BBB, 07
Rabiul Akhir 1436 = 28 Januari 2015 (Rabu):
Tokoh di atas terkenal sebagai pemimpin utama musyrikin Quraisy yang memusuhi Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa Islam. Abu Jahal yang panggilan di tengah masyarakat sebagaimana disebut Hassan bin Thabit sebagai Abu Hakim adalah tokoh yang mengepalai menentang dakwah Islamiyah sejak peringkat awal dibangkitkan Rasul s.a.w. Dia menghimpun suku Abdul Muttalib, Suku Abdi Manaf dan Suku Hashim memboikot, mengepung dan menyekat sebarang saluran bantuan kepada Nabi Muhammad dan pengikut-pengikutnya. Sekatan berlangsung selama tiga tahun. Dia juga mengepalai menyekat dalam usaha Rasulullah untuk berhijrah dan merancang bersama penentang dakwah Islamiah untuk membunuh Rasulullah. Bila berlaku perang selepas Hijrah antara pasukan Islam dengan kuffar Quraisy Makkah yang dikenali dengan Perang Badar, dialah mengepalai kepimpinan. Mereka menerima tentangan yang hebat menyebabkan pasukan Kuffar Quraisy kalah dengan 70 tentera mereka terbunuh termasuklah Abu Jahal sendiri dan 70 orang lagi ditawan.
(Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah Abd.
Rahman, Biografi Muhammad bin Abdullah, PTS Islamika Sdn. Bhd., Batu Caves,
Selangor, 2011: 83- 166).
Abu Jahal turut menjadi tema perpuisian Hassan
bin Thabit sebagaimana diungkapkan:
Celaka Lagi Laknat
Sesungguhnya melaknat oleh Al-Rahman kumpulan
yang dia pimpin
Banu Shaj`in dari suku Kinanah bagi memerangi
Muhammad
Celaka, laknat kalian memberat dengan kemarahan
Ternyata padanya keji siapa yang mengikut
dirinya
Mengarah mereka dengan kesombongan jatuh
berguguran
Adalah dia dengan kerjanya sesat tanpa hidayat
Allah menurunkan kepada Nabi tenteranya
Dan memberi kemenangan pada tempat pertempuran
Sesungguh pahala Allah bagi yang mentauhidkan-Nya
Syurga Firdaus balasan kekal abadi baginya.
(Diwan Hassan bin Thabit, Dar al-Jayl, Beirut,
1412/1992: 139).
Secara mengejek terhadap Abu Jahal, Hassan
menyebut mengapa dia dipanggil Abu Jahal:
Allah Menamakannya Abu Jahal
Nama dikenali ramai sebelumnya Abu Hakim
Tapi Allah menamakannya Abu Jahal
Akan berterusan mengenalinya zaman
Dengan imej kekal ketara kejahilan
Seolah-olah kekal terpamer pada dirinya
Berpanjanganlah keji amalan tersurat
berkekalan
Terpampang terang-terangan tuntunan zaman
Seperti binatang buas menyerang mangsa
Kekal pimpinan curang di kalangan awam
Dimurka Allah dengan kehinaan berterusan
Kalau ada kemenangan tiada erti kesudahan
Segalanya berlalu bergerak dan hilang
Ramai kalangan penyair terkeliru
Tapi kebanyakan berkesedaran sebelum
kegelinciran
Seperti diriku terbawa pada mula dalam keliru
Dikaburi luaran sebelum kesedaran
Demikianlah ditakuti Hassan mendapat haluan
Runtuh kesesatan mendapat benar pertunjukan.
(Diwan Hassan bin Thabit, 1412/1992: 327).
Watak Abu Jahal dikenali sebagai watak jahat
berterusan sebagai kata Hassan bin Thabit. Watak ini bersama realiti yang berlaku pada diri Abu
Jahal. Ini ialah kerana dia adalah pemuka utama yang menentang dakwah Islamiyah
yang dibawa oleh Rasulullah sejak dari awal dan seluruh masa pada era Makkah.
Bila berlaku Hijrah usaha menentang Islam berterusan dan dia sendiri mengepalai
tentera Musyrikin di dalam peperangan Badar. Abu Jahal sendiri terbunuh di
dalam peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun kedua Hijrah. Abu
Jahal mati di dalam su` al-khatimah, tidak sebagai beberapa mereka yang
seangkatan dengannya yang akhirnya mendapat hidayah dan sempat bersama Islam
seperti Abu Sufyan bin al-Harith, Ka`ab
bin Zuhayr, termasuklah Hassan bin Thabit sendiri.
Sekian.
No comments:
Post a Comment