BBB, 29 Rabiul Awwal 1436 = 20 Januari 2015
(Selasa):
Atas Nasihat saudaranya – Bujayr, Ka`ab bin
zuhayr datang ke Madinah secara tertekan, melalui Sayyiduna Abu Bakar, maka
ianya dibawa ke Masjid Al-Madinah dengan berserban menutup kepala bagai
melindungi wajahnya. Selepas Rasulullah s.a.w. menunaikan solat Fajar.
``Wahai Rasulullah s.a.w. seorang lelaki mau
mubayaah Tuan bagi masuk Islam.`` Maka
Rasulullah s.a.w. melebarkan tangannya kepada Ka`ab, maka dengan wajahnya yang
gusar, maka kata Ka`ab,
``Ini adalah tempat lindungan saya dengan Tuan
Ya Rasulullah. Saya adalah Ka`ab bin Zuhayr datang memohon keamanan, adakah
Tuan menerima keamanan untuk saya ?
(Ia dikutuk orang-orang Ansar dan
mengancamnya, tetapi tidak demikian dari kalangan Quraisy). Rasulullah menerima
permohonan keamanannya.
(Al-Qayrawani, Abu Ali Hassan bin Rashiq,
Al-`Umdah, Juz` I, Dar al-Ma`rifat, Beirut, Lubnan, 1408/1988: 79) juga, Butrus
al-Bustani, Udaba` al-`Arab fi al-Jahiliyyah wa Sadr al-Islam, Dar Nazir `Abud,
Beirut, 1989: 268).
Berikut dari penerimaan keamanan oleh
Rasulullah s.a.w. Ka`ab mengungkapkan puisi dihadapan Rasulullah sepanjang 58
bait yang berjudul:
Banat Su`ad (Perpishan Su`ad)
Berpisah dari Su`ad hari itu hatiku rindu
Sugul berterusan kenangan mencengkam
Wahai Suad dengan sendu dia berlalu
Lintasan kijang oleh mata tak lepas pandang.
Ka`ab membuat intro bagi puisi Banat Su`ad
dengan tema – wanita Su`ad dengan perasaan gundah dan susunan kata yang indah,
yakni tidak langsung dituju kepada Rasulullah, bahkan selepas 12 bait (12
baris), maka temanya berpindah kepada gambaran tentang unta. Masuk kepada bait
ke 34 baharulah ia keluar (takhallus) dari tema mengenai unta kepada memuji
Rasulullah s.a.w. bermula dengan:
Berusaha bercakap keliling tak senang
Engkau wahai turunan anak Sulma dikata terbunuh
Berkata pada sahabat aku mengharapkannya
Tidak merendahkan dan tidak bagiku masyghul
Kataku lawaskan
jalan kutidak pedulimu
Semua kehendak Al-Rahman berlaku
...
Aku diberitahu bahawa Rasulullah menjanjiku
Kemaafan di sisi Rasulullah menjadi harapanku
Bersamalah ! mendapat hidayah pertujuk
Al-Qur`an
Padanya masihat pengajaran dan huraian
Dan puncak dari pujian Ka`ab kepada Rasulullah
s.a.w. adalah apabila sampai kepada bait ke 51 apabila ia mengungkapkan puisi
Banat Su`adnya:
Bahawa Rasulullah adalah pedang berkilauan
Terindah buatan dari pedang-pedang Allah
terhunus
Kalangan Muhajirin Quraisy. Berkata mereka itu
Bertempat di Makkah, bila Islam mereka
berhijrah
(Fuad Afram al-Bustani, Al-Majani al-Hadithat,
Jil. II, Al-Matba`at al-Kathulikiyyat, Beirut, tt: 11-17).
Pada puncak dari madah (Pujian) ini menurut
catatan bahawa Rasulullah mencampakkan Burdah (Selimut) Baginda kepada Ka`ab
bin Zuhayr sebagai penghormatan dan penghargaan terhadap ungkapan puisi Banat
Su`ad oleh Ka`ab bin Zuhayr. Burdah ini menjadi artifek warisan berharga. Dikatakan
dibeli oleh Muawiyah dan Burdah ini menjadi warisan berharga dipakai oleh
khalifah-khalifah pada hari-hari kebesaran seperti pada hari-hari Jumaat,
hari-hari raya sebagai mengambil berkat daripadanya.
Pentingnya puisi Banat Su`ad, lantaran ianya
puisi langsung antara penyair (K`ab bin Zuhayr) dengan Rasulullah s.a.w. Ianya
dideklamasikan di Masjid Madinah. Kajian boleh dilihat dari segi bahasa dan
sastera, relevensanya tema yang dibawa. Ianya boleh juga dilihat dari segi
budaya masyarakat semasa pada zaman berkenaan. Masih terdapat elemen-elemen
Jahiliyyah di samping terdapat elemen-elemen baru, iaitu Islam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment