May 17, 2012

Melepaskan Konvoi Surau Al-Istiqamah Ke Pengkalan Balak, Melaka Berehlah

Surau Al-Istiqamah, Seksyen 16, BBB, 20 Jamadil Akhir 1433 = 12 Mei 2012 (Sabtu):

Photobucket

Para Jamaah Surau Al-Istiqamah, Seksyan 16 BBB mengadakan Rihlah Keluarga Tahunan Surau Al-Istiqamah bagi merihatkan Minda dan Jiwa di samping merapatkan hubungan kekeluargaan.

Menurut saudara Harun Ar-Rashid Pengerusi Surau, "Rehlah Keluarga ini adalah merupakan acara tahunan bagi Surau Al-Istiqamah. Ini adalah kali ke-6."

Ketika ditanya, "Mengapa ke Melaka?" jawab saudara Harun,

"Kami memilih lokasi terbaik dan menarik di samping ada penginapan yang berpatutan harga dan sesuai untuk keluarga berihat dan bersantai."

Tambah saudara Harun, "Di Melaka, kami ke Pengkalan Balak yang lokasinya di tepi pantai yang mempunyai pandangan menarik, lebih spesifik ialah di Shelley Kapal Layar Hang Jebat, Pengkalan Balak, Masjid Tanah Melaka." tambah saudara Harun,

"Pada tahun lepas, kami ke Port Dickson, Bandar Peranginan dan Perkelahan yang tidak asing itu."katanya.

Ketika ditanya, "Berapa kos penginapan dikenakan ?"

"Kos sehari semalam bagi satu keluarga ialah RM100/= sahaja." jawabnya.

Bila ditanya, "Berapa keluarga yang menyertai Rihlah?"
"23 keluarga," jawab saudara Harun.

"Apakah ke Pengkalan Balak untuk rehat-rehat semata-mata?", "Tidak, kami mengatur program pengisian bagi Rehlah." katanya.

"Kami bersolat jamaah bagi setiap waktu. Imam Surau Istiqamah kami, Imam Nursani Ujud dan pembantu dari surau ikut sama dalam Rihlah. Jadi konsep berjamaah kami di Surau Istiqamah diteruskan di dalam Rihlah."

Photobucket

"Kami juga mengadakan ceramah selepas Isyak, antaranya tokoh Penceramah di Masjid Tanah dijemput." Tambah saudara Harun,

"Kami juga adakan tazkirah selepas solat Subuh" jelasnya.

Kata saudara Harun lagi, "Kami masak sendiri untuk keluarga, antara kami membawa alat memasak dan bahan-bahan untuk di masak." tambah saudara Harun,

"Pada malam kesampaian kami, kami mengadakan barbeque yang disetai semua sebagai kemeriahan puncak Rihlah di sini."

Pada sebelah pagi menurut saudara Harun, ``Kami adakan sukanika dan cabutan bertuah di pantai yang melibatkan anak-anak, remaja dan orang-orang dewasa.`

Menurut saudara Harun, "Hadiah-hadiah memang dibawa, yang antaranya peruntukan dipohon dari Adun."

Photobucket

Sementara saudara Harun memberi penerangan, saudara Uwais Setiausaha Rihlah yang juga Pemuda Unit Amal mengatur kereta-kereta dalam susunan secara konvoi. Kemudian Adun diserah bendera Negeri Selangor untuk dikebar menandakan perlepasan bagi konvoi bergerak seraya melafazkan kata-kata Basmalah dan ayat Qur`an yang bermaksud:

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali (Az-Zukhruf: 13 – 14).

Sekian.

No comments:

Post a Comment