Shafiidari Pasti Kajang Utama.
Sebanyak 37 acara pertandingan disediakan termasuk yang bersifat larian, boling, berjalan, bawadan tarik bola, tiup belon, isi air, susun puzzle dan mencari harta karun,manakala acara bagi ibu bapa dan guru ialah tiup belon, baling belon, kepitbola pengpong dan masuk benang ke jarum. Bagi memeriahkan suasana ADUN Bangidijemput merasmikan Sukan Pasti 2012. Permulaan bagi perasmian ialah perbarisan lintas langsung murid-murid dihadapan Adun, para tetamu dan ibu bapa.
Dalam ucapan alu-aluannya Tuan Haji Abdul Razak selaku Pengerusi yang mewakili kedua-dua Pasti mengucap terima kasih di atas kehadirandan peruntukan dari Adun bagi menjayakan Sukan Pasti 2012 tahun ini. Beliaujuga mengucap terima kasih di atas kehadiran ibu bapa yang memberi galakan kepada anak-anak mereka. Menurutnya pertandingan sukan memupuk semangat berlumba-lumba di kalangan murid-murid di samping mengeratkan hubungan di kalangan ibu bapa.
Adun Bangi dalam ucapan perasmiannya, mengucap terima kasihdi atas jemputan. Menurutnya, ``Saya tidak ingat, bahawa selama ini setiaptahun saya merasmikan Sukan Pasti Secara Bergabung ini dan ini ialah bagi kalikeempat sebagaimana kata Tuan Haji Abdul Razak,`` tambah Adun, `` Sayabersyukur dapat hadir merasmikan sukan Berkembar ini. Tambah Adun, ``Bagi sayaini adalah satu cara saya dapat bertemu muka dan bermesra dengan ibu bapa. Jugaguru-guru secara serentak pada satu tempat.`` Menurut Adun, ``Saya tertarikdengan kehadiran begitu ramai ibu bapa yang datang memberi sokongan kepadaanak-anak mereka yang menandakan prihatin ibu bapa terhadap anak-anak dan kitaharap perhatian yang sedemikian juga diberi terhadap Sekolah yang memangmemerlukan sokongan dari ibu bapa. Dari satu segi kehadiran ibu bapa menandakankepercayaan mereka terhadap Pasti yang anak-anak mereka belajar, kita harapkepercayaan ibu bapa ini memberi dorongankepada pihak Sekolah memberi didikan yang lebih berkualiti kepada anak-anakterutama di dalam bidang keagamaan, akhlak dan syaksiah. Adun berharap jugakerjasama antara dua Pasti bukan setakat di dalam bidang sukan, tetapi jugadari segi akademik dan pendidikan. Kerjasama seperti ini harus diteruskankerana ternyata banyak manfaatnya seperti mengurangkan perbelanjaan, lebihmeriah dan mengukuhkan ukhuwah.
Selepas perasmian diadakan Cabutan Bertuah dan Adun diminta membuat cabutan dan menyampaikan hadiah dan acara sukan diteruskan. Walau bagaimanaoleh kerana Adun mempunyai program di tempat lain, maka Adun tidak dapatmenyaksikan pertandingan sukan seterusnya yang disertai murid-murid, guru-guru dan ibu bapa.
No comments:
Post a Comment