BBB, 03 Rabiul Akhir 1436 = 24 Januari 2015
(Sabtu):
Perang Badar adalah peristiwa penting selepas
Hijrah dalam mengukuhkan Islam dan Negara Madinah. Perang Badar berlaku pada
bulan Ramadhan pada tahun ke 2 Hijrah. Peperangan berlaku merupakan strategi
bagi melemahkan ekonomi kaum Quraisy di Makkah, iaitu selepas umat Islam makin
kuat dan mengambil pendekatan menyekat jalan dagang bagi pedagang-pedagang Quraisy
yang kembali dari Sham. Kafilah dagang Quraisy terdiri dari 1,000 orang lelaki
yang dipimpin oleh Abu Sufyan sedangkan
pasukan tentera Islam terdiri dari 313 orang yang dipimpin oleh Rasulullah
s.a.w. yang akhirnya perang dimenangi oleh tentera Islam dengan menawan 70
orang daripada mereka. Kemenangan ini menambah keyakinan orang Islam dan
menggerunkan musuh yang bagi mereka di luar dugaan bagi orang Islam mencapai
kemenangan.
(Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah Abd.
Rahman, Biografi Muhammad bin Abdullah, PTS. Islamika Sdn. Bhd. Batu Caves,
Selangor, 2011: 149-166). Juga, Johari Yaman, Mengenali Rasulullah s.a.w., Nadi
Minda Resources, Rawang, Selangor, 2009: 267-293).
Tema dan persoalan berhubung dengan Perang
Badar menjadi tema utama dan penting bagi Hassan bin Thabit. Sekurang-kurangnya
ada 6 buah puisi Hassan yang menyentuh Perang Badar. Antaranya;
Meletak Senjata Dan Lari
Berjaya Hakim pada gerak Perang Badar
Secepat mahar Muhri dari anak A`waj
Dia letak senjata dan lari
Seperti Harzi berterusan pergi.
Hassan menggambarkan kemenangan pasukan Islam,
manakala yang kalah dan ada kesempatan melarikan diri.
(Diwan Hassan bin Thabit, 1412/1992: 74-75).
Begitu juga diceritakan keterlibatan Banu Asad
bersama pasukan Islam di dalam peperangan dan ketokohan pemimpin mereka.
(Dewan Hassan bin Thabit. 1412/1992: 80).
Kata Hassan mengungkapkan tentang Hari Perang
Badar:
Kita Perang Dengan Ketua Pimpinan
Semoga datang mereka dari Makkah
Memusuhi kita kuffar di saat susah
Kita perang dengan Pemuka Kaum ketika mereka
bergerak
Mereka tidak kembali kecuali yang di luar
sedar
Kata kami Abu Jahal dan `Utbah sebelumnya
Dan Shaibah yang lemah tenaga dan tangan.
(Hassan Bin Thabit. 1412/1992: 175).
Dan dia berkata di dalam puisi:
Teringat Masa Lalu
Ingatlah wahai kaum tidakkah kamu beramai
mempertahan ?
Tidakkah apa yang berlalu kehidupan baik
kembali balik ?
Teringatku masa berlalu, satu sama lain
berseteru
Anak-anak perempuan Al-Hasha` berhamburan
airmata ku
...
Mereka bersetia bersama Rasul pada peperangan
Badar
Di atas mereka bayang kemahuan pedang-pedang
berkilauan
Dia menyeru dan semua setuju dengan kebenaran
Semua patuh segala suruhan dan mendengar
arahan
Mereka tidak menyimpang dari putusan jamaah
Tidak berlengah masa melainkan bangkit
menentang
Kerana mereka mengharap darinya shafaah
Sesungguhnya dia dari kalangan Nabi yang
memberi shafaah.
(Diwan Hassan bin Thabit,1412/1992: 237-238).
Bagi meningkatkan semangat Hassan mengimbau
peperangan silam yang menyentuh perasaan dan membangkitkan semangat di medan
perang.
Dengan sebuah puisi pendek dengan satu bait,
Hassan mencatat:
Pada hari Badar kami menemui mereka
menyampaikan bantuan
Sama membantu kemenangan tentera malaikat
Mikail dan Jibrail
(Diwan Hassan bin Thabit. 1412/1992: 329).
Sebagai pernyataan kegembiraan Hassan mencatat
berikut dari kemenangan berlakunya pengislaman tokoh-tpkoh antaranya Al-Harith
bin Hisham yng lari dari saudaranya Abu Jahal bin Hisham dan menganut agama
Islam. Ini digambarkan dalam rangkap-rangkap puisi syair yang agak panjang
antaranya:
Engkau dusta memaklumkan kata
Sesungguhnya berjaya Al-Harith bin Hisham
Meningglkan yang dikasih berjuang tanpa mereka
Dengan larian ketangkasan kuda perang
...
Anak-anak bapa dan keluarga dalam pergulatan
Pertolongan Allah berkat mereka menganut Islam
Tanpa pertolongan Allah necaya menjadi mangsa
Makanan binatang buas cengkaman kuku berbisa
...
(Diwan Hassan bin Thabit, 1412/1992: 344-348).
Demikian catatan Hassan bin Thabit tentang
peperangan Badar yang mencerminkan semangat dan kesetiaannya terhadap
Rasulullah dan pegangan keislamannya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment