May 2, 2008

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH ADUN BANGI

Kepada yang berminat, sila download borang penyertaan [klik sini] dan setelah selesai mengisi borang, hantar ke pas_serdang@yahoo.com sebelum tarikh tutup peraduan.

Tarikh : 24 – 25 Mei 2008 (18 – 19 Jamadilawal 1429H)
Hari : Sabtu – Ahad
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.


>>Terbuka kepada semua warganegara Malaysia. << Dibahagikan kepada 2 kategori:
* Bawah 12 tahun
*
Bawah 15 tahun.

Hadiah :
Johan : RM500
Naib Johan : RM 300
Tempat ke 3 dan ke 4 : RM100
Setiap bantahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 15 minit selepas sesuatu perlawanan itu tamat.

9 comments:

  1. Tahniah, blog Dr shafie sudah semakin ceria, bbb3(pasbangi.blogspot.com)dan bbb3 tambahan(pasbangi3.blogspot.com) akan membantu promosi kejohanan ini

    ReplyDelete
  2. kami di pejabat kawasan ucapkan trima kasih di atas cdgn & teguran membina kalian semua.moga Allah membalasnya..TQ

    ReplyDelete
  3. belum terlewat rasanya saya mengucapkan tahniah kepada YB dan diri saya sendiri pada pru lepas.utk pengetahuan YB,saya pelajar di sabah,sanggup balik semata-mata untuk mengundi. dan ternyata ianya sgt2 berbaloi bagi saya. antara pengalaman yang manis bagi saya. semoga YB dapat menunjukkan contoh YB yang lebih baik dan hebat dari YB2 kalangan BN.

    ReplyDelete
  4. tima kasih kepada faizhensen..InsyaAllah sy akan buat yang terbaik.TQ

    ReplyDelete
  5. DARI PEMBACA BLOG PASBANGI:
    SALAM. SAYA INGIN TAHU, BILAKAH YB BBB AKAN MENZIARAHI MASJID HASANAH? SILA MAKLUMKN SAYA.TQ

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum wr wb

    Harap layari Parliament News.

    Juga, ada latest updates dari blog MP dan Adun PAS yg saya jumpa dia punya feed dan boleh dibaca oleh Google Reader dalam blog saya (di sidebar paling kanan bawah iklan). Yg saya tak jumpa dia punya feed yg boleh dibaca oleh Google Reader, tak upaya la...

    Tapi tak payah pautkan (link) blog saya di blog anda sebab blog saya blog beracun.

    Blog saya yg mungkin tidak beracun (mungkin) ialah Malaysiakita yg mengandungi updates terkini dari blog-blog lain.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Mana nombor telefon untuk perhubungan??

    ReplyDelete
  8. SYARAT & PERATURAN

    Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

    Dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Bawah 12 tahun dan Bawah 15 tahun. Untuk kemudahan bersama, kategori Bawah 12 tahun ialah pemain yang berada di dalam Darjah 6 ke bawah. Bagi kategori Bawah 15 tahun pemain mestilah berada di dalam Tingkatan 3 ke bawah. Jika didapati syarat ini dilanggar pasukan yang diwakili oleh pemain itu dikira kalah.

    Setiap pasukan boleh mendaftar bilangan pemain minima seramai 7 orang dan maksima 13 orang. Pertukaran pemain hanya dibenarkan sebanyak 3 kali bagi setiap perlawanan.

    Bagi memulakan perlawanan setiap pasukan mestilah diwakili oleh sekurang-kurangnya 7 pemain. Pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini dikira kalah secara ‘walk-over’.

    Setiap pemain hanya boleh bermain bagi satu pasukan sahaja dalam kejohanan ini. Jika didapati syarat ini dilanggar pasukan yang diwakili oleh pemain itu dikira kalah. Oleh itu pemain digalakkan membawa salinan kad pengenalan atau salinan sijil lahir.

    Setiap pasukan mesti memakai jersi yang seragam dan pemain digalakkan menutup aurat.

    Format pertandingan adalah secara kalah mati di semua peringkat.

    Yuran penyertaan ialah sebanyak RM50 (Lima Puluh Ringgit Sahaja) bagi setiap pasukan. Yuran dan borang penyertaan mesti sampai kepada pihak penganjur sebelum atau pada 18 Mei 2008 (Ahad) jam 9.30 malam.

    Undian akan diadakan pada 21 Mei 2008 (Rabu) jam 9.30 malam. Setiap pasukan dikehendaki menghantar pengurus atau ketua pasukan bagi tujuan ini. Bagaimanapun jika kedua-dua mereka tidak hadir penganjur akan terus melakukan undian.

    Masa perlawanan ialah 20 minit (10 minit bagi setiap separuh masa) tanpa sebarang masa rehat.

    Hadiah :

    Johan : RM500
    Naib Johan : RM 300
    Tempat ke 3 dan ke 4 : RM100
    Setiap bantahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 15 minit selepas sesuatu perlawanan itu tamat.

    Peraturan-peraturan lain adalah sepertimana yang ditetapkan oleh FAM dan FIFA. Bagaimanapun pengadil mempunyai budibicara untuk membuat keputusan yang tiada disebut oleh kedua-dua badan itu.

    Haji Abdul bin Abdul Karim
    24 April 2008/17 Rabiulakhir 1429

    ReplyDelete