BBB, 10 Rabiul Awwal 1436 =01 Januari 2015 (Khamis):
Telah disebutkan, bahawa aras bawah tanah ini tidak wujud di
dalam plan arkitek pada peringkat awal, tetapi hasil dari beberapa kali
mesyuarat antara AJK Induk, pihak arkitek dan perunding-perunding, bahawa
dengan kedudukan lokasi tapak Masjid Al-Umm yang berada di pinggir tanah semi
bukit yang tanahnya tinggi ke belakang dan makin rendah ke hadapan, berdepan
dengan jalan utama dari Medan Usahawan Jalan ¼ ke Sekolah Menengah dan Rendah
Bandar Baru Bangi, maka telah diambil manfaat dengan bahagian hadapan yang
tanahnya mencuram ke bawah, dijadikan
ruang tingkat bawah tanah bagi masjid. Dengan demikian masjid dapat ruang extra
bonus yang dapat digunakan sebagai aras serbaguna, lagi pula penambahan ini
tidak sangat meningkatkan kos tambahan dari jangkaan awal, pihak kontrektor
tidak perlu menambahkan volume tanah ke bahagian rendah untuk disamaratakan
ketinggian. Persetujuan yang diambil bagi mewujudkan aras bawah tanah ini
sebenarnya lebih memudahkan kerja dan sebenarnya dengan kedudukan masjid
sebagai anjung ke Medan Usahawan dan medan parkir ¼ menjadikan bangunan Masjid
Al-Umm dipandang dari Medan Usahawan dan ruang pakir lebih menarik dan anggun – bertenggek di tepi
bukit. Adalah dijangka, kelak jamaah lebih banyak mengunjungi masjid ini pada
waktu-waktu biasa – selain dari hari Jumaat datang dari bahagian depan,
lantaran di sebelah sini ada ruang parkir dan ada dua jalan masuk, kiri – kanan
ke masjid Al-Umm. Sedang untuk masuk melalui bahagian pintu gerbang (belakang)
agak jauh, lagi pula kekurangan tempat parkir dan terpaksa diparkir di medan parkir
di bawah rentas cable TNB dan terpaksa berjalan agak jauh bagi keluar-masuk ke
masjid.
Pembinaan bagi Aras Bawah Tanah ini sebenarnya tidaklah
banyak ruang dan pembahagian yang perlu dibuat. Ruang terutama bahagian tengah
adalah bersifat kosong. Tidak banyak tiang, sesuai sebagai ruang terbuka. Ada
empat bahagian penting bagi aras bawah tanah ini, iaitu:
1.
Ruang Sebaguna
2.
Bilik Akad Nikah
3.
Bilik Peralatan
4.
Bilik Persediaan Kenduri
Pada bahagian bawah ini disediakan toilet dan boleh
menggunakan tangga naik ke atas, juga dari atas ke bawah di kiri dan kanan aras.
Ruang serbaguna ini ialah untuk kemudahan jamuan
perkahwinan, persidangan, seminar, forum, sambutan hari-hari kebesaran Islam,
ceramah, forum, hari gaduasi, musabaqah, pertandingan dan sebagainya. Jika
untuk jamuan perkahwinan dapat dimuatkan meja bulat sebanyak 50 buah dengan 10
orang tiap satu meja. Ini bererti dapat memuatkan sebanyak 500 tamu secara
serentak, tetapi jika untuk persidangan boleh memuatkan antara 800-1000 orang
secara serentak. Walau bagaimana kemungkinan jemputan tidak sampai separuh dari
kapasiti ruang, maka pihak AJK mengambil keputusan membuat partition bahagian
tengah yang boleh dibuka, jika perlu ruang banyak dan boleh diguna sebahagian,
jika tidak sampai separuh kehadiran, atau dua ruang diguna serentak bagi fungsi
yang berlainan. Dengan pengecilan penggunaan ruang dapat menjimatkan tenaga dan letrik.
Dimaklumkan masuk-keluar ke ruang aras bawah tanah adalah secara berkasut.
Selain dari itu Bilik 2 boleh digunakan sebagai ruang majlis
aqad nikah atau tempat rehat tamu sebelum menyampaikan ucapan, kertaskerja dan
sebagainya. Bilik yang disediakan secara mewah insya Allah boleh juga digunakan
sebagai bilik mesyuarat atau perbincangan dan sidang yang dihadiri ahli lebih
kurang 50 orang. Dengan demikian dapat
menjimatkan ruang atau boleh juga digunakan secara serentak dengan ruang-ruang
yang lain.
Bilik 3 pula disediakan bagi peralatan yang digunakan di
dalam persidangan dan boleh digunakan juga sebagai bilik persalinan dan bilik
menunggu bagi pengantin dan keluarga sebelum majlis aqad nikah. Bagi
ruang-ruang dan bilik-bilik berkenaan disediakan pendingin udara, di samping
juga kipas, jika diperlukan pada waktu-waktu tertentu.
Manakala Bilik 4, berhampiran jalan masuk dari bawah bagi
membolehkan lori naik terus ke tepi bilik bagi membawa peralatan dan bahan-bahan jamuan bagi dimasukkan ke bilik di
sini. Dapur secara terhad disediakan bagi memanaskan lauk pauk dan keperluan
kepada menggoreng lauk yang perlu kepada masak secara masih hangat. Dari dalam
bilik ini pekerja-pekerja membawa keluar makanan ke meja tetamu dan sebagainya
dengan agak selesa, kerana ruang bilik ini adalah agak besar dan selesa.
Sebagai tambahan di luar ruang terbuka dapat dipasang beberapa khemah bagi
keperluan jamuan atau pendaftaran dan promosi jualan.
Adalah dijangka ruang serbaguna yang disediakan oleh Masjid
Al-Umm ini mendapat sambutan masyarakat untuk keperluan penggunaan
masing-masing. Kegiatan di bawah yang berasing dari aras uatama bagi jamaah dan
aras atas (satu), tidak mengganggu kegiatan antara aras utama dengan aras bawah
tanah. Ruang serbaguna adalah menyediakan perkhidmatan secara sewa dan adalah
dijangka pendapatan dari sewaan adalah menjadi sumber utama bagi Masjid Al-Umm
menjalankan kegiatan dan juga bagi urusan pentadbiran, pengawalan dan
maintenance. Walau bagaimana pihak AJK Masjid masih belum membincangkan soal
pentadbiran dan penyewaan ruang.
Setakat ini lantai bagi aras bawah ini belum dipasang tile,
semua dinding telah diplaster dan bilik-bilik yang dibicarakan sudah siap.
Pintu-pintu dan tingkap-tingkap telah siap dipasang, termasuk partition, namun
belum dicat-mana-mana bahagian yang perlu dicat. Pada masa kehadiran penulis
pekerja-pekerja bahagian wiring sedang melakukan kerja wiring untuk air-cond.
Saluran aircond. dan
kipas-kipas-Sebenarnya bahagian aras bawah tanah ini bahagian yang awal
disiapkan, tapi ianya tak perlu siap selengkap, kerana perlu menunggu bahagian
yang lebih penting, iaitu aras utama dan aras atas (satu) siap, begitu juga
dengan kubah dan menara.
Untuk mendapat perkhidmatan tenaga dari TNB dengan segera
dan tidak tergendala, pihak AJK Pembinaan dan Pengimarahan membina bangunan sub
station TNB lebih awal agar pihak TNB dapat menyediakan keperluan api terlebih
awal.
Sekian.
No comments:
Post a Comment