Tuan Haji Mohd. Ghazali Abbas Pengerusi Surau An-Nur dan Tuan Haji Kamaruddin Muhammad Setiausaha Masjid Al-Hasanah sebelum ini pada masa berasingan telah mengingatkan Adun, bahawa pada Selasa hari ini Y.B.Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang Presiden Pas akan datang ke Surau An-Nur dan Adun diminta hadir Maghrib bersama di surau tersebut - selaku Tuan Rumah meraikan kehadiran Tuan Guru. Tarikh ini melekat ingat di kepala dan azam telah dipasang untuk berada di Surau An-Nur sebelum Maghrib lagi.

Tetapi selepas menjawab soalan lisan, hari ini mulai sesi penggolongan dimulai oleh Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan YB Teresa Kok, maka Adun Bangi orang pertama memulai Soalan Celahan berhubung dengan pekerja luar dan pentingnya diutamakan pekerja tempatan, terutama graduan yang ramai keluar dari pengajian tinggi yang sukar mendapat pekerjaan, diikuti dengan penggolongan Exco-Exco yang lain satu persatu. Pertanyaan banyak dan merancakkan perbincangan dan Adun Bangi juga banyak mengemukakan soalan. Sehingga jam 4.30 YB Dr. Haji Yaacob Sapari masih menggolong jawapan. Adun menjangka Sidang akan ditangguhkan keesokan. Rupanya Speaker meminta Usul menyambung persidangan bagi membolehkan YB. Dr Haji Yaakob dan YB Dato` Dr. Hassan Ali menggolong jawapan. Oleh kerana masa ditambah dan waktu rehat diberi suku jam Adun turun solat Asar dan minum dan naik balik ke Persidangan hinggalah YAB Dato` Menteri Besar menyimpulkan penggolongan hingga tamat betul-betul jam 7.00 petang.
Selepas ucapan Penggolongan oleh YAB Dato` Menteri Besar, maka kelulusan Enakmen Perbekalan sejumlah RM1,600,000,000.00 diluluskan sedikit sebelum jam 7.00 petang dan Sidang ditangguhkan ke esok hari.
Dengan agak segera dan tergesa-gesa, selepas solat maghrib, Adun berkejar pulang ke Bangi. Kalau pergi tadi melalui lebuhraya baru SKVE melalu Bandar Putera Impian, maka pulang ini melalui Lebuhraya KISAS dan selamat tiba di rumah di Bangi Jam 8.00 malam. Sebaik tiba dan membawa masuk bahan-bahan Sidang segera mandi dan ke Surau An-Nur. Adun terus naik ke atas, sedang Tuan Guru Haji Abdul Hadi sedang berceramah. Adun masuk melalui celah-celah jamaah dan ke depan bersalam dengan Tuan Guru Dato` Dr. Harun Din dan Tuan Haji Mohd Ghazali Abbas dan mengikuti Ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru.



Sekian.
No comments:
Post a Comment