January 6, 2015

Penambahbaikan Bangunan Fizikal Masjid Al-Umm


BBB, 14 Jamadil Awwal 1436 = 05 Januari 2015 (Isnin):
Agak unik dan berbeza dengan pembinaan bangunan biasa, bahawa kontrektor setelah bersetuju untuk membina sesebuah bangunan yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa akan mengikuti pembangunan berdasarkan plan arkitek yang telah disiapkan dan mendapat kelulusan oleh pihak yang berkuasa. Hal ini agak berlainan dari segi pembinaan Masjid Al-Umm. Walaupun telah dipersetujui oleh AJK yang bergerak aktif mulai akhir 2011 dan telah wujud arkitek, iaitu Arkitek Urusbina yang beribupejabat di Perlis dan telah menyiapkan plan arkitek awal bagi Masjid Al-Umm. Bangunan yang belum disiapkan plan lengkap ini dijadikan bahan pameran dan gambar kulit dan dalaman bagi buku cenderamata bagi Majlis Pelancaran Tabung Masjid Al-Umm bertarikh pada 19 Mei 2012. Walaupun rangka plan ini menjadi asas utama bagi perkembangan dari segi pembaikan arkitektur dan pembinaan bangunan fizikal Masjid Al-Umm, tetapi banyak perubahan dan penambahbaikan yang berlaku. Perubahan dan penambahbaikan ini berlaku, apabila tertubuhnya AJK Tekninal pada pertengahan 2012 yang dipengerusikan oleh Ir. Tuan Haji Ishak Haji Arshad. Hasil dari mesyuarat AJK Induk dan AJK Teknikal beberapa cadangan dan penambahbaikan dicadangkan. Antaranya:
1)      Menambahkan aras bawah tanah bagi Masjid Al-Umm. Dengan penambahan ini plan arkitek bagi aras bawah tanah ini  perlu disediakan. Pembangunan bagi aras ini perlu mengikuti plan arkitektur berkenaan.
2)      Roof kelihatan lebih rendah dan rata, lantaran  itu perlu ditinggikan dan atapnya perlu lebih dicuramkan untuk  larian air hujan lebih sempurna.
3)      Bentuk kubah dan menara perlu lebih diartistikkan
4)      Banyak ruang dan bilik bertambah dengan cadangan masjid menjadi tiga aras.
5)      Penambahan tangga dan lift yang sebelumnya belum wujud diwujudkan Juga beberapa tambahan yang lain.


Perubahan makin berlaku, apabila pembinaan masjid secara fizikal mulai dilakukan dengan penerimaan tapak oleh kontrektor `Tekad Nusantara pada 25 November 2013 dan mulai menjalankan kerja tapak mulai awal 2014. Mulai tahun 2014 dilantik AJK Tapak yang diketuai oleh Tuan Haji Ghazali Hussin. Dengan wujudnya tiga AJK  yang mengadakan mesyuarat bulanan pada hari selasa minggu pertama oleh AJK Tapak,  diikuti mesyuarat AJK Teknikal pada Selasa minggu kedua dan AJK Induk yang bermesyuarat pada hari Selasa minggu ketiga, banyak perubahan dan penambahbaikanan berlaku. Ini melibatkan dari segi perkembangan pemibinaan mulai dari penanaman cerocok dan pembinaan  tiang-tiang dan penambahan ruang-ruang dari aras bawah tanah hinggalah kepada aras utama dan aras di atas sebagaimana telah dibincangkan sebelum ini.
Dilihat dari bahagian hadapan Masjid Al-Umm ketara mempunyai tiga tingkat dengan bahagian bawah tanah pada bahagian paling bawah, tetapi pada rangka bangunan awal ini tidak kelihatan benteng yang walaupun masjid mempunyai aras bawah tanah, tetapi sebenarnya masih berada di tapak yang tinggi berbeteng konkrit yang kelihatan begitu kukuh. Namun mihrab pada bahagian bawah belum diperturunkan kepada aras bawah tanah, sehingga  mihrab ini kelihatan tergantung. Pada kanan dan kri sayap masjid yang berkelok hingga  tiga kelok tidak kelihatan bahagian tangga bagi kedua belah pihak yang boleh dinaiki dari kedua belah pihak. Seterusnya bentuk kubah masih belum memperlihatkan bentuk yang dikehendaki, kerana perundingan mengenainya masih berjalan sehingga akhir tahun 2014, begitu juga menara masih belum dibuat keputusan, tetapi cenderung kepada bentuk normal, tetapi berlainan dari bentuk peringkat awal.


Bentuk fizikal Masjid Al-Umm makin menyerlah setelah hampir semua  struktur bangunan Masjid disiapkan pada akhir 2014 dan masuk fasa 2015. Tumpuan akhir hari ini (5 Januari 2015) masih lagi pada pengisian semin oleh pihak Ready Mixed bagi melengkapkan struktur bagi bahagian kubah. Apabila struktur bahagian kubah dapat disempurnakan dijangka tumpuan kerja ialah melengkapkan pemasangan kasau-kasau bagi roof-roof dari alluminium bagi melindungi kerja-kerja seterusnya dari terkena hujan. Sebenarnya sejak akhir2014 telah mulai dipasang kasau-kasau berkenaan pada bahagian roof tertentu.Selepas pemasangan atap bagi seluruh ruang, maka kerja-kerja dalaman bangunan akan diberi tumpuan terutama bagi aras utama dan aras atas.iaitu seperti plastering dinding-dinding yang hampir semua telah dipasang batu konkrit, pemasangan bingkai-bingkai pintu dan tingkap, cat mengecat dan pada satu peringkat ialah pemasangan tile bagi semua lantai mengikut tile bersesuaian bagi lantai-lantai berkenaan. Misalnya tile bagi aras bawah tanah yang sesuai dipakai kasut yang tilenya tidaklah licin, manakala pada ruang utama dan ruang atas adalah tile bersesuaian dengan tempat-tempat tersebut. Bangunan tidak dianggap sempurna selagi pemasangan kubah tidak diletak pada puncak bangunan yang telah disediakan, juga diikuti dengan siapnya dua buah menara yang melengkapkan identity Masjid Al-Umm. Pada akhirnya ialah kerja-kerja yang berhubung dengan wiring dan elektical seperti pemasangan lampu, kipas air-cond. Juga sound system yang sesuai dan terbaik. Semua kerja-kerja di atas perlu segera disiapkan menurut jadual yang seharusnya dijangka siap pada akhir Mei 2015.


Pada akhirnya kerja-kerja yang tidak kurang penting ialah kerja-kerja luaran, dimaksudkan seperti menyiapkan parkir di bawah laluan TNB,  dari jalan masuk utama dan jalan kiri kanan bagi memasuki ke masjid dari medan parkir dekat Medan Usahawan, seterusnya menyiapkan kawasan lapang bagi masjid bagi jalan masuk utama. Rundingan juga perlu dibuat dengan pakar landscaping dan seni taman untuk mencantikkan kawasan keliling masjid dan kawasan-kawasan berdekatan agak kelihatan harmoni dan menarik.
Pada akhirnya program jangka panjang yang melibatkan AJK dan pihak PAID dan JAIS ialah merangka pengisian jangka panjang yang menjadi kegiatan masjid secara berterusan dan keperluan tenaga penggerak yang berdedikasi dan berkemampuan. Semua perkara ini sudah berada dalam perancangan dan bersedia untuk dilaksanakan bila tiba masanya masjid diimarahkan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment