March 15, 2008

UCAPAN KEPADA ORANG RAMAI SEBAIK KEPUTUSAN PILIHAN RAYA DUN BANGI DIUMUMKAN

Assalamua'laikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan selamat sejahtera.


Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli dan penyokong PAS Kawasan Serdang yang telah bekerja bersungguh-sungguh sejak tahun 2004 menyusun berbagai-bagai strategi memasyarakatkan PAS sehingga diterima baik oleh umum dengan memberikan kemenangan menawan kerusi DUN N.26-Bangi.

Juga ucapan ribuan terima kasih kepada sukarelawan dari alumni IPT dan orang perseorangan yang telah bersama menyertai jentera parti pada sebelum dan sesudah hari penamaan calon. Mereka telah memberikan komitmen yang tinggi untuk bersama turun padang menemui pengundi di seluruh daerah pada pagi, petang dan malam. setinggi-tinggi terima kasih kepada kaum Melayu yang bukan sahaja mengekalkan, bahkan meningkatkan lagi sokongan terhadap parti PAS di Bangi. saya juga amat terharu dengan sokongan dan pengharapan dari kaum India terhadap perjuangan PAS. Begitu juga kaum Cina yang secara senyap telah memberikan sokongan padu.

Kejayaan memenangi kerusi DUN Bangi dengan mojoriti yang tinggi (6192) bukanlah kemenangan PAS semata-mata. Ia adalah satu amanah dan pengharapan dari rakyat untuk merealisasikan Bangi sebagai bandar yang sejahtera, aman, berilmu dan prihatin.

Marilah kita semua bahu membahu menyusun saff mengenepikan sebarang perbezaan ideologi poliitik bekerja sebagai satu pasukan untuk merealisasikan harapan Bangi.


Dr. Shafie Abu Bakar
ADUN BANGI

1 Rabiulawal 1429
9 Mac 2008

1 comment:

  1. Tahniah di atas kejayaan YB dan seluruh jenetera PAS Kawasan Serdang. Diharap selepas ini jenetra MTD menjadi jentera rasmi membantu kerja-kerja YB dan semua UPU juga tidak ditutup, sebaliknya diperkasakan lagi untuk mengurus dan mentadbir urusan di peringkat komuniti.. Jadikan kemenangan kali ini sebagai medan untuk kita semua membuat kerja demi kebajikan dan kebaikan bersama.

    ReplyDelete