Sempena Karnival Amal Dua Dekad Ketua Pemuda Pas Ustaz Hasarudin Hassan menyatakan dalam perutusannya:
``Dewan Pemuda Pas Malaysia mengucapkan tahniah dan syabas serta ``Selamat menyambut Ulang Tahun Ke 20`. Dewan Pemuda Pas Malaysia berharap dengan kematangan yang dimiliki oleh Jabatan Amal Malaysia ianya dapat membantu pergerakan Jabatan Amal Malaysia untuk bergerak dengan lebih teratur, licin dan sistematik``
Sementara Ketua Pengarah, Jabatan Amal Malaysia, Dewan Pemuda Pas Pusat Encik Juhari bin Usman berharap, ``Jabatan Amal tidak mudah alpa dan terus meneruskan tanggungjawab berpandukan motto, ``Beramal Kerana Allah`` dan dengan pengalaman sepanjang 20 tahun ini, jabatan Amal akan terus mencurahkan bakti kepada masyarakat seterusnya menarik golongan muda untuk sama-sama sertai Jabatan Amal ini.``
Antara aktiviti yang dijalankan selama empat hari ini ialah bermula pada Khamis (28 Julai) dengan Solat Hajat Perdana dan Forum Perdana (semua panel dari kalangan muslimat) diikuti (29 Julai) Gotong Royong, Makan Malam & Ceramah Umum dari Tuan Guru Dato` Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am Pas, Tuan Haji Mat Sabu Timbalan Presiden Pas, saudara Juhari Usman Ketua Pengarah Amal Malaysia dan beberapa yang lain. Adun Bangi berucap mengalu-ngalukan kehadiran – selaku Tuan Rumah, manakala pada Sabtu (30 Julai) Majlis Perasmian oleh YAB Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor dan Program Wanita bersama YB Dr. Halimah Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor di samping beberapa pertandingan sukan, mewarna dan gubahan dan Malam Talk Show Bintang Popular, manakala pada hari terakhir (Ahad 31 Julai) ialah Melepaskan Permotoran Berkuasa Tinggi dari pekarangan Masjid Al-Hasanah oleh Adun Bangi, Pertandingan Berkawat, Bicara Tokoh Sukan dan Persembahan. Upacara penutup dilakukan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor YB Dr. Rani Othman.
Sekian.
No comments:
Post a Comment