Di hujung khidmat seorang Wakil Rakyat
Tunduk diri hormat pada kalian memberi mandate
Pada seorang yang tak arif tentang politik
Tapi diseret kawan masuk ke gelanggang
- Kebetulan dekat pilihanraya 1999
Mengenali pimpinan tempatan
Berjinak dengan kegiatan
Lantas diaju borang Pas keahlian
Bernombor 617331 seumur hayat
27 Mei, 1999 di bawah Hulu Langat.
Dari situ bermula keterlibatan
Menjelajahi kawasan dan cawangan
Mengenali penyokong dan lawan
Mulai naik pentas berceramah
Bermula dengan gaya
akademik
Jujur dengan fakta dan huraian
Bersama teman jemputan
Berhadapan khalayak ribuan
Di tengah kibaran bendera bulan
Allahu Akbar berulang !
Makin jauh keterlibatan
Selain dari ligat di pentas ceramah
Antara budaya melibat diri berpolitik
Sering mesyuarat ke lewat malam
Perkukuh kedudukan pertahanan
meneliti kelemahan lawan
Turut sama ke halaqah usrah
Memperkukuh benteng dalaman
Mewajakan diri dari ujian.
Terima kasih kepada pengundi
Bangi dan Kajang
Yang tiada rotan akar berguna
Tiada helang belalang berjenama
Pertama kali diberi amanah
Oleh pimpinan Pas Pusat
Presidennya Ustaz Fadzil Noor
Lantaran yang lain menolak
`Tiada yang makan cekak`
Bertanding di kawasan multi-racial
50-50 Melayu dan bukan Melayu
N – 23 Kajang yang bergiliran
Antara MCA dan DAP menang
Kali ini pertama kali diberi kepada PAS
Pertama kali pula sejarah tercipta
Dengan pertolongan Allah
Dan kawan berbagai kaum menolong
Menang walaupun 37 majoriti tipis undi
Melayakkan diri menghadiri Dewan Negeri
Bersama tiga teman satu parti
Juga seorang wakil DAP
Sebagai pembangkang di Dewan Negeri
Namun kemenangan tidak seindah harapan
Dicabar lawan di Mahkamah berguam
berpuluh kali naik turun mahkamah
Dari Mahkamah Tinggi Shah Alam
Ke Mahkamah Agung Putra Jaya
Memasang peguam Karpal Singh
Lawan Shafie Abdullah bagi pihak MCA
mempertahan tercabarnya kedudukan
melibatkan peruntukan melebihi RM30 ribu
berleret-leret hingga ke tahun 2009
dengan keputusan menang jadi arang
kalah jadi abu – guaman dihentikan
di Mahkamah Agung Putrajaya
apa jua hormatku kepada teman sepakat
terus mengiringi guaman memberi semangat.
Era politikku masuk fasa baru
Terima kasih Ustaz Hasan Shukri
Naib Presiden `Sejarah Bergerak` Pas
Memberi amanah Timbalan PJ Negeri
Membiasakan diri mesyuarat di Gombak
Mengatur strategi Pas peringkat negeri
Terima kasih juga Pas kawasan Hulu Langat
Melantik diriku Timbalan dan ke Jawatan YDP
Di bawah pimpinan Dr. Hamirdin
Hingga dia menarik diri
Terima kasih Pas Serdang & Cawangan
Melantik diri sebagai YDP
Sama berusaha mengukuhkan kedudukan
Menjalankan khidmat sesungguh hati
Dengan segala kekurangan
sebagai pembangkang
pada masa kekalahan.
Terima kasih kepada pengundi
Kajang-Bangi mengajar diri
Erti manis kemenangan
Erti pahitnya kekalahan
Dihanyut angin perubahan
Kehendak rakyat ubah pemimpin atasan
Terlalu lama memerintah mau pembaharuan
Hampir sapu bersih pembangkang
Oleh pimpinan Mr. Clean diungkapkan
Menuntut cekal pendirian
Dengan segala kekurangan
Semasa pahit kekalahan 2004 ini
Rakan-rakan teman terus simpati
Menyokong membantu peruntukan
Mampu bergerak meneruskan perjuangan.
Allah itu Maha Kuasa
Mengangkat menurun kedudukan
Apabila yang diharap sebelumnya
tiada prestasi memberangsangkan
dan angin perubahan
meniup kencang
bersama tawaran baru dari Pakatan
hampir meruntuh sebuah Kerajaan
kecundang BN kurang kerusi Parlimen
terima kasih pengundi Bangi-Kajang
Memberi majoriti amat meyakinkan
dengan 6,192 mengatasi lawan
menyepikan suara lawan
tiada kes mahkamah diangkatkan.
Di bawah Dun Bangi
Kami bertindak pendekatan dijanji
Bangi Dun sejahtera Aman, berilmu,
Prihatin dan berkebajikan
Bagi membina identiti Bangi
22 Jun 2008 Bangi Bandar Ilmu
Dato` Menteri Besar merasmikan
Menjadi garis panduan kegiatan
Khidmat masyarakat berterusan.
Namun hari tidak selalu cerah cemerlang
Dan hari ada mendung, guruh, petir, hujan
Dalam diam ada yang minat pucuk pimpinan
Dalam gelapnya ada mata-mata tajam
Bersama petir membakar menyambar
17 April 2011 sekali lagi menerima ujian
Dari strategi diatur luar pengetahuan
Bukan lawan membawa ke mahkamah berguam
Tapi sesama kawan mengepit sayap pergerakan
Hakikat harus diterima, tapi amanat rakyat diutama
Tumpuan pada khidmat dengan peruntukan didapat
Berfokus dari rumusan 5i
Islam, Ilmu-IT, Ihsan-Perpaduan
Infra-Sukan & Industritani-Indah Alam
Di bawah Kabinet Mini Dun Bangi
Yang setiap bulan mesyuarat melaksanakan
Antaranya disertai Ketua Kampung-Ahli MPKj
Yang setiap minggu mesyuarat kewangan
Terima kasih kepada semua menjalankan tugas
Terutama pada hujung minggu
Dan biasa bersama turun padang
Terutama saudara Azizi setia mengiringi
Ke pedalaman tak kira malam siang
Dengan hilux berwarna hitam
Tanpa memikirkan balasan.
Terima kasih pada Peringkat Pusat
TG Dato` Paduka Nik Abdul Aziz Murshidul Am
TG Dato`Seri Haji Abdul Hadi Presiden
Memberi ruang jejak jihad perjalanan
Terima kasih kepada peringkat negeri
YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim
Dato` Menteri Besar Negeri Selangor D.E.
Melantik Pembantu Exco Agama & Adat Melayu
Dan Pengerusi PADAT, walaupun sekejap
Memungkinkan membantu memberi khidmat.
Terimakasih kepada semua
Dari pentadbiran tertinggi parti
Kepada kerajaan Negeri
Pas Kawasan hingga Cawangan
Hulu Langat dan Serdang
Mengajarku erti kepimpinan
Menerima kemenangan dan kekalahan
Turun naik & kecundang
Semuanya adalah ramuan
Catatan perjalanan
Sebuah perjuangan.
Allahu Akbar !!!
Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
08 Jamadil Akhir 1434
19 April 2013.
Semoga khimat Dr mendapat balasan yang setimpal dari ALLAH SWT... Amin
ReplyDeleteTerima Kasih di atas Perkhidmatan YB selama 5 tahun bekerjasama amat mudah segala urusan, semuga YB diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteAllahhuAkbar 3x.
Dari : Azlan dan saf kepimpinan Kg. Bahagia.
:'(
ReplyDelete