Tmn. Kajang Baru, Bukit Kajang, 19 Jamadil Awwal 1434 = 31
Mac 2013 (Ahad):
Rukun Tetangga Taman Kajang Baru, Bukit Kajang sebenarnya
sudah lama ditubuhkan, iaitu sejak 1993. Adun sendiri pernah menghadiri
beberapa function yang pernah diadakan oleh Rukun Tetangga di Taman Kajang Baru
ini dan pernah memberi peruntukan untuk kegiatan yang diadakan. Rukun Tetangga
di sini bersifat multi-rasial sesuai dengan kependudukan di sini bersifat
multirasial. Namun Rukun Tetangga yang telah berjalan selama sedekad itu mengalami
kemerosotan dan tidak aktif.
Dalam pertemuan dengan saudari Maslina dua bulan yang lalu
berhubung dengan kegiatan kebajikan di tempatnya, beliau bertanyakan
kemungkinan memulihkan kembali Rukun Tetangga yang telah tidak berfungsi di
tempatnya dan Adun mencadangkan agar dipulihkan kembali Rukun Tetangga
tersebut. Dengan bantuan saudara Azmi Ahmad usaha memulihkan Rukun Tetangga
tersebut dilakukan. Pihak Adun dan Ahli Parlimen Serdang YB Teo Nie Ching bersetuju
untuk membiayai peruntukan pemulihan kembali Rukun Tetangga.
Hari ini diadakan Majlis Pelancaran Kembali Rukun Tetangga
Kajang Baru, Bukit Kajang bertempat di Pinggiran Padang Permainan Taman Kajang
Baru, Bukit Kajang. Pelancaran pada hari ini terdiri dari program Sambutan Hari
Ibu, Sukanika, Sumbangan Terhadap Warga Emas, Insentif Kepada Pelajar Cemerlang
dan Pemriksaan Kesihatan. Satu pasukan tenaga dari Jabatan Kesihatan Kajang
dijemput hadir bagi menjalankan Pemeriksaan Kesihatan dan persediaan bagi
menghadapi sebarang situasi kecemasan. Hadirin jangkaan berjumlah 50 orang,
tetapi kebanyakan daripada mereka adalah dari kalangan warga emas perempuan.
Tetapi hadirin adalah terdiri dari berbagai kaum.
Adalah difahamkan bahawa pemilihan AJK Rukun Tetangga telah
dijalankan sebelum daripada ini dengan Ketua Rukun Tetangga terpilih ialah En.
Othman bin Muhammad dan Puan Maslina sebagai Setiausaha.
Majlis Perasmian terdiri dari ucapan alu-aluan dan Ucapan
Pelancaran. Pengerusi majlis saudara Shamsul Glamour menjemput saudara Othman
menyampaikan ucapan alu-aluan. Beliau menggalurkan sejarah penubuhan Rukun
Tetangga di Taman Baru, Bukit Kajang yang membawa kepada pelancaran kembali.
Beliau berterima kasih terhadap penderma-penderma, kerjasama Pejabat Kesihatan
dan orang ramai yang sanggup hadir ke majlis. Beliau bersyukur kerana program
telah berjalan dengan baik. Cuma apa yang merisaukan saudara Othman bahawa
Pejabat Rukun Tetangga yang terdiri dari
kaven yang sudah digunakan sejak lebih dari 10 tahun telah reput oleh kelamaan.
Jika mau dibaiki memakan peruntukan yang mungkin sama harganya dengan membeli
yang baharu. Sebab itu beliau mengadu, jika pihak Pejabat Adun dapat menampung
kos pembelian kaven yang baru.
Adun dalam ucapan berterima kasih di atas jemputan bagi
merasmikan Pemulihan Kembali Rukun Tetangga Kajang Baru Bukit Kajang. Adun
meminta maaf, kerana sedikit lewat tiba, kerana mempunyai program di Bukit
Mahkota. Itupun berada di sana
sebahagian dan terpaksa berkejar ke sini dan tiba sedikit lewat. Adun
berpendapat Rukun Tetangga amat penting. Fungsi utama ialah menjaga keamanan di
kawasan Taman Baru, Bukit Kajang, tetapi rukun tetangga juga mempunyai fungsi
sosial seperti mengadakan Hari Keluarga seperti hari ini, mengadakan sambutan-sambutan
hari kebesaran, Hari Kebajikan, ziarah menziarah dan sebagainya. Adun sedia
bekerjasama. Adun berjanji memperuntukkan RM1,000 bagi kegiatan Hari Pelancaran
Rukun Tetangga. Berhubung dengan keperluan membeli kaven yang baru, Adun sedia
memberi peruntukan tambahan, kiranya pihak AJK dapat menghimpun dana bagi
Tabung Rukun Tetangga bagi membeli kaven yang baru. Sebelum daripada itu telah
dilancarkan Jiran Wanita dan Jiran Muda.
Selepas pelancaran Rukun Tetangga Taman Baru Bukit Kajang,
Adun menyampaikan bantuan kepada warga-warga emas melalui peruntukan Kebajikan
Adun. Berikutnya Adun juga menyampaikan Anugerah kepada pelajar-pelajar
cemerlang. Antara pelajar cemerlang di dalam SPM ialah: Nurfarah Nabila, Nurul
Shafiqah, Mohd. Amirul Ahmad dan Muhammad Ahnaf.
Selepas penyampaian sumbangan dan Anugerah Pelajar
cemerlang, Adun melihat Kavin yang uzur dan mendapati kaven berkenaan perlu
digantikan dengan yang baru atau sekurang-kurang kaven terpakai yang masih
baru.
Sekian.
No comments:
Post a Comment