May 5, 2012

Lancar Derma Pembinaan Surau Al-Falah, Taman Sinaran, Balakong

Taman Sinaran, Balakong, 06 Jamadil Akhir 1433 = 28 April 2012 (Sabtu):

Walaupun Adun terlampau letih setelah berjalan kaki seharian kerana menyertai Tuntutan Bersih di Kuala Lumpur, bersesak pergi balik dalam komuter dan tiba ke rumah jam 5.30 petang, berehat sekejap dan bergerak ke Taman Balakong bersama saudara Azizi bagi tujuan di atas. Tiba ke lokasi betul-betul sedikit sebelum Maghrib.

Taman Sinaran ini dihuni (2004)yang mempunyai lima blok kediaman yang penduduknya dalam lingkungan 5,000 orang tidak mempunyai surau. Setelah 12 tahun menumpang di surau-surau di taman-taman berdekatan. penduduk berkeinginan mempunyai surau sendiri. Tempatnya dikenalpasti dan mendapat kelulusan menggunakan tapak court takraw/badminton yang didirikan khemah di atas tapak berkenaan bagi mendirikan solat dan melancarkan derma bagi didirikan surau di atas tapak ini. Pada masa ketibaan Adun persiapan terakhir disempurnakan dengan muslimat bersama membuat persiapan jamuan.

Azam Maghrib dikumandangkan dan Adun diminta mengimamami solat Maghrib, selepas itu Majlis bagi pelancaran derma bermula. Hadir ke majlis ini ialah Pengerusi AJK Pembinaan Surau Al-Falah Encik Nor Azam, Setiausaha saudara Nor Azmi bin Ismail. Antara tamu Kehormat yang hadir ialah Tuan Haji Azizan Idris Nazir Masjid Cheras Jaya, Ustaz Idris Imam Masjid Tanming Jaya, penduduk ahli kariah, ibu bapa dan anak-anak.

Majlis bermula dengan salawat ke atas Rasulullah dan ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi AJK Pembinaan Surau yang berterima kasih di atas kehadiran Adun dan tamu-tamu kehormat. En. Norazam memaklumkan semua keperluan keizinan dari JAIS dan plan sudah didapati. AJK berhasrat untuk memungut derma sejumlah RM500,00 bagi kos pembinaan Surau Al-Falah yang diidamkan. Beliau juga melahirkan hasrat jika mendapat peruntukan dari pihak kerajaan bagi menyegerakan bangunan.

Adun Bangi dalam ucapan Perasmian Pelancaran Derma menmgucapkan tahniah di atas hasrat AJK dan penduduk untuk mendirikan surau. Ini adalah permulaan yang baik. Adalah menjadi kemanisan bagi penduduk mempunyai surau sendiri. Jika kita menumpang di surau orang, kita tidak bebas mengadakan kegiatan, tetapi jika mempunyai surau sendiri, penduduk bukan saja dapat berjamaah menunaikan solat waktu, tetapi mengadakan berbagai-bagai kegiatan melalui surau, seperti mendidik anak-anak dalam ilmu keagamaan seperti mengaji Qur`an. Penduduk juga dapat mempelajari ilmu-ilmu keagamaan yang diajar guru tempatan atau menjemput guru-guru berkelayakan mengajar di surau dan dapat mengadakan kegiatan kemasyarakatan seperti sambutan-sambutan hari kebesaran, bahkan berbagai permaufakatan penduduk. Adun menyebut bila ada surau sendiri, bayangkan betapa mesra dan bahagia para jamaah dapat menyambut Ramadhan di surau sendiri, berbuka, bertarawih dan bertadarus di surau sendiri. Jika tuan-tuan dan puan-puan dan penduduk ingin segera menikmati kemesraan mempunyai surau sendiri, sebab itu berusaha dan berdermalah agar dapat surau didirikan. Adun mengingatkan, jangan menunggu jumlah kewangan terhimpun dengan jumlah yang dikehendaki, tapi jika ada sejumlah RM100,000 pun boleh mula mendirikan bangunan, kerana biasanya bila orang melihat sudah terdiri tiang dan rangka bangunan orang akan lebih terdorong untuk menderma, menambah derma agar bangunan segera dapat disiapkan. Adun maklumkan juga pihak kerajaan tidak mendirikan surau. Biasanya pemaju akan menyediakan tapak atau mendirikan terus surau. Tetapi pihak JAIS biasanya akan menambahkan peruntukan bila pihak surau dapat membuktikan surau didirikan. Ertinya peruntukan bagi menyiapkan biasanya akan diberi, kadang-kadang atas kadar dapat kalau RM100,000, maka akan ditop up RM100,000, tapi tidak semua sedemikian, tapi usahakanlah untuk mendapat bantuan bila pembangunan berjalan.

Pelancaran derma dilancarkan oleh Adun dan mengedarkan kotak-kotak derma kepada wakil-wakil surau untuk dibawa balik kotak ke surau masing-masing.

Majlis ringkas berakhir dengan solat Isya` dan jamuan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment