BBB, 09 Rabiul Awwal 1436 = 31 Disember 2014 (Rabu):
Hari ini hari akhir bagi tahun 2014M. Dengan berakhirnya
tahun 2014 pada hari ini, bermakna setahunlah berlaku pembinaan fizikal Masjid
Al-Umm yang tarikh milik tapak ialah 10 Disember 2013 dan permulaan
kerja tanah dilakukan pada 21-12.2013.
Sememangnya sebelum kerja-kerja fizikal banyak kerja-kerja pra-pembinaan fizikal
dilakukan yang boleh dibahagikan
1)
Kedudukan tapak Masjid Al-Umm antara 1975 –
1980.
2)
5 Ogos 1978 Penyerahan oleh PKNS rumah Semi D,
No. 6, Jln. 1/3G jadi surau Al-Umm. Mula guna 1 Ramadhan 1398 = 6 Ogos 1978.
Menenggelamkan hasrat, buat sementara mau bina surau Al-Umm.
3)
Pohon hasrat dirikan Surau Al-Umm di tapak
disediakan dapat kebenaran JAIS bertarikh 30 Ogos 1996 – Tidak berjalan
4)
Adun Bangi adakan mesyuarat dirikan masjid pada 4 Februari 2010 dengan 30 wakil
surau-surau, setuju diri Masjid, Sebelumnya setelah mendapat:
a)
Pewartaan
Tapak dari Menteri Besar 1 September 2009.
b)
Mendapat kelulusan JAIS guna tapak pada 17
November 2009 dan kelulusan pembinaan dari JAIS 23 September 2010 .
5)
Pelancaran derma pada 19 Mei 2012 dan lawatan
kerja oleh YAB Dato` Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid bin
Ibrahim.
Dengan genapnya setahun pembinaan Masjid Al-Umm, maka
bererti tinggal setengah tahun sahaja lagi tempoh untuk menyiapkan masjid
tersebut.
Selaku Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm,
maka pada pagi ini Penulis sengaja ke Masjid Al-Umm yang di dalam pembinaan itu
bagi melihat perkembangan mutakhir
pembinaan masjid tersebut. Sejak semalam cuaca adalah baik setelah lebih dari
dua minggu hujan yang menyebabkan banjir luar biasa di negeri-negeri pantai
Timur termasuk Perak dan Johor. Hujan sedikit sebanyak mengganggu progress
pembinaan Masjid Al-Umm.
Adalah didapati kerja-kerja sedang progress dilakukan pada
setiap level dari level bawah tanah, level utama dan tingkat satu.Dipandang
dari luar terutama terhadap bahagian hadapan masjid yang bermihrab pada bahagian
hadapan sebenarnya kelihatan begitu hebat dan anggun. Dari jauh kini kelihatan
pada bahagian puncaknya pekerja-pekerja sedang membina bulatan bagi kubah besar
dan utama Masjid al-Umm. Bahagian tengah bulat bagi kubah ini kelihatan begitu
kukuh lantaran dari tiang utama – empat tiang seri mempunyai beam-beam sendeng
sekeliling – sebagai tangan-tangan yang
memuncakkan kubah di atas. Oleh kerana beam-beam ini sendeng dan condong
dari tiang seri ke bahagian bulat, maka ianya ditegakkan di atas tiang-tiang besi
yang banyak. Ini tentulah tidak akan dibuang tiang-tiang besi ini selagu
struktur beam sendeng ini tidak begitu matang dan kukuh, apa lagi kelak kubah
akan diletak di atas bulatan puncak berkenaan di atas empat tiang seri, bakal
tiada tiang-tiang besi yang kini sedang menjunjung bahagian bulatan puncak bagi
kubah berkenaan. Bahagian di bawah kubah berkenaan adalah ruang utama secara
terbuka luas bagi jamaah yang dijangka memuatkan para jamaah adalah seramai 3,000 jamaah.
Melihat dari luar dari medan parkir Jalan ¼ bersebelah Medan
Usahawan ini, maka kelihatan semua dinding dari level bawah tanah, tingkat
utama dan tingkat atas sudah dipasang, kecuali bahagian atas, sebahagian juga
telah dipasang dengan batu-batu warna kelihatan merah. Pada bahagian bawah
pintu dan tingkap adalah berbentuk empat segi tinggi ke atas, tetapi bagi
pintu-pintu dan tingkap bagi level utama dan atas adalah berbentuk `arch`
(lengkung) yang bentuknya dibuat melalui pemidang papan lapis. Papan lapis ini,
masih kelihatan dan belum ditanggalkan, mungkin untuk memastikan kekukuhan
sebelum dikeluarkan. Bentuk arch bagi pintu dan tingkat ini menarik pandangan,
lantaran bentuk ini kaya dengan daya estetika. Bentuk tunduk ini mencerminkan
kelembutan dan kekhusyukan, sesuai sebagai
pandangan bagi sebuah masjid. Sesungguhnya bentuk bulat dan separuh
bulat dan lengkung juga melambangkan kesempurnaan, lantaran itu banyak dari
rangka binaan ini adalah mengambil bentuk bulat. Pengambilan bentuk-bentuk
bulat ini adalah disedari dan dingatkan
melalui mesyuarat secara acap kali. Sebaliknya
bagi pintu dan tingkap yang berbentuk empat segi tinggi selalu diingatkan
agar jangan ada tulang pintu atau tingkap yang mempunyai tetulang menyerupai
`cross` agar tidak ada kekeliruan dan jangan menyerupai lambing Kristian.
Meskipun ada tetulang sedemikian di beberapa tingkap, maka ianya diminta diubah
sejak dari awal lagi. Memang AJK begitu prehatin terhadap lambing-lambang yang
boleh mengelirukan ini. Apa lagi pintu-pintu utama dan tingkap-tingkap ini
jelas kelihatan dari luar, lantaran bangunan bahagian hadapan masjid ini
kelihatan sebagai anjung ke depan dari kawasan tinggi yang bahagian bawahnya
adalah berada di atas benteng yang agak tinggi dari jalan laluan pada bahagian
hadapannya.
Dapatlah dikatakan bahawa dengan kedudukan Masjid Al-Umm di
atas tapak yang unik, walaupun tidak begitu luas, tetapi menarik dari segi
pandangan yang penulis pernah ungkapkan sebagai
`Sebuah Bahtera Berlabuh Di Dermaga`. Adalah dijangka apabila siap
secara sempurna kelak dengan beberapa ciri yang lain selain dari kubah dan
dinding seperti menara, pintu gerbang, ruang serbaguna yang agak unik, maka
ianya adalah merupakan sebuah masjid yang lain dari masjid-masjid yang lain
dari segi fizikal. Ini tidak termasuk dari segi kegiatan dan pengisian.
Di dalam lawatan sempena akhir tahun 2014 hari ini Penulis
melawat dan memerhati bukan saja bagi setiap level dari bawah tanah, ke ruang
utama dan atas, tetapi melihat secara teliti bagi setiap aspek pada setiap
level bangunan berkenaan. Sebagai merakamkan perkembangan pembinaan hingga ke
akhir tahun ini penulis telah mengambil 60 keping gambar (images), tidak
termasuk gambar yang tidak begitu baik dan terpaksa didelete.
Kerja pembinaan sebenarnya begitu progress, ramai yang
menemui Penulis dan melahirkan pendapat, `Pembinaan adalah cepat`. Walau
bagaimana kita mengharapkan target bangunan Masjid Al-Umm akan siap pada 25 Mei
2015 akan dapat dicapai insya Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment