April 28, 2008

YB TURUN MELAWAT TANAH RUNTUH


17 Rabiul Akhir 1429/ 24 April 2008 :Jam 8.00 pagi, YB Dr Shafie Abu Bakar menerima panggilan dari penduduk Taman Bukit Kajang yang mengadu tanah runtuh di belakang rumah mereka. Kira-kira jam 12.00 tgh hari, YB Dr Shafie bergegas untuk meninjau keadaan rumah mangsa. Setibanya di sana, mangsa-mangsa rumah runtuh sudah sedia menunggu. YB Dr. kemudiannya dibawa ke tempat kejadian dan diberikan taklimat oleh pemilik rumah berkenaan.

Pada masa yang sama, media-media datang membuat liputan kejadian tersebut. Antaranya ialah NTV 7, TV3, RTM 1, KOSMO, UTUSAN MELAYU, SINAR dan beberapa media lain lagi. Turut sama hadir meninjau kawasan ialah YB En. Lee Kim Seng (ADUN KAjang), Ketua Polis Kajang, TYDP MPKj dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Dalam kenyataan kepada wartawan, YB Dr Shafie meluahkan rasa simpati terhadap mangsa yang terlibat serta berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. Atas tanggungjawab itu juga, beliau telah meminta pihak MPKj menyediakan rumah sementara kepada mangsa memandangkan rumah yang terlibat dengan runtuhan tidak lagi selamat untuk didiami. Beliau juga meminta pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) untuk mengambil tindakan segera dengan memberi bantuan langsung kepada mangsa. Beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin yang datang membantu mangsa.


Dalam lawatan susulan sehari selepas kejadian oleh Jawatankuasa Bertindak ADUN Bangi, 3 sekeluarga yang terbabit telah diberikan 3 unit penempatan sementara di Blok N Taman Kajang Sentral. Sumbangan berupa wang tunai juga telah disampaikan bagi mengurangkan beban mangsa kejadian. Satu laporan telah dibuat dan tindakan susulan akan diambil menangani permasalahan itu. Rata-rata penduduk yang ditemui melahirkan rasa terima kasih terhadap keprihatinan ADUN mereka.

4 comments:

  1. Laporkan lebih banyak aktiviti YB, ringkas pun tak apa, sedikit foto dan mencukupi, biar seiring dengan realiti seharian YB, kita rasa terkilan bila YB kita kadang nak tidur pun tak sempat tapi laporan tiada seolah-olah YB kita tak bertemu masyarakat dan buat kerja. Perception rakyat begini normal, sebab itu kita kena war-warkan. Satu permulaan yang baik, tahniah kepada maintainer

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Tapi masih boleh dibaiki misalnya jangan lapor jika YB terima panggilan jam 8.00 pagi tapi datang melawat jam 12.00 tgh. 4 jam dari BB Bangi ke Tmn Kajang Baru?. Semua faham YB teramat sibuk tapi kelemahan begini x patut dilapor. Katakan saja YB datang melawat (malah bagi derma peribadi pun tanpa menyebut waktu)

    Wallahu aklam

    ReplyDelete
  3. Baguslah, YB mengambil berat masalah rakyat. Itulah yang rakyat mahukan, PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT, segala masalah rakyat, diambil berat semuanya...

    ReplyDelete
  4. Apakah penyelesaiannya masalah ini, sudah selesai atau belum....

    ReplyDelete