Amru Ibn Kalthum Penyair Al-Mu`allaqat adalah mewarisi sifat
jahiliyyah kaumnya baik dari segi semangat dan tema perpuisian. Nama lengkapnya
ialah Abu `Abbad Amri bin Kalthum (Abad ke 6M.) bin Amri bin Malik bin `Ittab
al-Jushami al-Tha`labi (Kaum Tha`labi) di Semenanjung Arab. Bapanya adalah dari
pemuka kaumnya. Daripada masanya menyala kembali perseteruan kaum dari golongan
Bakr dengan Kaum Tha`lab, selepas didamaikan oleh Raja Al-Mundhir Ke 3 akibat
dari Peperangan Basus. Sengkita baru ini berlaku pada tahun 534M.. Kedua pihak
mengadu kepada Raja Amri bin Hindun. Berlaku pertikaian bila berdialog dan
bangkit Amru bin Kalthum mempertahankan kaumnya – Tha`lab, di hadapan Raja.
Amri bin Kalthum mengungkapkan puisinya menyerang musuhnya yang dibentengi oleh Al-Hirth bin Hillizah Penyair dari
keturunan Bani Bakr. Rasa tidak puas hati terus menyala apabila dilihat Raja
berpihak kepada seterunya. Sengkita makin memuncak apabila Raja menjemput Amri bin Kalthum dan ibunya untuk menziarah ibu
Raja iaitu Hindun binti al-Harth, yang juga ibu saudara sebelah lelaki bagi
Penyair Imriul Qays. Bertaku pertikaian semasa pertemuan yang membawa kepada
terbunuhnya anak lelaki Hindun pada
tahun 570M. atau 572M. yang meletakkan Amru sebagai wira. Amru juga hidup
panjang usia sehingga ke zaman pemerintahan Al-Nu`man bin Al-Mundhir
(580-603M.).
(Fuad Afram al-Bustani, Al-Majani al-Hadithat Jil. 1.
Al-Matba`at al-Kathulikiyyah, Beirut, tt: 127).
Berhubung dengan peristiwa berkenaan Amri bin Kalthum
menggambarkan kisah pertikaian serta pembunuhan Amri bin Hindun sambil
bersenang-senang dengan arak dan lagu yang dipuisikan dengan katanya:
Melalaikan Bani Tha`lab
daripada pemujinya
Dengan qasidah diungkapkan oleh Amru ibn Kalthum
Mereka bermegah dengannya sejak dari awal
Dengan kejaguhan lelaki tanpa kekesalan.
(Ahmad Hassan al-Zayyat, Tarikh al-Adab al-`Arabiyy, tt:
65).
Adalah digambarkan bahawa Banu Tha`lab adalah dari puak Arab
yang paling ganas dan ditakuti pada zaman Jahiliyyah sesuai dengan gelaran
keturunan puak ini sebagai `Keturunan Musang``,
sehingga timbul ungkapan,
``Kalaulah lambat Islam datang, necaya Banu Tha`lab akan
memakan manusia sekalian !``.
Amri Ibn Kalthum bukan saja hebat dengan pengungkapan puisi,
tetapi juga penggunaan senjata dikatakan apabila ibunya Laila dipermain dan
direndahkan oleh Amri bin Hindun dengan kata-kata menyakitkan telinga, maka
Amru ibn Kaltum membunuh Raja Amri bin
Hindun. Dengan peristiwa ini berpuisi seorang penyair – Apnun bin Sarim
al-Tha`labi bermegah dan memuji tindakan Amri bin Kaltum dengan puisinya
bermaksud:
Seumurkau, tidaklah Amru bin Hindun yang memanggil
Laila emaknya untuk menjadi
khadam secara dipaksa
Melainkan bangkitlah Ibn Kalthum dengan pedang terhunus
Dia memegang minuman
berterusannya dengan tali ikatan
Disentak dan dipancung dengan sekali pancungan
Mata pedangnya bergerigis berkilauan tajam.
(Butrus al-Bustani, Udaba` al-`Arab fi al-Jahiliyyah wa Sadr
al-Islam, Dar Nazir Abud, Beirut: 1989: 154).
Berterusanlah sengkita dan peperangan dengan keturunan Raja
Munzir terus menyerang keturunan Bani Tha`lab hingga kepada turunan Raja Mundhir
Keempat saudara kepada Amri bin Hindun
ke serata Semenanjung Arab, bahkan mereke memburu mereka hingga ke Sham dan ke Al-Ghassasanah. Bahkan di Ghassasanah Amru
ibn Hajar al-Ghassani cuba mendamaikan mereka. Menurut Ibn al-Athir, hingga
Raja Ghassan, iaitu Al-Harth bin Abi Shamri cuba mendamaikan, tetapi mereka
tidak mau menerima, yang mereka mau ialah Amri bin Kalthum. Berikutnya terus
berlaku peperangan mengakibatkan kalahnya Banu Ghassan, terbunuhnya saudara
lelaki Al-Harth dan pembantunya dengan jumlah yang ramai. Di atas kemenangan
ini Amru Ibn Kalthum mengungkap:
Tindakan segera di atas panggilan saudara engkau
Dengan segala kelengkapan, celakalah bapakmu wahai anak Abi
Shamri.
Demikian kerasnya Amru Bin Abi Kalthum, dengan kemenangan
itu keturunan yang telah diburu itu dapat kembali ke Al-Jazirah (Semenanjung
Arab), di sana, iaitu di Herah Abu Qabus al-Nu`man bin al-Mundhir ke IV
memerintah, maka Amru ibn Kaltum dan turunan Tha`lab memerangi mereka yang
diketuai anaknya Al-Mundhir, maka mereka menghancurkan mereka dan terbunuh Al-Mundhir bin Al-Nu`man dibunuh
sendiri oleh saudara lelaki Amru bin Kalthum. Dengan peristiwa berdarah ini dan
dengan terbunuhnya Amru bin Hindun, Penyair al-Akhtal al-Tha`labi mengungkapkan
dengan megah dengan turunan Tha`lab terhadap penyair Jarir:
Dua anak Kulaib sesungguhnya dua bapa saudaraku
Yang membunuh dua raja hingga merungkai kekangan rantai
Dengan peristiwa yang dianggap besar dalam sejarah
Jahiliyyah ini Penyair Al-Farazdak
mengecam Jarir kerana dia mempersendakan Al-Akhtal dengan katanya:
Kaum, mereka membunuh Ibn Hindun secara jantan
Amru dan mereka mengalahkan turunan Al-Nu`man.
Tidak setakat ini Amru bin Kalthum meneruskan kekuasaan ke
atas keturunan Tamim di Bahrain dan k e atas Bani Qays dan ke atas Bani Hanifah
di Al-Yamamah dan Bani Suhaim. Demikianlah kemegahan zaman Jahiliyyah yang
dicapai oleh Amru bin Kalthum dan turunan Bani Tha`labnya. Dia yang meninggal
tanpa diketahui tarih (Abad ke 6M.) dikatakan mati ketika mengalahkan Bani
Hanifah dan dengan penuh kegembiraan menyambut kemenangan dengan berterusan
minum khamar dan dengan keghairahannya
ia jatuh tersungkur meninggal. Dia dikatakan satu-satunya pembesar jahiliyyah
mati (dikatakan burumur 150 tahun) oleh
penangan arak !
(Butrus al-Bustani, Udaba` al-`Arab, 1989: 154- 157).
Amru Ibn Kalthum sebagai cucu Penyair Al-Muhalhil meninggalkan puisi-puisi yang terpenting
ialah puisi Mu`allaqatnya yang dikira kelima terpanjang. Temanya tidak lain
dari kemegahan di atas kejayaan menentang lawan dan kemenangannya di dalam berbagai
peperangan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment