April 11, 2013

Cadangan Bernas YAB. Dato` Menteri Besar Selangor Memberi Saham Air Kepada Rakyat: Teruskan Tradisi Membela Rakyat

BBB, 29 Jamadil Awwal 1434 = 10 April 1434 (Rabu):


Isu air dikatakan isu penting yang menjadi senjata pilihanraya di Selangor. Isu ini melibatkan Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Pusat dan pihak pemegang utama saham konsesi air, iaitu Syabas. Permasalahan isu air berlaku apabila konsep pengkopratan dan penswastaan diperkenalkan pada zaman pemerintahan Dr. Mahathir dengan alasan dengan pengkopratan dan penswastaan sesebuah syarikat lebih licin pentadbiran dan lebih tinggi dari segi keuntungan. Penswastaan juga melibatkan air pada tahun 1997 yang memberi peluang bagi Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) menguasainya (72%). Sebelumnya air terletak dibawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor sepenuhnya. Syarikat yang lain yang turut menguasai syarikat air ialah Puncak Niaga Sdn. Bhd. (Rawatan Bekalan Air Mentah), Konsortium Abbas Sdn. Bhd. (Rawatan Bekalan Air Mentah) dan Splash (Syarikat Pengeluaran Air Selangor Holding).


Sebagai syarikat Koporat swasta yang mementingkan keuntungan, maka Syabas sebagai pemegang saham terbesar merangka plan kenaikan tariff air sebagaimana berikut:


TAHUN
TARIF
2009
37%
2012
25%
2015
20%

Berikut dari penguasaan berlaku pengurusan sewenang-wenang yang tidak menyenangkan seperti:
  • Pemberian kontrak kepada kompeni secara rundingan terus, tidak secara open tender sebanyak RM600 milion.
  • Berlaku missing kira-kira kewangan antara 2005 – 2007 sebanyak RM325 milion
  • Bercanggah dengan Perjanjian Syabas 2005, Syabas mengimport paip dari Indonesia berharga RM375 milion. Syarikat di Indonesia ini dipunyai oleh Syabas yang CEOnya ialah Tan Sri Rozali Ismail.
  • Gaji Tan Sri Rozali setahun dikatakan ialah RM5.1 milion dengan kadar sebulan ialah RM425,000.
  • Perbelanjaan mengrenovate office sebanyak RM51.2 milion bercanggah dengan kelulusan Jabatan Kawal Selia Air Selangor (JKAS) yang meluluskan hanya sebanyak RM23.2 milion.
  • Syabas bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM471 milion apabila Kerajaan Negeri Selangor menahan Syabas dari menaikkan tariff air.

Atas perjalanan yang tidak menyenangkan dan kerugian bagi rakyat dan air sebagai keperluan awam, maka kerajaan Negeri Selangor, mau memiliknegerikan pengurusan air.


Tindakan Kerajaan Negeri Selangor mengecualikan bayaran air yang menggunakannya di bawah 20 kubik meter mencerminkan komitment Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat membela rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat juga mencadangkan tariff air sebagaimana berikut:


TAHUN
TARIF
2009
12%
2012
12%
2015
12%


Selain daripada itu Kerajaan Negeri Selangor juga merangka plan tindakan sebagaimana berikut:
  • Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat membuat cadangan membeli balik Syarikat Konsesi Air dengan harga RM9.65 bilion dan memberi kepada rakyat hak mendapat air bersih dan mampu beli.
  • Apabila diambilalih, maka pentadbiran dilakukan secara Rakyat Oriented Government. Bukan Syarikat yang amat menekankan keuntungan
  • Empat Syarikat (Syabas, Puncak Niaga, Abbas dan Splash) akan diletak dibawah satu pentadbiran yang akan merendahkan tariff, menambah efficient dan menghapuskan kos transfer.
  • Mengutamakan urusan secara integriti dan transperancy. Ini berkaitan dengan akta yang diluluskan di Dewan Negeri Selangor berhubung dengan Freedom of Information enactment
  • Dengan tawaran harga sebanyak RM9.65 bilion diharap pihak pemilik konsesi air akan menerima dan pentadbiran air berada di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
  • Masalah dengan Kerajaan Persekutuan

Air sebenarnya berada di bawah kekuasaan negeri, namun ada usaha oleh Kerajaan Persekutuan untuk meletakkan pengurusan di bawah satu syarikat, tetapi tidak semua menerimanya, termasuk Selangor. Namun usaha Selangor untuk memiliki Syarikat Air di bawah Selangor melibatkan bekalan air ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selangor semasa di bawah pentadbiran BN membenarkan air dibawa dari Pahang yang melibatkan adangan pembinaan terowong melalui Banjaran Titiwangsa (baru bermula), tetapi apabila Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat, usaha membawa air dari Pahang tidak disetujui Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan hujah bahawa, air mencukupi di Selangor, mengorek bukit merosakkan alam sekitar dan pembawaan air dari Pahang akan meningkatkan harga air bagi menampung kos perbelanjaan membawa air ke Selangor (lebih dari RM9 bilion) dan ini membebankan rakyat. Adalah dilihat bahawa, usaha membawa air dari Pahang yang dikenali dengan Langat 2 itu lebih kepada memberi peluang kepada syarikat pembinaan mendapat projek dan mendapat keuntungan, sedangkan bagi pihak kerajaan yang telah membuat perjanjian dengan Syarikat luar – Jepun mungkin menghadapi tindakan mahkamah, jika projek membawa air itu terhalang. Lantaran itu Menteri Tenaga Teknologi Hijau & Air Dato` Peter Chin Kah Fui berusaha untuk mendapat keizinan kerajaan negeri membawa air dari Pahang. Menteri ini juga berdolak dalik berhubung dengan usaha Kerajaan Negeri untuk membeli syarikat konsesi air. Pada mulanya dia bersetuju dan tiada halangan, tapi kemudian tidak bersetuju kecuali dengan kebenaran kerajaan Pusat. Dari satu segi juga kita lihat mengapa Kerajaan Pusat dan BN beria-ria mau mengambil alih pemerintahan di negeri Selangor, antaranya bagi memudah banyak perkara yang menghalang kemahuan yang mereka kehendaki.

Adalah diharapkan selepas cadangan membeli balik konsesi air berjumlah RM9.65 bilion, maka pentadbirannya dilakukan oleh Rakyat Oriented Government dan bukan oleh Syarikat berorientasikan keuntungan. Tawaran pembelian adalah melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kepada Syabas, Puncak Niaga, Konsortium Abbas dan Splash Holding.

Bila Pentadbiran Air di bawah Kerajaan Negeri sebagai amanah rakyat, maka ianya mengurangkan kos pentadbiran dan pertindihan kerja dan menjadikan perjalanan pentadbiran lebih licin, maka secara langsung dan tidak langsung boleh mendatangkan keuntungan. Adalah satu cadangan yang amat baik datangnya dari YAB. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan berita kepada rakyat negeri Selangor, bukan untuk menaikkan tariff air, tetapi untuk memberi Saham Air kepada rakyat. Ini bermakna rakyat bukan saja dapat menikmati air percuma dan air murah, tetapi akan mendapat saham keuntungan dari penjualan air kepada semua pihak dengan kadar berpatutan. Saham keuntungan ini boleh dimasukkan dalam bil air dan tolak dari kos yang kena bayar atau dimasukkan ke dalam akaun khas bagi setiap pengguna air. Keuntungan dari air juga boleh dilaburkan juga bagi kumpulan masyarakat yang faedahnya dapat dinikmati semua dan berbagai cara lagi yang dapat difikirkan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment