May 29, 2008

Malaysia ke arah pemerintahan 2 parti


Malaysia ke arah sistem pemerintahan 2 parti dengan rentak tari rakyat.

Di bawah kesedaran Malaysia sebenarnya sedang mempratikkan sistem pemerintahan dua parti seperti di negara barat. Dalam kes di Malaysia, PAS tidak boleh hanya menjadi sandaran pada orang Melayu sahaja bahkan perlu merangkumi semua bangsa di Malaysia. Ini memberikan kuasa penuh kepada rakyat tanpa mengira kaum untuk mencorak pemerintahan pada masa hadapan. Tsunami politik 8 Mac telah mengajar pimpinan PAS tentang harapan kaum selain Melayu terhadap PAS dan kini tiba masanya untuk pimpinan PAS membalas pengharapan mereka itu. Politik perkauman yang sempit harus dirungkaikan dan PAS telah memulakannya dengan meletak calon bukan Islam bertanding di Johor. Kemungkinan pada masa akan datang lebih ramai calon bukan Islam akan dipilih untuk mewakili PAS dalam pilihanraya.

1 comment:

  1. Ini adalah intipati ucapan perasmian mesyuarat pemilihan jawatankuasa Kelab Penyokong PAS oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi merangkap pengerusi Lajnah Perpaduan Antara Kaum PAS Selangor. Beliau turut mengucapkan ucapan tahniah kepada En. Letchumanan, seorang ahli Kelab Penyokong PAS yang terpilih untuk menjadi ahli majlis di Majlis Perbandaran Shah Alam.

    Pemilihan diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Selangor di Pusat Perniagaan Worldwide, Shah Alam baru-baru ini. Perlantikan jawatankusa seramai 15 orang yang terdiri dari berbagai kaum mencerminkan perpaduan yang dijalin. Jawatankuasa yang dilantik bertanggung jawab menyelaras semua aktiviti kelab penyokong PAS di peringkat kawasan dan cawangan bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat khasnya di Selangor. Di Kota Raja sendiri mempunyai 60 cawangan kelab penykong PAS melebihi cawangan PAS disitu dan ini menjadi pemangkin kepada penubuhan kelab penyokong PAS ditempat lain.

    Dr. Halimah, exco kerajaan selangor yang turut hadir menambah bahawa kita kena bersatu hati dan bekerja keras menjaga kebajikan rakyat untuk memastikan kesinambungan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Mengulas perkembangan terkini kerajaan Selangor lebih tertumpu menyelesaikan pelbagai masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan BN. Dalam waktu yang sama mereka(BN) terus mendesak Pakatan Rakyat untuk melaksanakan semua manifesto sedangkan kerajaan yang dilantik baru sahaja memegang pemerintahan.

    Semua manifesto yang dijanjikan tetap akan ditunaikan termasuk pemberian insentif sebanyak seratus ringgit untuk setiap anak yang baru lahir di Selangor. Sebanyak empat ratus ribu ringgit telahpun diluluskan dalam bentuk bantuan beras untuk diberi kepada golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah.

    Satu konvensyen yang menghimpunkan ahli kelab penyokong PAS seluruh negara akan diadakan di Perak pada bulan Ogos ini. Semua ahli seharusnya mengambil kesempatan ini untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam merangka hala tuju kelab penyokong PAS pada masa hadapan.

    ReplyDelete