Setelah tempoh Parlimen matang
Antara Dewan Negeri terbubar sendiri
Maka teka teki berlarutan terjawab
Dengan pembubaran Parlimen
Oleh Perdana Menteri
Dipersetujui YDP Agong
3 April 2013 jam 11.32 tengahari
Diikuti Dewan Negeri Selangor
Oleh Dato` Menteri Besar
Dipersetujui DYMM Tuanku Sultan
4 April jam 2.30 seturut hari
Maka fungsi seorang Wakil Rakyat
Secara rasmi berakhir di sini.
Tapi di Pejabat
Mereka yang berurusan
Berterusan datang
Memerlukan pertolongan
Memerlukan tandatangan
Dan cop rasmi diawalkan.
Petang itu 5 April
Selepas solat Asar ditunaikan
Nabilah Ahmad Kerani di pejabat
Menyusun surat-surat tiba
Mendepaniku di atas meja
Dengan surat
paling ke atas
Dari Pejabat Dewan Negeri
Mengandungi arahan
Berikut pembubaran
Fungsi Adun dan Kerani
Juga terbubar sendiri
Kehilangan fungsi
Faham dengan keadaan
Nabilah mengungkapkan luahan
Dengan sayu dan perlahan
Selepas ini saya tidak perlu hadir lagi ?
Menjalankan tugas harian ?
Aku tersentuh dengan ungkapan
Tapi spontan menjawab
`Tidak ! ` - `Jangan !`
Kita mempunyai tugas
Parti dan masyarakat
Perlu diteruskan !
Kita perlu berada di sini
melayan mereka yang datang
Program harian dan mingguan
Masih belum berselesaian
Kita masih ada peruntukan
Perlu disampaikan
Kita mesti turun padang
Azizi masih terus setia
Bersama Hilux ke mana-mana
Membuat lawatan
Menyelesaikan aduan
Selagi diperlukan
Tanpa tempoh had ditentukan
Tentang elaun yang ditiadakan
Jangan bimbang kami usahakan.
Dengan amanah dan tanggungjawab
Dengan budaya murni itu
Kita perlu berkhidmat berterusan
Itulah manisnya perjuangan
Allahu Akbar !
Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
25 Jamadil Awwal 1434
06 April 2013.
No comments:
Post a Comment