Jam 4.00 petang hari ini Adun berseorangan ke Desa Surada, diikuti saudara Azizi secara berasingan ke
Adun tiba dan dapati sudah ada lebih kurang 10 orang yang datang untuk bergotong royong membersihkan runtuhan. Antara mereka mengangkat keluar tinggalan barang-barang terbakar, dua daripada anak muda sedang menyodok pecahan atap simin yang berlonggok dengan skop ke dalam kereta sorong dan dilonggok di luar. Masalah yang diberitahu mereka, ke mana hendak dibuangkan bahan-bahan runtuhan dari kebakaran itu..
Adun meminta saudara Shukor Atan Pengerusi Surau Al-Muhajirindan beberapa yang hadir menghubungi mana-mana pemilik lori untuk mengangkut bahan dan kita sedia bayar kos pengangkutan. Sambil menunggu lori kerja melonggok terus dilakuakn, sehingga sebuah lori membeli barang-barang lusuh tiba dan memungut bahan-bahan besi dan plastic dengan sedikit bayaran kepada pemilik rumah. Selepas itu lori tempahan mengangkat barang-barang tiba. Secara ramai-ramai bahan diangkat dan dimasukkan ke dalam lori dan lori bergerak membuangnya ke tempat pembuangan sampah, diikuti dengan trip kedua. Adun membayar upah bagi mengankut dua trip sampah akibat terbakar tersebut.
Manakala sebuah lagi lori dari Syarikat Jitu Sdn. Bhd. dari No. 15, Jalan Surada 2 yang dimiliki En. Yazid bin Ansilin menurunkan bekas sampah di tepi rumah Tuan Haji Abdul Razak untuk diisi dengan lebihan sampah yang tidak habis diangkut. Berkat dari kerja gotong royong sebahagian besar dari sampah diakibatkan oleh runtuhan kebakaran dapat dibersihkan.
Manakala Tuan Rumah bersebelahan yang turut mengalami kebakaran pada sebahagian rumahnya, iaitu En. Nazaruddin bin Hussin bersama isterinya dan jiran-jiran berdekatan sibuk menyediakan minuman dan makanan untuk dihidangkan. Adun turut minum air
``Inilah kuih yang paling zalim, sudahlah melompat untuk makan kena tikam pula!`` disambut dengan ketawa oleh mereka yang masih giat bergotong royong mengangkat bahan runtuhan. Seorang daripada mereka menambah,
``
Walau bagaimana dengan gurau senda yang disulam dalam percakapan semacam hiburan bagi pekerja-pekerja yang bergotong-royong. Kerja diteruskan hingga sebelum maghrib.
Sekian.
No comments:
Post a Comment