July 19, 2011

KEJOHANAN BOWLING MASJID SURAU ADUN BANGI

Ampang Point Kajang, 17 Julai 2011/15 Syaaban 1432H (Ahad)

Kejohanan Bowling Masjid-Surau ADUN Bangi dianjurkan oleh Sekretariat Masjid-Surau DUN Bangi pada hari Ahad lepas. Sebanyak 20 pasukan yang bertanding dari pelbagai surau dan masjid dalam kawasan DUN Bangi yang setiap pasukan terdiri daripada 3 orang pemain.

Kejohanan bermula pada pukul 10 pagi dengan dua pusingan permainan. Sepanjang program berlangsung dengan lancar dan sangat mengujakan.


Pertandingan diadili dengan dua kategori iaitu Markah Tertinggi bagi Kumpulan dan juga markah tertinggi bagi individu.

Bagi kategori Kumpulan Terbaik adalah:

Tempat Pertama dimenangi oleh Kumpulan BERSIH.

Tempat Kedua Kumpulan Star 2.


Tempat Ketiga Damai Mewah 2.

YB Dr Shafie Abu Bakar telah hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang seterusnya merasmikan majlis penutupan kejohanan bowling pada kali ini.

Bagi kategori pemain terbaik, Encik Farid dari pasukan Star 2 mendapat tempat pertama diikuti tempat kedua dan ketiga oleh peserta dari Kumpulan BERSIH iaitu Encik Mohd Samsuri dan Encik Zainal Abidin Mohd Noor.


Tahniah diucapkan kepada Sekretariat masjid-Surau DUN Bangi yang telah menganjurkan kejohanan Bowling pada kali ini.

Sekian.

No comments:

Post a Comment