Nama lengkapnya ialah Abu `Uqail Labid bin Rabi`ah a-l`Amiri
(560-661M.). Bapanya dikenali Rabi`ah prihatin terhadap orang faqir, lantaran
kerana pemurah dan senang didekati,
Labid juga dididik dengan sifat-sifat mulia sedemikian. Dia hidup di tengah
kaumnya secara kehidupan orang atasan (kepimpinan), memulikan tamu, menolong
faqir miskin, menyusun puisi, berbangga dengan keturunan dan kedudukan, melakar
gambaran alam dan mengungkapkan kata-kata hikmah. Demikian dia berterusan
dengan tema dan identity kepenyairannya
sehingga lahirnya Islam. (Fuad Afram al-Bustani, Al-Majani al-Hadithat,
Jil 1, Al-Matba`at al-Kathulikiyyat, Beirut, tt: 101).
Maka dia bersama dengan kaum Amirinnya menerima Islam
sekitar 630H. Kemudian dia berpindah ke Kufah dan meneruskan kerja-kerja
kreatifnya dengan menggubah puisi dan meneruskan amal kebajikan terhadap masyarakat.Beliau
meninggal pada awal pemerintahan Khalifah Mu`awiyah. Dikatakan sejak kecil Labid mengalami
pengalaman pertikaian antara keluarganya
difitnah di hadapan Raja Al-Nu`man bin Al-Munzir menyebabkan keluarganya
tidak disenangi Raja Al-Nu`man dan ia
merupakan peringkat awal ia menggubah puisi menyerang seterunya. Dikatakan juga Labid mempunyai saudara lelaki yang dia sangat kasih
terhadapnya. Saudaranya ini terbunuh disambar petir. Lantaran itu banyak
puisi-puisinya digubah mengenang dan mengungkapkan rintihan dan kasih sayang terhadap saudaranya. Keadaan ini berterusan sehingga ke zaman
Islam.
Menurut Ahmad Hassan al-Zayyat selepas menerima Islam Labid
menghafal Al-Qur`an dan dia meninggalkan
bakatnya dari menggubah puisi. Dikatakan bahawa dia tidak menggubah puisi
kecuali satu bayt, iaitu:
Al-hamdulillah kerana ajal tidak mengunjungi diriku
Sehingga aku memakai selengkap pakaian Islam
(Ahmad Hassan al-Zayyat, Tarikh al-Adab al-`Arabiyy, tt:
69).
Diriwayatkan pada zaman Khalifah Umar ibn al-Khattab, Baginda
menulis surat kepada govenornya di Kufah Al-Mughirah bin Shu`bah agar mendapat
pandangan penyair yang menerima Islam selepas melalui zaman Jahiliyyah, maka
permohonan Khalifah Umar disampaikan kepada Labid, maka dijawab oleh Labid
dengan menyalin sehalaman dari Surah
Al-Baqarah kepada Khalifah Umar Ibn Al-Khattab dan dia menghantar jawapan
melalui Al-Mughirah dan dia berkata.
``Allah menggantikan kepadaku dengan Islam sebaik gantaian
dari perpuisian !``
(Butrus al-Bustani, Udaba`
al-`Arab fi al-Jahiliyyah wa Sadr al-Islam, Dar Nazir Abud, Beirut,
1989: 145-146).
Walau bagaimana pendapat yang mengatakan Labid tidak
meneruskan kariernya di dalam perpuisian selepas Islam dipertikaikan, kerana
terdapat gubahan-gubahan puisi beliau selepas Islam. Umpamanya ia mengungkapkan:
Adakah tidak selepas hidup seratus tahun umur panjang
Melengkapkan dengan sepuluh tahun lagi tambahan
Dan dia mengungkapkan lagi selepas umurnya bertambah:
Jemuku dari kehidupan
oleh umur panjang
Bertanya orang bagaimana dengan Labid ?
Tewas lelaki sedang dia tetap berterusan
Masa berubah bilangan bertambah
Hari kulihat datang bertukar malam
Keduanya pergi tetapi tetap datang kembali.
Labid selepas melalui zaman Jahiliyyah 90 tahun dan
penghujung hayatnya berterusan komitmennya dengan Islam. Antara puisi-puisi
akhirnya dia mengungkapkan puisi yang dituju kepada dua anak perempuannya
ketika akhir ajalnya:
Bercita kedua anakku agar ayah terus hidup
Adakah ayahi dari Rabi`ah atau Mudar ?
Apabila hampir masa matinya ayah kamu
Janganlah berubah wajah jangan mencukur rambut
Katakalah dia adalah orang yang tidak medaratkan jiran
Tidak khianatkan kawan dan tidak menipu teman
Sempurnalah putaran zaman selamatlah kalian
Siapa yang tidak sempurna hidup kelilingan pohonlah
kemaafan.
Butrus al-Bustani menghujah, bagaimana dikatakan dia tidak
mengungkapkan puisi selepas Islam ? Menurutnya , ``Kami melihat dia terus
menggubah puisinya selepas Islam. Siapa yang mengambil tadabbur dari puisinya
nescaya terhidu bahawa puisinya bernafaskan keislaman.`` Contoh puisinya:
Sesungguhnya taqwa kepada Tuhan sebaik pencapaian
Dengan izin Allah berkat perjalanan lambat atau cepat
Aku puji Allah yang tiada ada bandingan bagi Nya
Di tanganNya kebaikan, apa Yang Dia Kehendak berlaku
Siapa diberi pertunjukan jalan kebaikan dapat jalan
pertunjukan
Lembut hati, tapi siapa Dia kehendaki kesesatan dalam kesesatan.
(Butrus al-Bustani, Udaba` al-`Arab, 1989: 146-147).
Jelas Labid, tidak saja istimewa dari segi sebagai penyair
Al-Mu`allaqah, tetapi pembawa bendera dua zaman – Zaman Jahiliyyah yang berciri
badawi yang ditinggalkan dan zaman Islam yang diperjuangkan.
Dengan latarnya, maka Abu Yazid al-Qurashiyy berpendapat, Labid
mempunyai kedudukan tinggi zaman Jahiliyyah dan Islam. Tidak ada lagha pada
ungkapan. Ibn Salam meletakkannya
sebagai penyair golongan ketiga. Sebagai kesimpulan, peranan Labid di dalam
berpuisi penting, meskipun tidak setara dengan Imriul-Qays dari segi bandingan
dan istiarah, juga tidak setara dengan Tarfah dari segi gambaran dan dari
Zuhayr tentang gambaran peperangan dan siasat qabilah, tetapi Labid mengatasi
semua mereka di dalam meilustrasikan suasana dan padangan. Dia istimewa dari
segi rintihan dan waaz serta nasihat dan mencetuskan hikam mendalam yang
mengukuhkan keimanan terhadap Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment