April 12, 2012

Merasmikan Pelancaran Tuisyen Rakyat Bagi Tahun Keempat

PKNS, BBB, 16 Jamadil Awal 1433 = 08 April 2012 (Ahad):

Untuk bagi tahun keempat kerajaan negeri Selangor melalui Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan meneruskan program Tuisyen Rakyat terutama bagi pelajar-pelajar miskin dan sederhana pencpaian di dalam mata-mata pelajaran.


Untuk Hulu Langat dan Serdang dijalankan Pelancaran secara serentak, iaitu di Dewan Cempaka, Tingkat Tiga, PKNS Bandar Baru Bangi.. Hadir bersama ke Majlis Pelancaran ini ialah En. Hamdan Pengurus Kelas Tuisyen, Motivator Encik Affandi bin Zulkifli, ibu bapa dan pelajar-pelajar.

Dalam ucapan alu-aluan En. Hamdan memberi maklumat, bahawa sejumlah 370 pelajar sedang mengikuti tuisyen. Mereka adalah dari 6 Dun, empat di Hulu Langat dan dua dari Dun Bangi. Sebelum Majlis Pelancaran dilakukan, Pakar Motivasi iaitu En Affandi bin Zulkifli telah menyampaikan ceramah motivasinya. Beliau telah bercakap tentang kewajaan diri didalam menghadapi peperiksaan serta memperkukuhkan mental dan rohani secara keseimbangan.

Adun Bangi di dalam ucapan ringkas mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan Majlis. Pelancaran Tuisyen dan dihadiri oleh begitu ramai pelajar menandakan bahawa pihak pelajar makin yakin dengan anjuran Tuisyen percuma kerajaan kerjaan negeri Selangror yang prihatin terhadap pelajaran. Seterusnya memberi insentif kepada mereka yang berjaya.. Tuisyen melibatkan empat matapelajaran iaitu Bahasa Melayu, English, Sejarah dan Matematik, tetapi Adun Bangi pada tahun ini menambah satu lagi mata pelajaran iaitu mata pelajaran Sains bagi kelas-kelas tuisyen di bawah Dun Bangi. Ini adalah bertujuan membantu mereka di dalam pelajaran Sains itu sendiri. Adun berharap pada tahun 2012 lebih ramai yang mencapai keputusan cemerlang di dalam mata-mata pelajaran yang ditawarkan. Adun juga memaklumkan di bawah Dun Bangi setiap tahun kita menyediakan hadiah insentif bagi pelajar-pelajar cemerlang di Dun Bangi, iaitu bagi pelajar-pelajar mencapai 9A ke atas. Pada tahun lepas kita menyediakan lebih dari RM13,000 kepada pelajar-pelajar berkenaan dan insya Allah kita akan sampaikan hadiah insentif sedemikian kepada pelajar-pelajar cemerlang .bagi tahun 2011 dalam masa terdekat.

Adun menarik perhatian , bahawa pelajar-pelajar masih mempunyai masa yang banyak bagi menghadapi peperiksaan. Dalam masa setengah tahun lebih ini buat perancangan yang rapi di dalam menghadapi pelajaran dan persediaan menghadapi peperiksaan. Fahami dan kuasai seluruh mata pelajaran secara menyeluruh dari sekarang dan jangan bergantung pada spot soalan semata-mata. Bila memahami keseluruhan buat nota penting sebagai inti pelajaran yang dapat dikembangkan dalam jawapan berdasarkan kefahaman menyeluruh yang dikuasai. Berlatihlah menjawab soalan tepat dengan kehendak jawapan. Gunakan soalan-soalan peperiksaan yang lepas sebagai panduan. Banyak berdiskusi, kerana melalui berdiskusi dan pembelajaran secara berkelompok banyak membantu melengkapkan maklumat yang mungkin kita ketahui. Rapatkan diri dengan guru dan bertanyalah apa yang tidak difahami. Dekatkan diri dengan Allah dan tunaikan kewajipan bagi menjana ketenangan jiwa di dalam menghadapi peperiksaan dan sentiasa berdoa untuk mendapat hidayah dan ketenangan dan kemudahan di dalam belajar dan menghadapi peperiksaan.


Sekian.

No comments:

Post a Comment