Seksyen 8.30, BBB, 01 Jamadil Akhir 1434 = 12 April 2013
(Jumaat):
Pihak Pejabat Dun Bangi telah membuat janji, bahawa pada
petang hari ini, iaitu selepas Maghrib Mantan Adun Bangi akan menziarah Surau
Al-Ukhuwwah untuk menyampaikan peruntukan yang dipohon bagi penambahan bangunan
(tempat wudhu`).
Sebagaimana dijanjikan, Mantan Adun bersama saudara Azizi
tiba lebih awal daripada waktu Isya` dan sempat bercakap-cakap dengan jamaah
yang tiba dan kemudian Tuan Haji Rashid Pengerusi Surau tiba dengan membawa
bahan makanan dan minuman.
Mantan Adun Bangi bercakap dengan Tuan Haji Abdul Rashid
Pengerusi, Tuan Haji Rusli Imam dan Tuan Haji Harith juga Imam.
Mengingati kembali tentang Surau al-Ukhuwwah telah mula diguna pada bulan Ramadhan 2012, iaitu selepas lebih kurang dua tahun pelancaran yang Adun Bangi pada masa itu turut hadir. Surau ini didirikan bagi mengganti surau di 8.30 di sini yang bersifat mnenumpang dan menyewa perumahan yang sebelumnya telah dua kali pindah, sebelum siapnya Surau Al-Ukhuwwah. Menurut Tuan Haji Abdul Rashid cost bagi surau ini lebih kurang RM700,000. Kawasan lantainya boleh muat 1,000 jamaah dan bahagian atas untuk jamaah perempuan yang boleh memuatkan 100 jamaah.
Bila azan, kami tumpu pada solat sunat qabliyyah dan Isya`
yang Mantan Adun sendiri menjadi Imam.
Selepas Sunnat Ba`diyyah diadakan sedikit Majlis. Tuan Haji Abdul Rashid
menyampaikan ucapan dalam mana dimaklumkan tentang kehadiran Mantan Adun bagi
menyampaikan peruntukan bagi menyempurnakan pembinaan tempat wudhu` yang
dijangka memakan peruntukan sebanyak RM20,000. Tuan Haji Rashid berkata Mantan
Adun telah beberapa kali datang ke Surau Al-Ukhuwwah dan terakhir semasa
menyambut Maulidur-Rasul baru-baru ini yang diadakan dengan agak besar-besaran.
Mantan Adun Bangi berucap berterima kasih di atas peluang diberi untuk berucap
ringkas. Adun maklumkan kehadiran Mantan Adun, ialah untuk menyampaikan cek
yang diluluskan atas permohonan pihak surau untuk membina bagi menambah tempat
wudhu` yang ada. Permohonan ini telah lama diluluskan dan ceknya baru turun
dari Pejabat Daerah. Jumlahnya tidaklah banyak sangat, hanya sekadar berjumlah
RM1,500, tetapi diharap dapat dijadikan sebagai tambahan dari peruntukan yang
sudah didapati. Mantan Adun Bangi bergembira mendapat maklumat dari Tuan Haji Abdul
Rashid, bahawa surau ini giat dengan pengajaran-pengajaran. Pada setiap hari Selasa
ada kelas Al-Qur`an bagi kaum muslimat dan setiap malam ada ceramah kecuali
pada malam hari sabtu dan Ahad. Guru-guru jemputan dari luar juga sering
dijemput. Setakat ini kegiatan kemasyarakatan yang utama diadakan ialah
Maulidur-Rasul, Sambutan Idul Fitri dan Idul Adha.
Berikutan dari ucapan ringkas, Mantan Adun menyampaikan cek untuk surau berjumlah RM1,500 dan RM1,000 lagi untuk membaiki tempat Guard Pengawal Keselamatan yang diterima bagi pihak Persatuan Penduduk. Selepas dari ucapan ringkas dan penyampaian cek-cek, beramai-ramai kami minum air dan makan nasi lemak.
Selepas dari menikmati makan, kami bersama bergerak di
kawasan pintu masuk ke Taman 8.30. Kami
ditunjukkan Pondok Pengawal yang perlu dibaiki. Setakat ini ada dua pengawal Nepal
yang bergilir menjaga keselamatan selama 24 jam. Mereka tinggal di Pondok
Pengawal yang perlu kepada pembesaran. Mereka menggunakan surau yang tidak
begitu jauh untuk kemudahan pembersihan. Menurut Tuan Haji Abdul Rashid. Mereka
belum Islam.
Selain daripada itu Mantan Adun juga ditunjukkan bahagian
bahu jalan untuk masuk ke Pondok Pengawal yang mahu dilebarkan bagi kemudahan,
terutama kenderaan keluar-masuk. Ini akan dimohon kebenaran dari MPKj.
Pembesaran jalan ini juga akan memerlukan peruntukan. Kalau sesiapa yang ingin
sponsor atau derma tiada masalah. Boleh saja menghubungi pihak Persatuan
Penduduk atau maklumkan melalaui surau. Selepas berada lebih kurang setengah
jam di Pondok Pengawal, Mantan Adun Bangi mohon diri.
Sekian.
No comments:
Post a Comment