November 17, 2011

Budayakan Wacana Ilmiah Di Selangor & Pakatan - Dato` Seri Anwar: Pelancaran Buku Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali

Shah Alam, 20 ZulHijjah = 16 November (Rabu):

``Syed Husin Ali adalah tokoh pemimpin Melayu sezaman dengan Ungku Umar, Aminuddin Baki dan pencetus idea sosiologi Masyarakat dan perjuangan rakyat.``

`Buku yang dilancarkan adalah cerminan perjuangan Syed Husin secara akdemik dan dipraktikkan dalam perjuangan politiknya yang mewakili zamannya,`` Kata Dato` Seri Anwar Ibrahim, ``Generasi muda patut mencontohi keazaman dan iltizamnya dalam perjuangan.`` Menurutnya lagi, ``Pelancaran buku berkenaan adalah bertepatan dengan masa dalam mana generasi muda memerlukan contoh perjuangan dan iltizam``

Dato` Seri Anwar mau budaya mencintai ilmu ditanam ke dalam masyarakat. Bukan saja mencintai, tetapi menalaah dan mengkaji dan mengambil panduan dari intipati yang difahami dari buku berkenaan,

Dato` Seri Anwar berkata demikian ketika mengalu-ngalukan pelancaran Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali Tokoh Pejuang Rakyat dan Pengkaji Sosial di Dewan Utama Shah Alam Convention Centre (SACC) di Shah Alam malam ini. Majlis dihadiri ramai dari kalangan intelektual, termasuk Datin Seri Wan Azizah, pendukung dan penyokong Pakatan Rakyat yang memenuhi Dewan Convention.

Tan Seri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim ketika melancarkan buku berkenaan berkata, ``Kita bukan saja dituntut membaca, tetapi seharusnya memahami mesej yang dituntut dari pembacaan kita.`` Menurutnya, ``Syed Husin mengambil pendekatan Story Telling bagi penulisan bukunya yang communicate dan memudahkan kita memahaminya.`` Tan Sri Khalid mau generasi muda memahami perjuangan Syed Husin Ali yang kaya dengan pengalaman akademik dan pengalaman alamiah yang tergaris nyata pada wajahnya yang menandakan kecekalan perjuangan. Beliau adalah pendukung aspirasi generasi sezamannya seperti Dr. Buhanuddin Helmi, Pak Sako dan Ahmad Boestaman. Nikmat yang dikecapi oleh generasi kini adalah hasil dari rintisan perjuangannya bersama generasi sezaman. Buku yang dilancarkan pada malam ini adalah testimony perjuangannya.

Sebelum daripada itu, pelajar dan sahabat seperjuangan Syed Husin, menggariskan pengalaman yang dialami bersama Syed Husin Ali.

YB sdr. Teng Chua, menyatakan, Syed Husin bukan saja guru baginya, tetapi perintis kejayaan. Misalnya Syed Husin dan beberapa yang lain termasuk Sdr. Sanusi pernah bertanding di Batu, tetapi kalah, tetapi dia membuka jalan kepada kemenangan kami. Kata Teng Chua perjuangan politik bersifat rakyat pada peringkat permulaan masih belum tiba kepada hasrat menguasai negeri atau atau negara, tetapi mau ada sekurang-kurangnya satu suara yang membela rakyat. Ini dapat dicapai misalnya oleh Ahmad Boestamam dan beberapa yang lain. Menurut Teng Chua, Syed Husin mewakili generasi sebelum merdeka dan memanjangkan masa hingga selepas merdeka dan merakamkan pengalamannya dalam memoir yang dilancarkan. Beliau mau Dato` Seri Anwar yang menyambung dan meneruskan perjuangan dalam masa terdekat akan menulis pula memoirnya bagi melengkapkan panduan sebagai idola generasi.

Saudara Dr. Sanusi Osman selaku murid dan pendukung setia Parti Rakyat Malaya mengimbau bagaimana pertama kali beliau bersua dengan Syed Husin, iaitu melalui perhimpunan pemimipin GPMS yang mana pada masa itu beliau mewakili Sultan Idris Training College, pertemuan berlaku di Johor. Presiden pada masa itu Ali Haji Ahmad, pemimpin yang lain termasuklah Loqman Musa. Syed Husin antara yang menyampaikan ceramah. Bila saya sambung pengajian di UM, kami termasuk Syed Hamid dan Abdul Halim Ali berguru dengan beliau. Kami mendukung idealisme dan perjuangan Syed Husin. Secara bergurau saudara Sanusi berkata, ``Saya mencari kesamaan antara saya dengan Syed Husin, saya dapati antaranya kami sama memakai capal !``

A. Samad Said yang turut dijemput melakarkan pengalamannya bersama Syed Husin Ali, berkata, ``Dalam akhbar saya berada di belakang watak besar A. Sa,mad Ismail. Dari belakang ini kami memang meneliti dan menyokong perjuangan Syed Husin Ali. Kami mengikuti Mogok Utusan yang didukung Said Azhari dan Syed Husin Ali, bahkan kami membantu, tapi tak nampak tangan ! Menurut A. Samad Said, ``Syed Husin adalah pejuang keadilan yang selari fikiran dengan Ahmad Boestamam. Saya pernah membantu Ahmad Boestamam yang menerbitkan akhbar Fikiran Rakyat

Menutup Majlis ialah ucapan yang disampaiakan oleh Syed Husin Ali. Beliau mengucapkan terima kasih di atas inisiatif yang diambil oleh terutama sdr. Chong yang menjayakan penerbitan. Pada mulanya kata Syed Husin, ``Kami mau adakan majlis pelancaran secara kecil-kecilan, tetapi atas sokongan YAB Menteri Besar Tan Sri Khalid mau diadakan majlis seperti pada malam ini. Beliau bergembira yang Pakatan meletakkan satu tradisi intelektual berdiskusi buku.

Kata Syed Husin, ``Kita tidak mau kita hanya berpolitik saja, tetapi berpandukan ilmu.`` Lebih dari itu kita mau dari wacana ilmu seperti malam ini ialah kesedaran. Inilah juga mesej pada malam ini. Buku saya mungkin tidak penting, tetapi kesedaran yang dapat ditimba dan dihayati dan dijadikan penilaian dan mungkin panduan adalah lebih penting. Beliau berterima kasih kepada semua pihak dan mau tradisi intelektual seperti ini diteruskan.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment