BBB, 09
Rabiul Akhir 1436 = 30 Januari 2015 (Jumaat):
Dengan jumlah sebanyak 246 judul puisi syair
di dalam Diwan Hassan bin Thabit setebal 429 halaman, apa yang telah disentuh
tentang puisi Hassan bin Thabit sebagai Penyair Rasulullah, sesungguhnya hanya
sebahagian kecil sahaja yang dianggap penting dan banyak lagi yang belum
disentuh. Tumpuan diberi kepada Diwan Hassan bin Thabit, ialah kerana kepentingan
tokoh ini yang puisinya merupakan catatan sezaman Rasulullah. Ianya menjadi
sumber sejarah, nilai budaya, masyarakat dan pegangan semasa Hassan. Mungkin
dapat dikatakan bahawa dia menjadi sumber selepas Al-Qur`an, Al-Hadith, Sirah,
bahkan sirah tertua ditulis oleh Ibn Ishaq (85-151H.) adalah seabad selepas
daripada Hijratul Rasul s.a.w. Sedangkan apa yang diungkapkan oleh puisi Hassan
bin Thabit adalah tanggapan secara langsung daripada Hassan bin Thabit terhadap
peristiwa yang dialami dan yang dihadapinya. Cuma perlu diambil perhatian
bahawa bahasa puisi adalah perlu ditanggapi secara berlainan daripada bahasa
prosa biasa dan sebagaimana disebut oleh pengkaji Diwan Hassan bin Thabit,
iaitu Dr. Yusof `Iid perhatian perlu diberi terhadap kemungkinan berlaku
`pengubahsuaian atau corrupted` terhadap kandungan oleh penyalin-penyalin,
bahkan ini juga ditimbulkan pengkaji berkenaan terhadap `Sirah Ibn Ishaq` itu
sendiri.
Antara tokoh-tokoh yang disentuh di dalam
puisi-puisi Hassan yang belum diperkatakan sebelum ini - menurut seturut
kandungan, ialah Al-Harith al-Hafni al-Ghassani (salah seorang Raja Ghassan)
(hlm. 35), Umar al-Khattab (43), Al-Harith bin Hisham al-Mughirah al-Qurashiyy
al-Makhzumi (46, 62), Al-Walid bin al-Mughhirah (48, 60), Al-Harith bin `Amir
(49),
Khabib bin `Adiyy al-Ansari (55), Safwan bin Umayyah (57), Hudhail (58, 61), Hanzalah bin Abi `Amir (67), Umayyah bin Khalaf al-Jamhi (70), Khalid bin Asyad (71), Hakim bin Hizam al-Khuwailid (74), Rabi`ah bin al-Harith (77), Safwan bin al-Mu`attal al-Sulami (107), Musafi` bin `Iyad al-Taymi (125), Al-Dahhak bin Khalifah al-Ashali (137), Sa`ad bin Abi Sarh (138), `Umar ibn al-`As (140). Sa`ad bin Zayd (142), Adiyy bin Ka`ab (144), Qays bin Mukramah (145), Abi al-Buhtari bin Hashium al-Asadi (146), `Utbah bin Rabi`ah (146), Nafi` bin Bazil (151), Abdul Rahman bin Hassan (157), Hamzah bin Abd al-Muttalib (173, 311), Yahya bin Jabal (181), Al-Zuba`ri (182), Iyas bi `Ubaid wa ummuhu Ummu Ayman (186), Bani Sulaim bin Mansur (189), Al-Harith bin `Auf (198), Al-Walid (199), `Uyaynah bin Husn (200). Al-Harith bin Ka`ab (201), Al-Salamah bin al-Ruh (205), Harith bin al-Haythah (206), Mu`awiyah bin al-Harb (207), `Urwah bin Qurayzah (209), Bin Saham bin `Amrin wa `Amri Ibn al-`As (211), Bani `Adiyy bin Ka`ab (213), Bani al-Hammas (214), Abu Sufyan bin al-Harb (215), Aba Ihab bin `Azia (218), Khabib (219), Bani Rukhsah (220), Bani `Awwam (225), Umayyah bin Khalaf (227), Zabraqan wa Hassan (230), `Utaybah bin Abi Lahab (247), Al-`Asi bin Hisham (254), Ibn Abi al-Haqiq wa Ka`ab bin al-Ashraf (257), Al-Mughirah bin Shu`bah (260), Bani Bakr bin `Abdi Manat (261), Amru Ibn Imriil Qays (263), Khabib bi `Adi al-Ansari (271), `Utbah bin Abi Waqqas (273), Yazid bin Ta`mah (278), Aba Makhzum (299), `Aishah (303), Ja`afar bin Abi Talib (317), Zubayr Ibn al-`Awwam (318), Ubayy bin Khalaf al-Jamhi (322), Bani Thaqif (323), Muzainah (324), `Abid bin Nafidh (325), Bani Asad bin Khuzaimah (326), Al-Himas (340), Abdullah bin Abbas (341), Al-Harith bin Hisham – Akhu Abi Jahal (344), Bani Tamim (370), Mat`am bin `Adiyy (389), Zuhayr bin al-A`azz (392), Al-Walid bin al-Mughirah (393, 394), Bani al-Mughirah (397), Talhah bin Abi Talhah (401), Mukhramah bin al-Muttalib (402), Bani Abdul Madan (411), Jabalah bin al-Ayham (412), Aba Qays bin al-Aslat (405), Rabi`ah bin Ka`b (419), Hubayrah bin Abi Wahab al-Makhzumi (424), Hudhayl (425), Hawazin bin Mansur (426), Luayy fi Quraisy (427).

Jumlah tokoh-watak utama yang dicatat di atas,
termasuk yang telah diperkatakan sebelum ini adalah melebihi 200 orang. Pada
dasarnya puisi-puisi yang diungkapkan oleh Hassan bin Thabit di dalam kumpulan
Diwan Hassan bin Thabit ialah bagi mempertahankan Nabi dari serangan musuh
terutama dari kuffar Quraisy. Sebab secara pembahagian kasar puisinya
sebahagian adalah memuji nabi sahabat dan para pendukung Islam seperti Abu
Bakar, Umar, `Uthman dan Ali. Demikian Hamzah bin Abdul Muttalib, `Aishah,
Ja`afar bin Abi Talib dan Abdullah bin `Abbas. Contoh pujian Hassan terhadap
kealiman Ibn Abbas:
Cukup dan lengkap diri dan tidak tertinggal
Bagi jawapan bersungguh dan mendalam
(Diwan Hassan bin Thabit, 1412/1992: 341).
Tema yang lain dari puji ialah bersifat
memgejek. Contoh ejekan Hassan terhadap watak Adiyy bin Ka`ab katanya:
Seumur dirimu engkau tak terpisah dari
melakukan kejahatan
Ingat Banu Zahrah yang dihina bukan terkena
pada seorang !
(Diwan Hassan bin Thabit, 1412/1992: 144).
Satu ciri lagi puisi tradisi Arab yang juga
menjadi ciri puisi Hassan ialah `ratapan atau rintihan` terhadap sesuatu
kemalangan, kematian atau peristiwa sedih. Contoh ratapan terhadap mangsa
Peperangan Mu`tah. Peperangan antara tentera Islam dengan Rum yang banyak
memakan kurban:
Bermalaman Duka
Mata lembutku ketika ziarah tergenang airmata
Tafakkur tenang mengenang ahli-ahli kubur
Mengingati Mu`tah dan apa yang berlaku
Hari malang pada Mu`tah berlaku peperangan.
(Diwan Hassan bin Thabit, 1412/1992: 168-169).
Perlu diambil perhatian zaman Hassan dapat
dikatakan zaman transisi. Jadi pada zaman Hassan ada bermacam kedudukan tokoh-watak
dari segi keislaman dan tidak Islam. Ada yang jelas dengan penolakan terhadap
Islam dan mati tanpa Islam seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Ibn al-Zuba`ri dan
beberapa yang lain. Hassan menentang Abu Sufyan bin Harb dan Hindun binti
`Utbah, `Utaybah bin Abi Lahab kerana watak jahat mereka. Manakala dalam masa
transisi, didapati tokoh dan watak yang dulunya menentang Islam menerima Islam
contoh Abu Sufyan bin al-Harith, Harith bin Hisham (saudara Abu Jahal) dan
ramai yang lain. Pada keseluruhan dilihat dari tokoh-tokoh dan watak-watak
antara penentangan dan penerimaan, memperlihatkan kebenaran Islam makin
diterima, bertambah dari segi pengikut dan meluas dari segi penyebaran.
Sekian.
No comments:
Post a Comment