April 6, 2013

YB Iskandar Rasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Bukit Mahkota: Harapan Penduduk

-->
Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota, 19 Jamadil Awwal 1434 = 31 Mac 2013 (Ahad):

Persatuan Penduduk Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota hari ini mengadakan Mesyuarat Agung bagi kali Ke 5 Sesi 2013-2014 bertempat di Surau Ar-Raudah, Seksyen 5 Bandar Bukit Mahkota, Bangi, 43000 Kajang, Selangor. Pihak AJK menjemput YB Iskandar Abdul Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan untuk merasmikan Mesyuarat Agung. Turut dijemput dan hadir ialah YB. Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj, manakala dari Tuan Rumah yang hadir En. Zulkifli Ambak Pengerusi Persatuan Penduduk, En. Khairuddin Mohd Ali Timbalan Pengerusi, Ustaz Haji Ahmad Awang bin Abdullah selaku Pengerusi Surau. Turut hadir En. Kamaruddin Ketua Balai Polis Bandar Seri Putra dan ahli-ahli yang hadir berjumlah 70 orang daripada keahlian berjumlah 282 orang dan daripada perumahan 600 buah rumah.


Saudara Zulkifli Ambak dalam ucapan alu-aluannya mengucap terima kasih di atas kesudian YB. Iskandar Exco dan YB. Dr. Shafie Abu Bakar hadir ke majlis. Beliau memaklumkan keperluan bagi penduduk Seksyen 5, Bukit Mahkota, iaitu Sebuah Dewan Serbaguna yang jangkaan tapaknya berdekatan dengan Surau Ar-Raudah, Sebuah Padang Futsal bagi kegiatan Anak Muda dan juga keperluan kepada Perpustakaan. Ada pun tapak kubur sudah diluluskan dan memerlukan peruntukan untuk landscaping dan pembersihan. Beliau berharap mendapat pertolongan dari YB. Iskandar bagi menjayakan keperluan-keperluan di atas.


Adun Bangi berterima kasih, kerana sama dijemput hadir. Adun sukacita Surau di sini   bukan setakat menjadi pusat ibadah, tetapi menjadi pusat pendidikan dan kegiatan kemasyarakatan. Sejak awal lagi surau ini mau dibangunkan, Adun memang memberi sokongan, bahkan sokongan kuat juga diberi bagi meningkatkannya menjadi Surau yang mendirikan solat Jumaat. Sudah tentulah dengan pertambahan penduduk, tidak cukup dengan adanya sebuah surau, tetapi memerlukan masjid dan keperluan-keperluan seperti Dewan, Padang Futsal dan Perpustakaan sebagaimana disebutkan oleh saudara Zulkifli Ambak YDP Persatuan Penduduk. Adun menyokong kuat agar diwujudkan di Bukit Mahkota apa yang diperlukan itu. Namun Adun berkata, ``Semua yang diperlukan ini janganlah hanya disebut, tanpa ikhtiar. Usahakan mendapat projek atau menghimpun dana bagi menjayakan sebahagian dari keperluan menurut kemampuan.`` Adun mengambil contoh, penduduk memerlukan Sekolah dan masjid. Hasrat untuk mendapat kedua-dua keperluan ini telah lama dilahirkan. Dari usaha yang dilakukan, al-hamdulillah sebuah Sekolah rendah sedang didirikan, tetapi untuk mendapat masjid dan Sekolah menengah perlu diusahakan dengan berbagai-bagai cara, agar hasrat mendapat kedua-duanya terlaksana. Adun mengucapkan tahniah, sepanjang Adun ikuti perkembangan persatuan, banyak kegiatan yang dilakukan sebagaimana dilaporkan dalam buku program yang kebanyakannya bersifat kemasyarakatn dan kebajikan. Sebahagian daripada program-program berkenaan disertai oleh Adun sendiri. Kita harap persatuan akan terus aktif bagi memajukan Bukit Mahkota dengan berbagai-bagai kegiatan.``


YB. Iskandar dalam Ucapan Perasmiannya berkata, ``Masalah kita bukan kekurangan infra-struktur, tetapi lebih kepada sikap dan tanggungjawab yang perlu kepada komitmen yang tinggi di dalam membangunkan masyarakat. Misalnya program hari ini berjaya berikutan dengan kerjasama yang diberi. Demikianlah dengan program-program yang lain baik bagi wanita dan pemuda perlu kepada tindakan . Beliau merujuk kepada perkara bantuan. Beliau berharap penduduk mengenal pasti saluran-saluran yang diambil bagi mendapat pertolongan. Termasuklah dari Adun. Tanah kubur perlu kepada gazet, kalau tidak boleh berubah kepada penggunaan yang lain. Beliau meminta tindakan diusahakan bagi tapak Dewan Orang Ramai, padang futsal dan tempat beriadah. YB Iskandar menyebut tentang keselamatan yang perlu kerjasama dari pihak Polis dan mungkin juga dari pakatan, skim rondaan perlu mendapat kerjasama. YB memuji tentang kesungguhan Persatuan Penduduk dan dapat menarik kehadiran hingga 40%. Beliau percaya  Persatuan Penduduk akan terus memajukan persatuan dan kegiatan. YB Iskandar juga berharap pihak penduduk akan membahaskan usul-usul mesyuarat agung seperti soal anjing liar, soal keselamatan, pembinaan Sekolah dan pembinaan masjid. Walaumacam mana YB Iskandar nampaknya tidak memberi komitmen terhadap apa yang diminta penduduk, bahkan antaranya diminta penduduk berunding dengan Adun yang sebenarnya tidak mempunyai peruntukan besar misalnya bagi membina Dewan Orang Ramai dan Futsal. Walau macam mana urusan untuk dibawa ke atas sepatutnya dibawa melalui Adun terlebih dahulu sebagai saluran secara protocol.


Selepas ucapan, YB Iskandar menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang pada peringkat UPSR, PMR dan SPM. Dua orang pelajar SPM mendapat 9A, iaitu pelajar Amirul dan Amirah.


Selamat bermesyuarat Agung.

Sekian.

No comments:

Post a Comment