BBB, 20 Jamadil Awwal 1436 = 11 Januari 2015 (Ahad):
Bahawa saudara-saudara yang merakam
Tentang kita secara rahsia
Bercampur tujuan murni dari kita
Dengan dosa tidak bermanfaat dicatat
Wahai yang bercakap tentang kita tak tepat
Berhadapan Amri adakah dijangka baqa` ?
Janganlah merendah kami di atas kedudukan kalian
Sebelum membuat
pertimbangan terus berseteru.
(Ahmad Hassan al-Zayyat, Tarikh al-Adab al-`Arabiyy, tt:
67-68).
Antara gambaran indah oleh Al-Hirth persediaan untuk
berangkat, katanya:
Sejak Isyak mereka memperkemas barang
Tatkala fajar suasana gegak bergerak berjejaran
Ada yang menyeru ada yang menjawab
Sedang yang menunggang kuda ke depan
Mencelah himpitan meluluskan ruang.
(Ahmad Hassan al-Ziyyat, TT: 68).
Antara qasidahnya yang terkenal dan banyak dibicarakan ialah
berjudul:
Aduan
Siapa yang menghukum antara diriku
Dan antara masa dengan sengaja
Di lembah-lembah tanah pimpinan kami
Mereka sebenarnya
merosakkan ruang
Kuda dan tunggangan tangkas kami
Tidak mungkin dibiar luput hilang
Kalau ada yang mohon perlindungan
Tidak mungkin mereka menjejaki pendakian.
(Fuad Afram al-Bustani, Al-Majani al-Hadithat !, Al-Matba`at
al-Kathulikiyyah, Beirut, tt: 149).
Sebagai kesimpulan sementara, kita telah meneliti dan
menilai bahawa:
1)
Masyarakat Arab sebelum Islam terbukti amat
menyanjung tinggi terhadap kemahiran berbahasa, khususnya berpuisi. Adalah
menjadi kebanggaan bagi mana-mana kabilah jika lahir di kalangan mereka penyair-penyair.
Mereka dianggap sebagai jurucakap mereka dan perakam maklumat yang berlaku di
kalangan mereka melalui puisi. Mereka dipandang tinggi.
2)
Penghormatan tinggi dapat dilihat bahawa antara
kalangan penyair mereka mempunyai status yang paling tinggi yang melahirkan
puisi-puisi-puisi yang bermutu tinggi diberi penghormatan dan diingati meskipun
mereka bertaraf gelandangan, tetapi yang bertaraf tinggi, maka puisi-puisi mereka digantung di Ka`bah dan
mereka digelar sebagai Penyair Mu`allaqat.
3)
Tokoh-tokoh terkenal Al-Mu`allaqat adalah
seramai 7 orang, iaitu Imriul-Qays, Tarfah bin al-`Abd, al-Zuhayr, Labid, Amru
Ibn al-Kalthum, `Antarah dan al-Hirth bin Hillizah. Mereka lahir sejak awal
kurun ke 6M hingga ke zaman lahirnya Islam. Mereka menjadi piawaian perpuisian
zaman sebelum Islam yang dikenali sebagai zaman Jahiliyyah. Ramai lagi
penyair-penyair selaian dari penyair Mu`allaqat dan penyair gelandangan.
4)
Tema-tema puisi zaman Jahiliyyah banyak
menyangkut soal bermegah-megah dengan kabilah dan keturunan,berpuak-puak, persengkitaan, peperangan dan ciri-ciri yang
mencerminkan sifat-sifat Jahiliyyah.
5)
Tradisi menghafal dan meriwayat maklumat menjadi
satu budaya sebelum Islam. Dengan demikian maklumat dapat sampai kepada
generasi berikutnya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment