Menyebut Abu Sufyan, mungkin ada kekeliruan
tanggapan – Ada dua Abu Sufyan satunya ialah
Abu Sufyan bin Al-Harith bin Abdul Muttalib bin Hashim sepupu Nabi dan saudara
susuan Nabi (menyusu dengan Halimah al-Sa`diah). Tokoh ini dimaksudkan di dalam
pembicaraan, manakala seorang lagi ialah Abu Sufyan bin Al-Harb yang isterinya
Hindun binti Qutaibah yang membedah dada Sayyiduna Hamzah di dalam peperangan
Uhud. Abu Sufyan bin Al-Harb sebagai musuh Islam turut dikecam oleh Hassan bin
Thabit, tetapi tidak dibicarakan di sini.
Sejak diutuskan Rasulullah s.a.w. Abu Sufyan
yang mengepalai kaum Quraisy termasuk golongan yang menentang Islam, bahkan mengepalai
penentangan dan memimpin peperangan-peperangan. Dia juga menggubah syair-syair
bagi memburukkan Nabi s.a.w. Menjelang pembukaan Makkah Abu Sufyan mengambil
keputusan dengan ditemani puteranya Ja`afar menemui Nabi yang tiba di Abwa` dengan jumlah tentera yang
besar dan mengumumkan tentang keislamannya. Penerimaan Islam Abu Sufyan
diterima Nabi s.a.w. Selepas Islamnya Abu Sufyan bi Al-Harith bersama anaknya
Ja`afar berkesempatan menyertai di dalam peperangan Hunain. Meskipum hasratnya
mau syahid di medan perang tidak kesampaian, tetapi ia kembali kepada Allah
dengan jiwa tenteram lantaran berkesempatan menerima Islam, walaupun sudah pada
peringkat di penghujungan usia.
(Khalid Muhammad Khalid, Sejarah 133 Wira
Terbilang Di Zaman Rasulullah s.a.w.,
(Terjemahan Abu Mazaya al-Hafiz), Al-Hidayah Publications, Batu Caves,
Selangor, 2009: 391-394).
Hassan bin Thabit memuji Rasulullah s.a.w. dan
mengecam sikap Abu Sufyan bin al-Harith kerana sikapnya yang mengecam Nabi
sebelum Abu Sufyan menerima Islam katanya:
Tanpa Khayalan
...
Sama ada mereka menghalang kita menunaikan
`Umrah
Adalah Pembukaan Makkah pembuka halangan
Kalau tidak kita bersabar di atas ujian masa
Allah memuliakan sesiapa yang dikehendak
Jibril Aminullah bersama kita
Dan Ruhullah tiada baginya bandingan
Berfirman Allah yang menghantar Utusan
Bercakap benar sanggup menghadap akibat
Kusaksi dengannya bangkitlah membenarkannya
Katamu: Jangan bangun, kami tidak mau
Allah memberi mudah dengan bantuan tentera
Mereka adalah Ansar meluaskan pertolongan
Setiap masa sentiasa siap sedia
Sama ada dicerca, diserang atau dipersenda
Kami jawab dengan puisi di atas sendaan
Kami menyerang ketika kecamuk pergelutan
Tidakkah kami sampaikan wahai Abu Sufyan
Engkau penakut lebih bersifat angan-angan
Dengan pedang kami, kami tinggalkan kepada
penjaga
Abdul
al-Dar dipertuankan oleh pengikut-pengikut
Engkau persenda Muhammad, aku menjawab
dengannya
Di sisi Allah jua dari segi balasan
Adakah engkau persendanya tidakkah cukup
dengan ejekan
Kejahatan kamu ganjaran bagi kami kebaikan
Engkau menghina yang berkat, berkebajikan dan
hanif
Aminullah yang bukti amanahnya ternyata
Siapa yang mencela Rasulullah daripada kamu
Memuji dan menolongnya bagi kami berbeza
Sesungguhnya demi ibu dan bapa kami maruah
Pertahan kehormatan Muhammad menunai janji.
(Diwan Hassan bin Thabit, 1412/1992: 15-18).
Hassan juga mencela:
Celaan Kepadamu (Sufyan Bin Al-Harith)
Bahawa tinggi binaan dan panjang pinggiran
Melangkaui peralatan bangunan hingga ke tiang
Kecelaan bagi Datuk perempuanmu Samra` apa yang
tinggal
Juga bagi ibumu Sumyah hingga ke hujung abad !
(Diwan Hassan bin Thabit, 1412/1992: 87).
Sebagai turunan Bani Hashim Abu Sufyan dikecam
dengan membangkitkan kekejian-kekejian. Antaranya dijawab oleh Abu Sufyan:
Dibalas Allah keturunan Bani Makhzum dengan
kata-kata
Enggan untuk mengecam yang tua dan turunan
Kehalusan akhlak dan fikiran tepat
Keuzuran dan tidak patut ada penyelewengan.
(Diwan Hassan bin Thabit, 1412/1992: 149-150).
Hassan juga mengecam Abu Sufyan dan diminta
tidak bermegah dengan turunan yang sebenarnya tidak memberi erti, kecuali
dengan keadaan sebenarnya, katanya:
Duduklah menurut Tahap Kedudukan Umur
Bukanlah engkau dari turunan begitu mulia
Tidak Abdul Shams dan tidak juga Naufal
Tidak juga bapa engkau dari turunan utama
Duduk menurut taraf kiraan biasa.
(Diwan Hassan bin Thabit, 1412/1992: 331).
Abu Sufyan diperli dengan keturunannya,
walaupun dari keturunan Quraisy, tetapi ada kekurangan, sebab itu kata Hassan:
Jangan bermegah dengan kaum yang engkau bukan
dari mereka
Dan tidak engkau dari Bani Hisham yang dicela.
(Diwan Hassan bin Thabit, 1412/1992: 349).
Jelas memperlihatkan bahawa, walaupun penyair
sudah berada di dalam zaman Islam, tetapi ciri-ciri puisi zaman Jahiliyyah
berterusan, bahkan pembahagian dan ciri tema masih kepada madah, cerca, sindiran, kecaman dan sendaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment