May 31, 2012

Bangi Akan Mendapat Dewan Konvensyen Sendiri ?

MPKj, 09 Rejab 1433 = 30 Mei 2012 (Rabu):

Adun Bangi menghadiri Mesyuarat Penuh MPKj pagi ini. Dalam Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kemasyarakatan terdapat kenyataan bahawa Karnival 1001 Rasa Sate Kajang akan diadakan pada 7 hingga 9 September 2012 sebagai acara tahunan. Walau bagaimana tarikh ini perlu kepada semakan Tourism Selangor.

Adun Bangi memuji dan menyokong cadangan mengadakan Karnival 1001 Rasa Sate Kajang sebagai mengekal bahkan meningkatkan imej Kajang sebagai `Bandar Sate` yang dapat menarik pelancong dan pengunjung datang ke Kajang bagi menikmati Sate Kajang. Walau bagaimana Adun menyatakan kekesalan, sebagai Pengerusi PADAT Adun pernah melawat Gelari Sate Kajang, di Jalan Kelab berhampiran Dewan Orang Ramai Kajang (Dewan Perbandaran MPKj) pada 5 Mei 2012 dan dapati Gelari sunyi dari pengunjung. Dari Buku Lawatan didapati pelawat bagi (Tahun 2012) Januari 4 orang, Februari 8 orang, Mac 28 orang dan April 44 orang. Adun bertanya mengapakah tidak diadakan kegiatan mempromosi sate dan menarik kehadiran pengunjung, supaya gelari menjadi ceria dan meriah ?

Dari Laporan yang Adun baca terdapat maklumat oleh kerana Dewan Perbandaran MPKj yang tidak jauh dari Gelari Sate merupakan laluan MRT (Mass Rapid Transit) dari Sungai Buluh – Kajang bakal dibina, maka bangunan Dewan Perbandaran MPKj akan diruntuhkan bagi memberi laluan kepada MRT. Maka pampasan pengambilan tanah akan diguna bagi membina bangunan baru Dewan Perbandaran Kajang yang akan dibina kembali di atas tapak Gelari Sate Kajang sekarang. Ini bererti bangunan Gelari berkenaan akan diruntuhkan dan mungkin akan dibina kembali sekitar Dataran Kajang (Padang Sukan).

Adun menambahkan soalan dan cadangan bahawa, kita di Bandar Baru Bangi amat memerlukan sebuah Dewan Persidangan dan Serbaguna bagi Kegiatan Ilmiah dan Kemasyarakatan. Perkara ini Adun pernah timbulkan di dalam Dewan Negeri Selangor di dalam ucapan, pertanyaan lisan dan tulisan dan pihak Pegawai Daerah Hulu Langat pernah menimbulkan perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Dato` Menteri Besar Selangor semasa lawatannya ke Pejabat Daerah pada awal 2012. Terakhir permohonan juga dibuat melalui peruntukan Selangorku, tetapi sehingga kini tiada respond positif. Adun cadangkan dengan pampasan yang diberi oleh GAMUDA – Syarikat yang membina Laluan MRT, pihak MPKj wajar mencari tapak baru bagi pembinaan Dewan Perbandaran MPKj yang boleh diguna oleh penduduk Kajang dan juga Bangi, tempatnya mungkin di Jalan Reko, Kajang atau antara Sungai Ramal Luar dan Dalam atau tempat lain yang mempunyai kawasan yang selesa, khususnya untuk parking. Adun berpendapat masalah yang dihadapi oleh Gelari Sate Kajang, bukan kerana terpencil, kerana ianya berdekatan dengan gerai-gerai Sate Kajang. Sebenarnya kemalapan Gelari oleh kerana kelemahan pentadbiran yang tidak berusaha mengadakan kegiatan dan publisiti. Jika gelari ini dimusnah dan dibina di tempat lain dan di atas tapaknya didirikan Dewan MPKj, maka berlaku pembaziran dan bangunan Dewan MPKj juga tidak dapat lari dari masalah kekurangan tempat parking. Lebih-lebih lagi tidak selesa kerana Dewan MPKj ini berada di tepi laluan MRT.

Jawapan yang diberi oleh YDP, bahawa sebuah Dewan MPKj yang baru memang akan dibina yang lokasinya sekitar Gelari Sate. Tapi kita harap tidak sampai diroboh Gelari Sate yang relatifnya baru dibina dan dapat dielak dari membazir.

Namun bagi Bandar Baru Bangi, dimaklumi akan didirikan sebuah Dewan Konvensyen dan Serbaguna bertempat di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, bersebelahan dengan Galaxy Futsal. Tanah bersebelahan ini adalah tanah rekreasi – Kini diguna bagi permainan `Pin Ball``. Bagi diguna untuk Dewan, maka permohonan tukar syarat perlu dilakukan. Mungkin memakan masa. Difahamkan pembinaan diswastakan dan pihak Pemaju yang menanam modal akan mengambil bayaran sewa sehingga mendapat pulangan modal yang di Tanam dalam tempoh tertentu. Kemudian setelah selesai hutang, maka bangunan yang dibina akan diserahkan kepada Kerajaan.

Sementara itu sebelum ini tuntutan bagi mendirikan Dewan Konvensyen dan Serbaguna ialah dibuat terhadap PKNS agar menggunakan sebahagian dari tanah kosong di tepi Tasik Cempaka bagi mendirikan dewan berkenaan. Tempat di sini dianggap lebih strategic. Apakah PKNS akan membina Dewan yang dituntut ini di tepi Tasik Cempaka dan MPKj membina di Seksyen 15 ataukah tuntutan-tuntutan tinggal tuntutan dan penduduk Bandar Baru Bangi menunggu tanpa kepastian?

Sekian.

May 30, 2012

Motif & Imej Seni Bina-Tampak-Hias Sebagai Falsafah Seni Selangor

Muzium Sultan Alam Shah, 07 Rejab 1433 = 28 Mei 2012 (Isnin):

Selaku Pengerusi PADAT petang ini Adun mempengerusikan AJK Membaikpulih & Pengkemasan dinding bangunan Muzium Sultan Alam Shah yang bertampal mosaic kecil yang rosak dan tanggal setelah berusia 23 tahun. AJK yang hadir terdiri dari Pegawai dan kakitangan PADAT. Para jemputan dari Jurutera MBSA, Pegawai JKR Selangor, PP UPEN serta dua dari UAC Berhad.

Ada dua cadangan bagi membaikpulih dinding muzium rosak itu. Pendapat pertama mau membaikpulih dinding seluas 2,000 meter persegi itu dengan menggunakan bahan alluminium. Namun dimaklumkan penggunaan bahan alluminium lekas luntur dan rosak sebagaimana digunakan oleh beberapa bangunan berdekatan.

Photobucket

Kedua adalah cadangan menggunakan fibre cement boards yang ringan dan boleh diwarnakan dengan warna kesukaan, termasuk warna yang kelihatan seperti papan kayu.

Photobucket

Walau apa pun Adun menarik perhatian yang hadir untuk memberi perhatian terhadap nilai estetika dan keharmonian dengan bangunan kelilingan.Adalah difahamkan penampalan mozek pada 1980an didinding itu dianggap bahan terkini pada masa itu, tetapi tidak memberi perhatian terhadap nilai estetika.

Adun menekankan, sebenarnya telah wujud kesedaran estetika tentang motif dan imej seni bina, seni tampak dan seni hias bagi negeri Selangor, tetapi mungkin kurang disedari masyarakat, tidak diwar-war dan dipopular dan diguna-pakai secara luas.


Motif dan imej berkenaan ialah satu contoh assimilasi Motif & Imej Tempatan yang boleh ditingkatkan kepada unsur Islam dan juga unsur moden. Kita mengambil contoh dari bangunan muzium dan anjung bangunan Dewan MBSA yang mengambil unsur seni bina tradisional tempatan dan Bugis.


Image

Perhatikan pada tulang rangka bumbung bagi atap yang bahagian atas (tunjuk langit) mengambil bentuk ` V ` secara tengadah dan bahagian bawahnya juga mengambil bentuk `V` makin membesar secara telungkup. Bentuk `V` secara tengadah dan telungkup juga dilebarkan ke kanan dan ke kiri hingga membentuk bulatan sempurna yang terdiri dari bentuk `V` tengadah dan telungkup.

Seni Bina-Tampak-Hias Tempatan-Islam –Moden Sebagai Falsafah Seni Selangor

Bentuk `V` penunjuk langit pada bangunan atau perahu layar Bugis bagi tujuan sebagai `Pemecah Angin` dapat ditafsirkan sebagaimana berikut:

Bentuk `V` di atas dan `V` di bawah adalah bentuk rehal sebagai tempat meletak kitab Suci Al-Qur`an bagi membaca Al-Qur`an. Ianya juga melambangkan orientasi pendidikan keislaman yang dilalui oleh anak-anak dan masyarakat Islam.

Ianya juga melambangkan akidah dan perlembagaan yang dipegang, didukung dan diamalkan oleh masyarakat Islam.

Bentuk `V` telungkup melambangkan khudu`, tawadu`, kehambaan dan kepatuhan terhadap `Yang Maha Asa Dan Maha Tinggi`. Dialah Yang Memberi.Perlindungan dan Pertolongan. Manakala `V` tengadah ke atas sebagai `Menadah Rahmat` dari Yang Maha Esa Yang Bersifat Rahman dan Rahim terhadap hamba dan makhluk.
Garis pada `V` yang bersambung yang bersifat tinggi dan rendah serta berkelok-kelok mencerminkan sifat alam dan manusia ada yang tinggi dan ada yang rendah kedudukan, tetapi sama di bawah rahmat Allah.
Bulatan yang bersambung dari `V` tengadah dan telungkup yang menyempurna kan satu bulatan mencerminkan sifat kesempurnaan yang kesempurnaan adalah kembali kepada Allah.
Bentuk `V` dalam tulisan roman bermaksud `Lima` (Panca – Sanskrit) dan tulisan Arab bermaksud `Tujuh`. Kedua-dua angka ini mempunyai significant yang murni dan kudus. Misalnya Lima merujuk kepada Rukun Islam yang lima dan `Tujuh` merujuk kepada jumlah Hari dalam seminggu, Tujuh Petala Langit, Tujuh Petala Bumi` dan sebagainya.
Dari falsafah Seni yang luhur ini patut diguna, dikembang dan dipopularkan di tengah masyarakat sebagai identiti yang unggul dan anggun bagi negeri Selangor. Sebab itu motif dan imej seni `V` ini dipopular dan digunakan:.

Motif dan Imej bagi seni bina Selangor yang digunakan secara artistic sama ada dalam bentuk di atas, melintang, menegak, bersambung, berombak, bulat, bujur, empat segi bujur dan sebagainya. Ini termasuk penggunaannya pada dinding Muzium Sultan Alam Shah yang sesuai digunakan secara bersambung, berombak, bulat, bujur, zigzag dan sebagainya.
Sesuai digunakan sebagai hiasan artistic bagi mohor, cop, sijil, warqah, logo, papan tanda dan sebagainya. Contoh sebagaimana digunakan pada Mohor Padat secara artistic dan menarik. Di dalamnya terdapat motif Bunga Tanjung dan bentuk `V` yang membentuk Hati – berjumlah sembilan yang mencerminkan sembilan daerah Negeri Selangor.

Menjadi motif bagi jahitan, tenunan, sulaman, tampalan, telepuk, tekap dan sebagainya.
Bentuk V dan variasi artistic darinya, walaupun pada asalnya diguna pada atas atap/sutuh bangunan, motif dan imej ini boleh digunakan pada bahagian lain dengan teknik tampal, catan, murel painting dan sebagainya. Dalam kata lain bangunan yang sedia ada tidak menggunakan motif dan imej Selangor boleh digunakan bagi meningkatkan daya estetik pada ruangan yang sesuai.

Walaupun untuk mendapat variasi artistic berasaskan bentuk `V`ini terpulang kepada kreativiti pencipta, tetapi wajar dipertandingkan secara terbuka bagi mereka yang mempunyai daya kreativiti mengambil bahagian dengan tawaran hadiah yang lumayan. Hasilnya seharusnya menarik dan semua pihak suka menggunakannya.

Kembali kepada penggunaan bahan untuk dinding Muzium Sultan Alam Shah, antaranya menggunakan Fibre Cement Boards seharusnya mendapat keselarasan dari pihak MBSA, kerana pihak MBSA sendiri menghadapi masalah yang sama dari segi keperluan membaikpulih bangunan seperti Muzium Sultan Alam Shah.

Sekian.

May 29, 2012

Memperkasakan Muzium: Cabaran Dan Harapan

Shah Alam, 07 Rejab 1433 = 28 Mei 2012 (Isnin):

Minggu Sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat Negeri Selangor 22 -26 Mei 2012 telah berlalu. Sambutan diisi dengan Perasmian, Seminar Pemerkasaan Muzium, Pelancaran Sahabat Muzium, Program Pendidikan Muzium, Forum Perdana dan Kembara Muziumku Warisanku 2012.

Photobucket

Daripada semua program di atas, maka Seminar Pemerkasaan Muzium: Cabaran & Harapan adalah paling berat. Oleh kerana beratnya, maka untuk memperkatakannya perlu kepada penelitian yang lebih mendalam.

Photobucket

Namun dilihat kepada kandungan kertaskerja-kertaskerja berkenaan seolah-olah bersetuju dengan pendapat YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor yang menyatakan pada Hari Perasmian sehari sebelumnya - 22 Mei, 2012 (selasa) bahawa,

``Permuziuman di Negara Kita belum sampai peringkat matang.``

Adun sendiri dalam ucapan alu-aluan menyebut tentang kekurangan bahan pameran di muzium kita berbanding dengan muzium yang telah established seperti di Turkey, Mesir, Cina dan sebagainya. Tetapi usaha pencarian, penyelidikan, kajian dan kreativiti dalam menampilkan artifek yang ditemui secara interaktif seharusnya berterusan.

Bagi memenuhi hasrat Memperkasakan Muzium: Cabaran Dan Harapan`` tiga tokoh telah dijemput bagi membentangkan kertas kerja masing-masing, iaitu:

1) Dunia Muziologi: Realiti Dan Impian oleh saudara Md. Redzuan Bin Tumin Ahli Lembaga PADAT

2) Transformasi Muzium oleh Dato` Paiman Bin Keromo Pengarah Muzium Diraja Abu Bakar, Johor Darul Takzim

3) Cabaran Institusi Permuziuman Pada Masa Kini oleh Prof. Dato` Dr Jayles Yeoh Pakar yang melibatkan diri dalam bidang Pendidikan Antarabangsa sejak 30 tahun. Antaranya Mantan Profesor di Lim Kok Wing University.

Saudara Ridzuan menggalurkan dalam kertas kerjanya sejarah permuziuman di Negara ini yang bermula di Taiping (1883) selepas kedatangan British ke Negara ini. Perkembangan permuziuman di Negara ini berkembang selepas kemerdekaan , terutama selepas tertubuhnya Muzium Negara yang mula beroperasi pada 31 Ogos 1963. Muzium ini dibina di atas tapak Muzium Selangor yang musnah terkena bom kapal terbang B 26 dalam perang Dunia Kedua. Antara tokoh muzium terkenal yang mengembangkan Muzium Negara ialah Tan Sri Mubin Sheppard. Hingga kini terdapat 200 muzium di negara ini dengan tenaga kerja 1,000 orang. Muzium sebagai institusi yang memulihara artifek dan segala warisan nilai dan budaya berfungsi:

  • Pengurusan berpandukan falsafah dan perjalanan muzium sebagai pusat pembelajaran dan pendidikan
  • Kuratorial dan professionalisme di muzium
  • Pengurusan koleksi
  • Rekabentuk pameran dan pameran muzium
  • Konservasi dan preservasi
  • Pemasaran, publisiti dan program pengembangan
  • Penyelidikan dan pembangunan muzium
  • Muzium dan pendidikan
  • Muzium dan teknologi komunikasi dan maklumat.

Saudara Redzuan berpendapat, ``Dunia muziology di Malaysia masih terbatas di kalangan institusi muzium sahaja dan masih dianggap asing di peringkat institusi-institusi Pengajian Tinggi tempatan.. Dalam pada itu tahap profesionalismenya juga sukar diukur kerana setiap muzium bergerak bersendirian di bawah bidang kuasa stakeholder masing-masing tanpa kawalan khusus daripada agensi-agensi pusat.``

Photobucket

Antara cabaran yang dihadapi muzium kini ialah:

  • Masalah mendapatkan dana mencukupi di dalam mentadbir dan memasyarakatkannya
  • Perubahan iklim politik yang pemerintahnya tidak berminat dan tidak peka tentang kepentingan muzium.
  • Perlu bersedia menghadapi kegawatan dengan menjana dana sendiri
  • Sekatan dan tiada insentif menyebabkan Kurator dan professional meninggalkan muzium ke peluang tawaran yang lebih baik.

Dato` Paiman menimbulkan dalam permulaan kertas kerjanya menyatakan, ``Meskipun sejarah permuziuman di Malaysia telah tua (1886), namun masih belum mencapai kematangan.Masih konvensional, kaku dan tidak dapat menarik ramai pengunjung.`` Tambahnya, ``Koleksinya masih bersifat umum, bahkan Muzium Negara sendiri tidak banyak koleksi yang mencerminkan sejarah dan budaya Negara ini.``

Photobucket

Tambah Dato` Paiman, ``Muzium mempunyai banyak produk, tetapi tidak diberi huraian dan tafsiran oleh penyelidik-penyelidik dan bahan-bahan tidak banyak memberi manfaat.` Menurutnya, ``Pemuliharaan bahan-bahan tidak dilakukan dengan betul, menyebabkan berlaku kerosakan dan pencemaran.`` Pihak muzium menurutnya, ``Gagal mentransformkan bahan-bahan sebagai wadah ilmu dan gagal memenuhi hasrat menjadikan sejarah sebagai mata pelajaran wajib.``

Yang Berbahagia Prof. Dato` Dr. Jayles Yeoh dalam membicarakan tentang, ``Cabaran Institusi Permuziuman Pada Masa Kini, menyarankan agar menjadikan orang ramai berminat dan bercakap tentang muzium, hendaklah berusaha menjadikan muzium sebagai satu institusi yang menarik minat masyarakat dan muzium menjadi destinasi kunjungan. Mereka sengaja memperuntukkan masa bagi mengunjungi muzium. Dengan koleksi, persembahan dan daya tarikan di muzium menjadikannya sebagai institusi yang lazim dikunjungi dan mengunjunginya dianggap sebagai kegiatan intelektual yang mencerminkan peradaban dan tamadun kemanusiaan.

Profesor Dr. Jayles juga mencadangkan, muzium perlu diwar-warkan sebagai milik masyarakat. Sebagai milik bersama, maka setiap orang berhak, bahkan dialu-alukan memberi pandangan, bahkan menjadi sebahagian dari tenaga yang sanggup memberi khidmat sukarela.

Menurut Profesor Dr. Jayles, sekatan terhadap orang ramai selama ini daripada mengambil gambar-gambar artifek adalah kurang tepat. Mereka patut dibenarkan mengambil gambar. Dengan penyebaran gambar, sebagai penyebaran maklumat yang dapat menarik pengunjung-pengunjung datang ke muzium.

Cadanga terakhir dari Profesor Dr. Jayles, bahawa Muzium hendaklah menganjurkan pertandingan dan peraduan yang dapat menarik pengunjung datang ke Muzium.

Jadi masih banyak ruang, cabaran dan usaha bagi meningkatkan kualiti dan prestasi muzium. Bagi memperkasakan Muzium hendaklah:

  • Melengkapkan modal insan dengan keilmuan dan kepakaran yang berhubung dengan permuziuman, termasuk membuat ijazah lanjutan dan pendedahan dengan kursus-kursus dan wacana-wacana ilmiah.
  • Melengkapkan muzium dengan koleksi artifak dan bahan-bahan yang memprojekkan imej positif muzium dan mempunyai identiti tersendiri..
  • Memberi insentif dan pulangan yang sesuai, terutama bagi pekerja-pekerja yang dedikasi, inovasi dan kreatif yang menaikkan imej muzium.
  • Memberi keutamaan kepada penyelidikan dan memperuntukkan dana khas bagi penyelidikan.
  • Mengadakan kerjasama seperti dengan universiti-universiti yang menganjurkan kursus permuziuman agar dapat bertukar-tukar kepakaran dan kerjasama dalam penyelidikan.
  • Mengadakan pameran dengan tema-tema menarik dan menghebahkan melalui media letronak dan media cetak.
  • Mengadakan seminar dan wacana ilmiah yang berhubung dengan permuziuman.
  • Mengeluarkan buku dan jurnal yang memuatkan maklumat berhubung dengan research yang dilakukan
  • Memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh dan mereka yang berjasa di dalam bidang peradaban dan kemanusiaan.
  • Menyediakan dana yang mencukupi bagi perkembangan muzium.

Sekian.

May 28, 2012

Apartment Kayangan Adakan Hari Keluarga: Adun & Ahli Parlimen Sampaikan Bantuan

Kajang Utama, 06 Rejab 1433 = 27 Mei 2012 (Ahad):

Photobucket

Persatuan Penduduk Apartment Kayangan mengadakan Hari Keluarga bertempat di padang di tengah kawasan perumahan apartment tersebut. Hadir bersama Hari Keluarga ini ialah Adun Bangi YB Dr. Shafie Abu Bakar, YB. Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, saudara Wan Salahuddin selaku Penasihat Program Hari Keluarga, saudara Shukri selaku Pengarah program, saudara Abu Bakar Alias selaku juruacara, ibu bapa, anak-anak dan para jemputan.

Photobucket

Hari Keluarga yang dihadiri lebih dari 200 orang itu bermula dengan ucapan dari YB Teo Nie Ching yang mengucap terima kasih di atas jemputan yang dibuat terhadapnya. Beliau bergembira bersama dengan masyarakat setempat. Beliau memaklumkan kepada ibu bapa yang hadir tentang skim-skim yang telah disediakan kepada rakyat negeri Selangor. Beliau berharap kemudahan yang ditawarkan diambil manfaat oleh penduduk setempat. Beliau juga menggesa kepada yang belum mendaftar bagi Skim warga emas dan berumur 60 tahun diharap sama-sama mendaftar dan kaunter disediakan pada hari ini. Bagi yang belum mendaftar mengundi diharap juga mendaftar dan mengundi di Bangi.

Photobucket

Adun Bangi mengucapkan tahniah kepada AJK yang diketuai saudara Shukri yang berjaya mengadakan Hari Keluarga pada hari ini. Adun memaklumkan selain dari skim-skim yang disediakan kepada rakyat negeri Selangor sebagaimana disebut YB Teo, Adun memaklumkan juga bahawa daripada peruntukan Selangorku, bahawa peruntukan dikeluarkan bagi membaiki jalan-jalan raya di beberapa jalan di Kajang Utama., manakala dari peruntukan Selangorku juga baru-baru ini pihak Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan bagi dua lokasi bagi membina padang futsal. Dua tempat menjadi pilihan, setelah mempunyai tapak, iaitu satu di Kajang Utama ini sendiri, iaitu satu padang futsal dan medan tumpuan orang-orang muda. Sebuah lagi di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Tetapi kelulusan di tempat ini lebih merupakan penaikan taraf dari padang futsal yang lama.

Photobucket

Selepas daripada ucapan Adun Bangi bersama YB Teo menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal dan mereka yang uzur. Bantuan untuk seramai 15 orang.

Sementara itu pihak pengurusan meneruskan kegiatan Hari Keluarga. Iaitu kegiatan sukan yang melibatkan anak-anak dan juga orang dewasa. Antaranya:

Rebut Gula-Gula bagi anak-anak, Bawa Rim Basikal (Dewasa lelaki), Makan Tembikai (Remaja lelaki), Lari Kepit Bola Plastik (Kanak-kanak), Skirt Gergasi (Perempuan), Lari Dalam Gelong Rotan (Remaja), Bawa Bola Pimpong Dalam Sudu (Kanak-kanak), Lari Ikat Kaki (Dewasa), Lari Tapak Kaki Kura-Kura (Kanak-kanak Lelaki), Isi Air Dalam Botol (Kanak-kanak), Rebut Selipar (Kanak-kanak), Kerusi Beracun (Khas Untuk Urusetia), Turut diadakan cabutan no. bertuah.

Photobucket

Terdapat beberapa orang dewasa yang uzur yang tidak dapat turun ke padang. Adun Bangi bersama YB Teo Nie Ching dan pengiring-pengiring pergi ke rumah-rumah bagi memyampakan bantuan dan penghargaan. Mereka yang kami ziarah ialah:Haji Abu Bakar bin Muhammad (Stroke), Encik Hamzah Ahmad (Stroke), Rohani Tajuddin (Ibu Tunggal) dan Sapura bt. Ahmad (Ditinggal Suami) bersama dengan 5 anak).

Sekian.

May 27, 2012

Ke Shah Alam Bersama Di Kompleks Belia

Singgah Di PADAT Melihat Pertandingan
Kami datang semarakkan jiwa pemuda
Mengukuh semangat mengharap kemenangan

Shah Alam, 05 Rejab 1433 = 26 Mei 2012 (Sabtu):

Pagi ini Adun bersama saudara Azizi bertolak ke Shah Alam dengan tujuan untuk sama menyertai Himpunan dan Konvensyen Belia negeri Selangor bertempat di Kompleks Belia, Seksyen 7, Shah Alam.

Photobucket

Oleh kerana pada hari ini hari terakhir sambutan Hari Muzium Antarabangsa, pada peringkat negeri Selangor dan ada program `Kemabara Muziumku Warisanku 2012` program terakhir diadakan di pekarangan Muzium dan dilancarkan oleh salah seorang Ahli Lembaga Muzium, maka Adun mencadangkan kepada saudara Azizi untuk singgah melihat Konvoi Kembara berlepas. Ketibaan Adun jam 9.00 berkesempatan menyaksikan peserta-peserta berlepas yang disaksikan oleh Puan Azlinda Azman Ketua Executive Padat dan pegawai-pegawai PADAT. Adalah difahamkan 35 kenderaan menyertai kembara yang setiap kenderaan 4 orang sebagai satu pasukan.

Photobucket

Pasukan kembara ini melakukan aktiviti mencari harta karun yang bercirikan warisan budaya setempat. Program melibatkan laluan tiga buah daerah, iaitu Petaling, Kelang dan Kuala Langat. Program bermula dari Muzium Sultan Alam Shah dan berakhir di muzium pada sebelah petangnya. Kiraan kemenangan bukan dengan cepat sampai kembali ke muzium, tetapi bergantung kepada penyelesaian persoalan yang dikemukakan kepada pasukan dan atas kerja berpasukan. Pasukan dilepas secara berperingkat. Mereka tidak dapat berlepas selagi persoalan awal dikemukan kepada mereka tidak diselesaikan. Pasukan diiring oleh pasuka keselamatan dari Polis dan tenaga dari Muzium. Hakim penilai juga menyertai mereka untuk menilai.

Selepas menyertai pelepasan Konvoi Kembara, kami bertolak ke Kompleks Belia di Seksyen 7, Shah Alam. Majlis Himpunan dan Konvensyen disertai sama oleh YBDr. Ahmad Yunus Hairi Pengerusi Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, YB Tuan Dr. Haji Yaakob Sapari Pengerusi Jwatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan yang mewakili YAB Dato` Menteri Besar Selangor, saudari Jennice Lee Pembantu Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan dan Dato` Maidin Sharif Pengarah Inspens..

Majlis diisi dengan ucapan-ucapan bermula dengan ucapan dari Dr. Ahmad Yunus yang menyebut bahawa lebih dari juta rakyat Malaysia adalah belia, mereka adalah penentu masa depan dan perlu bergerak dan mengatur langkah dari sekarang. Selangor Negeri Maju amat memerlukan pengisian dan kepimpinan dari remaja kini. Mereka hendaklah meningkatkan prestasi masing-masing di dalam berbagai bidang, Perhimpunan dan konvensyen hari ini mau mendengar pendapat dan merumuskan resolusi dari berbagai pandangan.

Photobucket

YB Dr. Haji Yaakob, menggesa belia memasang cita-cita yang seharusnya masing-masing berusaha merealisasikan cita-cita masing-masing. Selangor menyediakan peluang dan memberi kebebasan kepada kalangan belia menyatakan pendapat masing-masing. Kita tidak menyekat kebebasan bersuara, tidak sebagaimana di kampus yang menghalang warganya dari bersuara dan tidak boleh menulis artikal tanpa kebenaran. Ini sesungguhnya menghalang dan mematikan daya kreativiti pelajar. Sekarang kita memberi peluang kepimpinan kepada orang muda mengasah bakat mereka. Misalnya melalui PBT yang mereka dilantik atau langsung menerusi parti yang mereka libatkan. Beliau berterima kasih kepada belia yang turut dalam perhimpunan Bersih yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan lepas. Sebagai kesan Kerajaan BN hilang kewarasan menghadapinya dan kesan daripadanya. Beliau berharap golongan belia berada di saf hadapan di dalam menegakkan kebebasan, ketelusan dan keadilan dan mempertahankan negeri Selangor dengan pemerintahan kini yang jauh lebih baik dari penmerintahan UMNO-BN sebelumnya.

Photobucket

Majlis selepas itu diisi dengan ucapan-ucapan perwakilanm dari belia dan pada akhir dialog diadakan dengan Tuan Haji Mat Sabu pada sebelah petangnya.

Sekian.

May 26, 2012

Pesta Buku & Hari Ilmu Selangor 2012: Menjana Idea Bernas

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, 03 Rejab 1433 = 24 Mei 2012 (Ahad):

Adun dijemput oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) untuk hadir ke Mesyuarat Jawatakuasa Induk Pelaksanaan Pesta Buku Negeri Selangor Dan Hari Ilmu 2012 - Bil 1/2012. Hadir sama dijemput Penerbit-penerbit Buku, TV Hijrah, TV Selangor, Radio IKIM, Yayasan Selangor dan orang perseorangan seperti Pak Shukor Harun, Sdr. Dinsman, Sdr. Uthaya, Pak Mansur, Hj.Mohd Ruhaizal, Dato` Maidin dan ramai lagi.

Photobucket

Pengarah PPAS – Puan Mastura Mohammad menjelaskan jemputan ialah untuk mendapat pandangan berhubung dengan cadangan Pesta Buku Selangor 2012 yang dicadangkan mulai dari 29 Jun – 9 Julai 2012, manakala bagi Hari Ilmu akan ditentukan kemudian. Lokasi bagi Pesta Buku 2012 ialah di Pusat Konvensyen, (SACC) yang setiap hari berlangsung dari jam 10.00 hingga 9.00 malam. Jika pada tahun 2011 pempamer 75 maka pada tahun ini berjumlah 73, jika jumlah Booth pada 2011 sejumlah 155 buah, maka pada tahun 2012 ialah 163 booth (154 sudah terjual) dan jika pada 2011 pengunjung berjumlah 353,350 pengunjung, maka target pada tahun 2012 sebanyak 450,000 pengunjung.

Puan Mastura menambah pada tahun ini akan ditambah tempat rehat bagi pengunjung-pengunjung untuk mengelak mereka dari letih dan penat. Begitu juga diperbanyakkan tempat jualan minuman dan makanan secara santai. Perasmian dilakukan di luar, bukan di dalam bangunan agar orang ramai dapat melihat dari luar dan tidak bersifat tertutup.

Photobucket

Selepas taklimat disampaikan oleh Puan Mastura, majlis dibuka bagi menjana idea untuk menjadikan Pameran Buku dan Hari Ilmu tahun 2012 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. (Pesta buku tahun 2012 adalah kali ke 7, tetapi mengambil lokasi di SACC adalah kali kedua, manakala Hari Ilmu ialah Ke 3).

Adun Bangi terawal bercakap mencadangkan, ``Pengunjung datang untuk membeli buku, tetapi mereka tidak tau kandungan, adalah lebih baik dipaparkan pada skrin secara berulang, synopsis ringkas buku-buku bermutu terpilih bagi panduan pengunjung memilih untuk membeli buku bermutu. Mungkin juga panduan boleh diterbit dalam bentuk risalah. Wajar juga diadakan wacana review atau kritik buku dalam dewan berkenaan. Para intelektual mungkin berminat mengikutinya.``

Berhubung dengan Hari Ilmu, selain meminta peserta mengambil masa membaca dalam waktu tertentu, perlu diambil maklum buku adalah hasil penulisan penulis-penulisnya, bagi memvariasikan pendekatan Hari Ilmu, wajar dipilih sekelompok mereka yang minat menulis dengan mengadakan slot ``Expressi Kreatif` dan `Expressi minda` yang dipersembahkan di dalam majlis kepada khalayak yang datang. Tentu ini sesuatu yang menarik pengunjung dan mungkin mereka juga ingin melibatkan diri. Sediakan sedikit hadiah sebagai menghargai keterlibatan mereka. Sebaik-baiknya hadiah buku. Adun juga membuat cadangan agar diadakan cabutan bertuah setiap hari dengan galakan hadiah I – Pad dan sebagainya. Hadiah juga wajar diberi kepada jumlah yang hadir. Misalnya ke 1,000, 10,000, 50,000, 100,000, 200,000, 500,000 dengan hadiah-hadiah yang menarik. Publisiti hendaklah dilakukan seluas mungkin.

Encik Mansur selaku Pengerusi PIBG, mahu jemputan dibuat kepada Sekolah-sekolah termasuk melalui Pengerusi PIBG. Maklumat juga disampaikan melalui masjid-surau dan melalui hari Jumaat.

Encik Kamal Penerbit Buku Syarikat Al-Hidayah, menyebut penerbit selalui tidak dihargai dan terpaksa bekerja sendiri untuk pablisiti. Sebagai menghargai penerbit beliau mencadangkan diadakan Penghargaan Hadiah Buku, misalnya Buku Terbaik, Design Terbaik, Terjemahan Terbaik dan sebagainya.

Seorang peserta mencadangkan Pesta Buku ini, jangan hanya menarik pengunjung dari satu kaum saja – hanya Melayu, tetapi biarlah berbagai kaum.

Puan Mastura memberi respond, bahawa kita tidak hanya mempamerkan buku dalam satu bahasa sahaja, tetapi melibatkan bahasa Melayu, English, Cina, Tamil, Arab (Agama) dan lain-lain. Menurut beliau kesederan juga timbul di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini yang sebelum ini lebih bersifat satu bahasa sahaja. Kini di perpustakaan buku-buku adalah: 50 % berbahasa Melayu, 35% English, 5% Cina, 5% India dan 5% Arab.

Pak Shukor Harun mencadangkan agar diadakan slot dialog setiap hari bagi menggalakkan masyarakat berfikir termasuk uji minda, soalan cepu mas dan sebagainya dengan disediakan hadiah yang menarik, termasuk buku.

Dato` Maidin Pengarah Inpend Kerajaan Selangor memuji inisiatif mengadakan Pesta Buku dan Hari Ilmu yang mencerminkan masyarakat Intelektual. Beliau menyebut masyarakat di Barat menganggap Pesta Buku dan Hari Ilmu seperti ini adalah hari yang ditunggu-tunggu. Beliau berharap penganjur dari Perpustakaan Raja Tun Uda dapat mempopular dan meningkatkan prestasi dan imej Pesta Buku Negeri dan Hari Ilmu sebagai hari-hari yang ditunggu masyarakat di Selangor untuk menghadirinya.

Sekian.

*Sempena kehadiran Adun Bangi ke Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam ini Adun menghadiahkan kepada Perpustakaan melalui Pengarahnya - Puan Mastura buku:

Photobucket

Bangi Bandar Ilmu 5 naskhah

Madu Ilmu (Buku Puisi) 2 naskhah.

May 25, 2012

Sahabat Muzium Selangor: Pelancaran

Muzium Sultan Alam Shah, 03 Rejab 1433 = 24 Mei 2012 (Khamis):

Photobucket

Salah satu acara Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor mulai 22-26 Mei 2012 ialah Pelancaran Sahabat Muzium Selangor pada Khamis 24 Mei. Sahabat Muzium diadakan bertujuan untuk merealisasikan matlamat penubuhan PADAT, iaitu mendekatkan masyarakat dengan institusi Muzium dan memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat tentang sejarah, budaya dan seni warisan negeri Selangor. Fokus Sahabat Muzium lebih kepada generasi Muda, khususnya pelajar-pelajar Sekolah.

Antara program yang dijalankan sejak pagi ialah Pertandingan Mewarna bagi anak-anak yang berumur 4 – 9 tahun. Pewarnaan dalam tempoh satu jam.

Photobucket

Kuiz Di Galeri bagi anak-anak yang berumur 10 hingga 12 tahun dan juga secara berkumpulan (2 orang) dan tempoh yang diberi adalah satu setengah jam.

Explorasi Muzium bagi pelajar-pelajar yang berumur antara 13 – 17 tahun dan secara berkumpulan (2 orang) dalam tempoh 1 jam 45 minit.

Photobucket

Semasa Adun tiba di Muzium pada jam 12.00 tengahari, Adun dapati ruang muzium hingga ke ODT begitu ramai dengan kehadiran, terutama pelajar-pelajar, guru-guru dan ibu bapa. Belum pernah Adun melihat kehadiran ke Muzium ini begitu ramai sejak menjadi Pengerusi PADAT. Adun diarak dengan upacara masuk ke ODT Muzium untuk Pelancaran Sahabat Muzium Selangor.

Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Puan Hajah Azlinda yang berterima kasih kepada pihak sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan sehingga majlis kelihatan begitu meriah. Selaku Pengerusi PADAT Adun juga berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis. Semaraknya Muzium adalah dari dokongan orang ramai. Muzium adalah merupakan institusi yang menghimpunkan maklumat sejarah, budaya dan artifek yang mencerminkan kelangsungan bangsa. Muzium adalah saudara kembar bagi perpustakaan. Perpustakaan berkomunikasi dengan khalayak melalui tulisan (buku-buku), tetapi muzium merupakan bahan langsung yang boleh ditanggapi dan diinterpretasi dan dihayati khalayak menurut persepsi dan kefahaman masing-masing. Bahan muzium bukan bahan mati, tapi hidup dengan tanggapan, kefahaman dan penghayatan. Semuanya adalah khazanah yang berharga. Berkhidmat dengan muzium adalah berkhidmat dengan ilmu dan pemuliharaan khazanah bangsa, bahkan peradaban manusia. Ianya termasuk di dalam istilah `Taman Ilmu`. Rasulullah s.a.w. menggesa umatnya, jika melalui taman ilmu singgahlah untuk menikmatinga (maksud daripada Hadith Baginda).

Photobucket

Sebagaimana kehidupan perpustakaan memerlukan dokongan ahli-ahli, maka demikian juga muzium memrlukan dokongan ahli-ahli. Maksud ahli bukan sekadar pendaftaran, tetapi sama mengambil bahagian dari segi kegiatan, sama memberi sumbangan tenaga dan fikiran, bahkan berbangga dan berusaha sama memajukan muzium yang merupakan penyimpan khazanah bangsa dan peradaban. Dalam hal inilah diadakan Majlis Pelancaran Sahabat Muzium Negeri Selangor. Saya difahamkan ramai telah mendaftar menjadi sahabat muzium dan saya harap lebih ramai lagi akan terus mendaftar. Selain dari pihak muzium mengharapkan sokongan dari ahli-ahli, tetapi juga ahli-ahli akan dapat manfaat yang disediakan bagi ahli-ahli. Insya Allah kita akan adakan berbagai kegiatan bagi faedah ahli dan bagi kemajuan muzium ini sendiri yang melibatkan ahli-ahli. Saya berharap kita sama-sama berbangga dengan muzium yang berada di tengah Shah Alam dan turut berada dihati nurani ahli.

Photobucket

Selepas dari perasmian Adun menyampaikan kad keahlian ahli dan menyampaikan hadiah berbagai-bagai peraduan yang mendapat sokongan dan tepukan penyokong-penyokong begitu meriah dan menggembirakan.

Photobucket

Sekian.

Kemungkaran: Bilakah Dibenarkan Mengubah Dengan Kekerasan ?

Kediaman Rasmi Menteri Besar, Shah Alam, 03 Rejab 1433 = 24 Mei 2012 (Khamis):

Sudah lama Kuliah Bulanan di Kediaman Rasmi Menteri Besar tidak diadakan. Kini pada malam ini kuliah berkenaan disambung kembali. Adun Bangi walaupun sejak pagi ke petang berada di Shah Alam kerana mempunyai beberapa program, tetapi selepas pulang ke Bangi 2 jam dan sempat mengadakan mesyuarat kewangan datang kembali ke Shah Alam bagi mengikuti Kuliah Bulanan di atas.

Kitab Al-Fiqh Ad-Daulah yang menjadi teks panduan dalam pengajaran itu, kali ini disampaikan oleh Ustaz Ghazali bin Omar seorang Pendakwah Bebas. Menurutnya, beliau juga pernah mengajar di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah. Secara bergurau beliau menyatakan, ``Selepas pilihanraya ke 13, lebih banyak Kediaman Menteri Besar akan mengadakan Kuliah Bulanan seperti di Kedah dan Selangor.

Tajuk yang dibicarakan pada malam ini iaitu:

Peringkat Mengubah Kemungkaran Dan Bilakah Dibenarkan Mengubahnya Dengan Kekerasan ? (Teks hlm. 185).

Photobucket

Menurut Pengacara yang mengumumkan tajuk ini (Ustaz Khairuddin) semasa teks-teks (buku Fiqh Ad-Daulah) sedang diedarkan kepada jamaah, ``Tajuk pada malam ini amat penting dan releven dengan suasana semasa.``

Perkara pertama disentuh persoalan mungkar, selepas membaca teks, Ustaz Ghazali menyebut, ``Benarkah tuduhan yang diputarbelitkan bahawa perhimpunan aman Bersih 0.3 hendak merampas kuasa ?``

Menurutnya, ``Ianya adalah satu penipuan dan kemungkaran.`` Menurutnya, ``Bersih 0.3 adalah perhimpunan dan duduk secara aman bagi membantah kemungkaran, tapi pihak anti kedamaian memprovokasi bagi tujuan mengeksploitasi, lantas tuntutan Bersih 0.3 tidak diberi fokus perhatian dan ditenggelam dengan tuduhan yang diada-adakan.

Tuntutan membasmikan kemungkaran dapat diistinbat dari Hadith Rasulullah s.a.w. riwayat Abu Sa`id al-Khudri r.a.bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

``Barangsiapa daripada kamu melihat sesuatu kemungkaran berlaku, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (Kekuasaan), maka kiranya dia tidak berkuasa hendaklah mengubahnya dengan lisannya (Perkataan), maka jika dia tidak berkuasa, maka hendaklah dia membenci dengan hati. Yang demikian adalah selemah-lemah iman (Riwayat Muslim).

Menurut Ustaz Ghazali, pada tahap kita, mampu menyebut bagi membasmi kemungkaran secara lisan, seperti melalui pengajaran seperti ini dan melalui kebencian melalui hati. Tetapi bagaimana dengan tangan (Kekuasaan). Dalam konteks Negara mengubah kekuasaan ialah dengan cara mengundi.

Dalam perbincangan lanjut keluar dari waktu kuliah secara formal, semasa di meja makan, ditimbulkan persoalan, ``Menggunakan kekuasaan melalui peti undi, tetapi bagaimana dengan pertambahan pengundi di Selangor hingga 400,000 yang diragukan ?``

Menurut YAB Dato` Menteri Besar Selangor, ``Inilah yang diuasahakan kepastian melalui Ketua-Ketua kampong, NGO dan Agensi-agensi.``

``Kita mau penyelewengan dibersih.`` katanya.

Seorang peserta menambah, ``Masalahnya apa yang diadu dibuat perubahan, tetapi kemudian dimasukkan kembali !``

Menurut YAB Dato` Menteri Besar, ``Kita sedang menghimpun data dan jika penyelewengan berterusan, kemungkinan perkara ini akan dibawa ke mahkamah.``

Kembali kepada kuliah Ustaz Ghazali sebelumnya menurutnya, bersih yang kita mau tegakkan bukan setakat pengundian, tetapi bersih dari segi hasil pendapatan.`` Kemenangan secara penipuan, maka melibatkan pemerintahan haram, makan minum Wakil yang menang haram, keluarga dan anak pinak yang ditanggung adalah haram. Pendeknya Kerajaan Haram menjadikan pihak yang mendapat hasil pendapatan dari kerajaan haram menjadi haram.``

Menurut Ustaz Ghazali, beliau tidak hairan, mengapa ada pegawai tinggi Polis yang selama ini mengetahui betapa berlakunya penipuan dan penyelewengan dalam Kerajaan BN, maka Mantan Pegawai Atasan Polis ini secara terbuka menyertai PAS. Sebagai contoh Dato` Fauzi Shaari dan beberapa pegawai Tinggi Polis yang lain.

Kita seharusnya berusaha membentuk satu masyarakat prihatin dan bersih, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah, serta kamu pula beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman. (Aali Imran: 110).

Sekian.

May 24, 2012

MOU Antara PADAT Dengan Jabatan Sejarah Universiti Malaya

Muzium Sultan Alam Shah, 02 Rejab 1433 = 23 Mei 2012 (Rabu):

Jam 3.00 petang ini perjanjian antara Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dengan Jabatan Sejarah Universiti Malaya ditandatangai oleh Puan Hajah Azlinda Binti Azman Ketua Eksekutif PADAT dan diperturun tandatangan oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar Pengerusi PADAT selaku Saksi dan Dr. Arbaiah Binti Mohd. Nor Ketua Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan ditandatangani oleh Profesor Dato` Dr. Mihammad Redzuan Othman Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya bagi pihak Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Turut hadir ke Majlis peserta-peserta dari kedua belah pihak

Photobucket

Perjanjian Persefahaman antara kedua pihak adalah dari segi kerjasama Dalam menjalankan kerja-kerja Ekskavasi Arkeologi, Penyelidikan Sejarah dan Budaya Negeri Selangor bertempat di Jugra, Kuala Langat serta pertukaran bahan dan maklumat berkaitan negeri Selangor antara PADAT dengan Universiti Malaya.

Berucap bagi pihak PADAT selepas menandatangai perjanjian ialah YB Dr. Shafie Abu Bakar selaku Pengerusi PADAT. Menurut Pengerusi Padat itu, ``Pada bulan Jun ini seramai 20 oramng pelajar Universiti Malaya akan terlibat dengan pihak PADAT dalam menjalankan kerja-kerja Arkeologi di Jugra, Kuala Langat.`` Menurutnya,

``Usahasama seperti ini sangat penting bagi pihak PADAT dan Universiti Malaya untuk menggerakkan penyelidikan serta bertukar maklumat dan kemahiran yang mana akhirnya akan dapat menghasilkan penemuan penyelidikan yang baik.`` Tambah Pengerusi PADAT,

``Usahasama seperti ini juga sebenarnya satu yang tidak asing lagi dalam bidang penyelidikan dan perkongsian maklumat yang akan membantu memantapkan lagi hasil penyelidikan yang dijalankan.``

Kerjasama ini ialah untuk tempoh selama 5 tahun dan keputusan untuk melanjutkan tempoh tersebut akan dinilai oleh Jawatankuasa Kerjasama Penyelarasan kedua-dua pihak. Dalam tempoh lima tahun ini, Jabatan Sejarah Universiti Malaya akan menyediakan pelajar-pelajar bagi menjalankan kerja ekskavasi Arkeologi dan menyediakan tenaga pakar dalam bidang arkeologi sejarah dan Budaya.

Dipihak PADAT pula akan menyediakan kemudahan logistic, pembayaran honourarium serta penyediaan tapak Ekskavasi Arkeologi.

Photobucket

Menurut Pengerusi PADAT lagi,``Perjanjian Persefahaman ini diharapkan dapat menjadi garis panduan untuk PADAT dan Universiti Malaya dalam usaha pelaksanaan penyelidikan secara berterusan dan efektif. Usahasama ini diharapkan dapat diteruskan lagi dan diperluaskan skopnya.

Bagi pihak Universiti Malaya Prof. Dato` Dr Mohammad Redzuan Othman Dekan Fakulti Sastera Dan Sains Sosial mewakili Jabatan Sejarah berucap,

``Perjanjian ini adalah perkara istimewa kerana menggalakkan kerjasama bagi menjalankan penyelidikan dan penerbitan antara Muzium Sultan Alam Shah dan Universiti Malaya. Kerja-kerja arkiologi ini amat penting bagi membuktikan kebenaran dan jati diri secara ilmiah. Bagi pihak Universiti Malaya sukacita dapat kerjasama ibarat kata pepatah, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Kerjasama akan memberi manfaat kepada PADAT dan Universiti Malaya. Kerjasama ini akan mendedahkan kepada pelajar-pelajar Sejarah, khususnya Arkeologi Universiti Malaya kepada kerja lapangan secara praktikal. Ini menambahkan kefahaman mereka dari apa yang mereka terima di dalam bilik kuliah secara teori. Bagi pelajar-pelajar yang terlibat, maka mereka dapat mengisi masa cuti penggal mereka dengan kerja-kerja yang berfaedah dan berhubung langsung dengan kursus yang mereka ikuti.

Kata Profesor Dato` Dr. Mohammad Redzuan, ``Saya bergembira perjanjian kerjasama ini dapat dimetraikan dan kita berdoa kepada Allah semoga menghasilkan natijah yang baik yang memberi faedah kepada kedua pihak, bahkan masyarakat dan Negara.``

Photobucket

Turut sama hadir di samping Dekan dan Ketua Jabatan ialah Dr. Sufian dari bidang Arkeologi Jabatan Sejarah Universiti Malaya yang mengkaji dari segi arkeologi di Lembah Bujang, Kedah. Beberapa pelajar juga turut sama hadir.

Sekian.

May 23, 2012

Fokus Kepada Masyarakat India

Pekan Bangi, 29 Jamadil Akhir 1433 = 21 Mei 2012 (Isnin)

Photobucket

Dua program berturut hari adalah fokus kepada masyarakat India. Pada malam ini diadakan Ceramah Umum bertempat di Dewan Orang Ramai, Pekan Bangi dengan tema ceramah ialah Isu-Isu Semasa. Sebelum tiba waktu ceramah bertiup kencang khabar angin bahawa pihak BN, khususnya Umno akan melakukan provokasi. Menjangkakan kemungkinan berlaku perkara-perkara tidak diingini, persediaan dibuat supaya tidak timbul perkara-perkara sedemikian. Timbulnya khabar angin oleh kerana tokoh yang dipanggil pada malam ini ialah Tuan Haji Mat Sabu Timbalan Presiden Pas. Dimaklumkan ada percubaan mengocakkan suasana.

Photobucket

Ceramah pada malam ini adalah merupakan lanjutan dari Sambutan Tahun Baru India yang diadakan di Padang permainan di Taman Tenaga, berhampiran West Country. Pada malam ini majlis lebih ramai dihadiri orang India sempena Sambutan Tahun Baru India dan penceramah-penceramah juga sebahagian besar dari kaum India. Antara pencermah ialah Tuan Haji Mat Sabu, YB Khalid Samad, YB Manikavasagam, Dato` Hj. Thaslim (India Muslim), En. Kanapatira, YB Teo Nie Ching dan Dr. Shafie Abu Bakar.

Sebahagian besar dari penceramah-penceramah India berucap di dalam bahasa Tamil yang tujuan tidak lain daripada mnenyeru kaum India agar terus menyokong Pakatan Rakyat. Yang berucap paling awal ialah saudara Khalid Samad, yang sengaja meminta berucap awal, kerana mempunyai program di Shah Alam. Beliau mempersoalkan wibawa BN yang hilang arah dan pendekatan. Manakala Tuan Haji Mat Sabu memperkatakan tentang pertanyaan bila pilihanraya akan berlangsung. Menurut Tuan Haji Mat Sabu, dulu dijangka pada 11.11.11, tapi kerana timbul isu cincin tak jadi, kemudian timbul jangkaan pada Cuti Sekolah bulan Mac, tetapi timbulnya isu lembu, maka sekali lagi tidak jadi. jangkaan pilihanraya ke 13, berubah pula kepada bulan Jun 2012, tetapi malang Bersih 3.0 tercetus menyebabkan kebimbangan BN kalah, maka sekali lagi tarikh pilihanraya diapungkan dan tarikh pilihanraya masih menjadi tanda tanya, sedang isu-isu baru yang hangat melibatkan BN semakin timbul .

Photobucket

Pada malam ini oleh kerana ramainya pencermah, maka Adun Bangi dan YB Teo Nie Ching sebagai Tuan Rumah tidak berceramah kerana memberi ruang, terutama kepada pemimpin-pemimpin kaum India berceramah.

Photobucket

Sementara itu sehari sebelumnya pada hari Ahad, Adun mengadakan Sambutan Tahun Baru India kepada masyarakat India. Hadir bersama Adun Bangi, Ustaz Shafie Ngah Ahli MPKj, Saudara Ari Krishna Tores Wakil Masyarakat India, Tuan Haji Rushdi Ketua Kebajikan dan kepimpinan setempat di Taman Tenaga, Kehadiran masyarakat India turun pada pagi itu adalah ramai. Program dipenuhi sukanika, peraduan mewarna dan beberapa program yang lain. Adun dan YB Teo Nie Ching turut mengucap Selamat Tahun Baru India. Tahniah ! Berikutnya Adun Bangi dan YB Teo Nie Ching menyampaikan Cenderahati kepada Masyarakat India dan anak-anak yang menang Sukan.

Photobucket

Sekian.

Sambutan Hari Muzium Peringkat Antarabangsa Di Selangor: Negara Kita Belum Mencapai Sambutan Peringkat Matang - YAB Dato` Menteri Besar Selangor

Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, 01 Rejab 1433 = 22 Mei 2012 (Selasa):

Photobucket

18 Mei adalah Hari Muzium Antarabangsa. Persidangan Majlis Muzium Antarabangsa ke 12 membuat keputusan mulai menyambutnya pada tahun 1977. Muzium Sultan Alam Shah hari ini menyambut Hari Muzium tersebut pada peringkat negeri Selangor yang turut disambut oleh 102 negara yang lain di dunia . Sambutan pada peringkat negeri Selangor dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor. Bertempat di ODT Muzium Sultan Alam Shah. Hadir sama ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat negeri Selangor ialah YB Dr.Ahmad Yunus bin Hairi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan Negeri Selangor, YB Puan Hajah Rodziah Binti Ismail, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, YB Dr. Shafie Abu Bakar Pengerusi PADAT, Puan Hajah Azlinda Bt. Azman, Ketua Pegawai Executive Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Sasterawan Negara Dato` Dr Anuar Ridhuan, Pegawai-Pegawai Kerajaan pada peringkat Negeri dan Persekutuan dan para jemputan.

Photobucket

YAB Dato` Menteri Besar Selangor dalam ucapan perasmiannya menyatakan, ``Kesedaran permuziuman di Negara kita belum sampai peringkat matang.`` Ianya bermaksud tahap kesedaran tentang pentingnya institusi muzium sebagai arkiv maklumat, ilmu dan budaya di kalangan masyarakat tidak tinggi sebagaimana di Negara Barat yang melihat Muzium sebagai institusi yang mencerminkan ketinggian budaya dan peradaban. Ianya setara dengan institusi ilmu yang dikenali dengan `perpustakaan`. Cuma perpustakaan berkomunikasi dengan pengguna melalui tulisan dan Muzium dengan artifek yang terbuka untuk diinterpretasi., tetapi sama-sama memberi maklumat dan menambahkan kebijaksanaan. YAB mnyebut lawatannya ke Eropah dan melawat ke Muzium yang mempamerkan lukisan Van Goh dan Leonardo Da Vinci dengan lukisan Mona Lisa, untuk mendapat peluang melihat, maka terpaksa beratur berjam-jam bersesak-sesak terlebih dahulu kerana terlampau ramai yang mau menyaksikan. Menurut YAB Dato` Menteri Besar, ``Di New York terdapat 7 buah muzium yang kalau mau dilawat secara sempurna memerlukan masa berhari-hari.`` Tahap penghargaan dan penghayatan terhadap muzium sebagai institusi ilmu dan warisan di Negara kita belum sampai ke tahap yang sedemikian. Ini adalah merupakan cabaran bagaimana mencelik mata minda masyarakat menghayati budaya, ilmu dan seni yang mencerminkan keluhuran jiwa dan seni budaya itu sendiri.

Photobucket

Menurut YAB Dato` Menteri Besar, ``Muzium bukan koleksi benda mati,, tetapi adalah cerminan wajah silam bagi melihat masa depan dengan lebih luas dan terang.`` Muzium juga mencabar kreativiti, misalnya bahan semasa boleh dipamerkan seperti I-Pad dan segi evolusi penciptaan dan revolusi kepenggunaannya yang menjadi budaya kehidupan moden. Beliau memberi contoh usaha menarik pembaca di Perpustakaan Tun Uda yang baru dibuka, katanya, ``Dulu pengunjung yang datang membaca hanya 20 orang, tapi dengan kreativiti dan inovasi dapat menarik pembaca hingga 2,500 orang. Muzium Sultan Alam Shah seharusnya berdaya kreatif dan maju yang dapat menarik pengunjung ke muzium. Namun dari satu segi antara cara melariskan muzium di zaman teknologi dan komunikasi canggih, ialah kalau dahulu khalayak datang ke muzium – memang mereka digalak datang, tapi dengan komunikasi moden, satu pendekatan bagi melariskan muzium ialah muzium datang kepada khalayak melalui teknologi komunikasi canggih kini. Pendeknya asset utama ialah minda manusia yang kreatif dan inovatif yang boleh memecahkan kebekuan dan meneroka kemajuan. Beliau memberi contoh muzium yang baik dengan artifek gelas yang sangat tinggi mutunya di Saint Peterberge, Russia, artifek-artifek di Muzium Tokapi di Turki, bahkan Borobudur di Jawa, Mampukah kita menjejaki warisan dan permuziuman yang tinggi mutu ini sebagai sumbangan kita pada perbendaharaan kemanusiaan?

Photobucket

Selepas Perasmian YAB Dato` Menteri Besar diiringi melawat pameran-pameran yang terdiri dari berbagai artifek, tenunan, sulaman dan berbagai demonstrasi ketukangan secara life dan menarik.

Sekian.

May 22, 2012

Menghargai Jasa Guru Oleh Pasti Dan Paksi Serdang

Dun Bangi, 28 Jamadil Akhir 1433 = 20 Mei 2012 (Ahad):

Pada hari ini ada dua program Sambutan Hari Guru yang diadakan di Dun Bangi yang kedua-duanya mendapat sponsor dari Adun. Oleh kerana fungsi sama, bahkan hari sambutan dan masa hampir sama, kecuali tempat berlainan, Adun pernah mencadangkan kedua pihak berkenaan yang datang menemui Adun pada masa yang berlainan, Adun cadangkan kedua-dua sambutan yang sama tujuan ini dapat disatukan, supaya sambutan lebih kelihatan menarik dan meriah dengan peserta yang ramai, di samping dapat menjimatkan masa dan kos.

Photobucket

Alasan yang diberi pertama Sambutan pada peringkat Pasti (diadakan di NIOSH), bahawa Sambutan Peringkat Pasti di Serdang pada kali ini diamanahkan juga untuk disambut peringkat negeri, sebab itu tidak sesuai disekalikan. Menurut saudara Shahrul Nizam, sempena Sambutan Pasti pada peringkat negeri di Serdang, maka diambil peluang sambutan Pasti peringkat kawasan Serdang pada sebelah pagi dari jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi dan Adun dijemput merasmi dan menyampaikan penghargaan kepada guru-guru pada sebelah pagi. Hadir pada sebelah pagi ini selain dari saudara Shahrul Nizam ialah Ketua NGP Puan Norlela Ibrahim, Majlis Guru Pasti, Pengerusi-Pengerusi Pasti, AJK Sambutan dan guru-guru. Tema Sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Pemacu Kemenangan Ummah".

Majlis berjalan secara ringkat bermula dengan ucapan dari Pengerusi Pasti Kawasan Serdang saudara Shahrul Nizam mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Adun dan ucap tahniah kepada AJK Pelaksana yang telah berusaha menyempurkan Majlis pada pagi ini. Terima kasih juga kepada guru-guru yang hadir dari seluruh Pasti Serdang sehingga Ruang Dewan NIOSH di bangunan baru dan baru digunakan kelihatan penuh dengan guru-guru. Menurut saudara Shahrul Nizam, ``Setakat ini jumlah kelas Pasti di Serdang ialah 23 kelas dengan 2,020 murid dan 110 guru.`` Menurutnya lagi, ``Sambutan terhadap Pasti al-Hamdulillah amat menggalakkan.

Photobucket

Dalam ucapan ringkas Adun memuji pentadbiran Pasti di Serdang adalah merupakan kawasan yang terkedepan dari segi kemajuan. Kepercayaan Pasti Negeri memilih Pasti Serdang sebagai tempat sambutan 2012 bererti kawasan ini adalah kawasan yang maju. Diharap Pasti Serdang akan terus berkembang dengan memberi didikan terbaik kepada anak-anak dan menambahkan kepercayaan ibu bapa terhadap Pasti sebagai pilihan menghantar anak-anak mereka. Hari Sambutan Guru seperti hari ini menandakan ada kelebihan pada guru-guru dan jasa-jasa mereka yang patut dihargai, sebab itu wajar sekali sambutan sedemikian bagi menghargai jasa-jasa guru yang mengajar di Pasti Serdang. Penghargaan juga bererti sebagai motivasi kepada mereka untuk berkhidmat lebih cemerlang dengan dedikasi dan ikhlas, kerana kerjaya guru kerjaya mulia, dihormati masyarakat dan insya Allah mendapat ganjaran pahala dari Allah.

Photobucket

Dalam Majlis Sambutan Hari Guru ini penghargaan diberi kepada guru-guru seperti Guru Cemerlang, Guru Dedikasi, Guru Berkhidmat Terlama, Guru Berpotensi dan setiap guru diberi imbuhan yang diterima melalui wakil setiap Sekolah. Adun diberi penghormatan menyampaikan penghargaan.

Photobucket

Manakala Majlis Penghargaan Kepada Guru-Guru kedua dianjurkan oleh PAKSI bertempat di ODT, KUIS. Adun dijemput hadir pada peringkat akhir majlis pada tengahari hari tersebut. Oleh kerana kehadiran Adun pada peringkat akhir dan tidak dibekalkan dengan sebarang pamflit sebagai panduan, maka Adun tidak ketahui apakah program sejak dari pagi. Kehadiran Adun bagi setiap program yang melibatkan peruntukan dari Adun, bukan saja untuk merasmi pembukaan atau penutup, tetapi lebih kepada membuat penilaian terhadap program yang diadakan sama ada bermutu atau sebaliknya dan jumlah peruntukan yang diberi sesuai atau tidak. Bersama dalam majlis pada waktu itu ialah Profesor Dr. Muhaya Haji Muhammad, Puan Zuryati Yassin Ketua Muslimat Pas Serdang, Datin Muhibbah Ketua Paksi, saudara Murtadha selaku Pengerusi majlis.

Photobucket

Pada masa ketibaan Adun Profesor Dr. Muhaya Muhammad seorang Pakar Mata yang kini terlibat di dalam kegiatan motivasi sedang menyampaikan ceramah. Walau bagaimana. Adun tidak dapat membuat laporan mengenai Ceramah, kerana jemputan pada hujungan. Pada masa Adun tiba Adun dapati ruang dewan tidaklah penuh. Walau macam mana Adun mengucap tahniah kerana kejayaan mengadakan Hari Guru dan wadah pada peringkat Paksi sewajarnya lebih bersifat intelektual berbanding dengan peringkat Pasti. Namun Adun mencadangkan agar difikirkan pendekatan yang lebih bervariasi dari tahun ke tahun. Adun hadir dengan menyampaikan ucapan perasmian ringkas dan menyampaikan penghargaan kepada dua tokoh guru pada peringkat Kawasan Serdang iaitu:

Tuan Haji Imam Supaat bin Abdul Rahman Mantan Guru dan Bekas Imam. Beliau diwakili anaknya.

Photobucket

Penghargaan kedua ialah Ustazah Hajjah Bushra Mantan Pensyarah Fakulti Islam, UKM. Beliau juga diwakili anaknya.

Photobucket

Sekian.

May 21, 2012

Ikatan Kasih Bakti Siswa UPM & Gotong Royong

BBB, 28 Jamadil Akhir 1433 = 20 Mei 2012 (Ahad):

Pagi ini Adun ke Kampung Bahagia Bangi bagi meraikan mahasisaw/I UPM yang melaksanakan Program Ikatan Kasih Bakti Siswa UPM 2012 yang dijalankan di Kampung Bahagia Bangi dengan kerjasama JKK Kampong Bahagia Bangi yang diketuai oleh Ketua Kampong En. Norazlan Nordin, manakala 70 orang mahasiswa/I yang kebanyakannya tahun satu diketuai saudara Muhamad Azim bin Kamal dengan Fasilitator ialah Puan Nurul Farhana dan En. Rajan

Photobucket

Bagi mahasiswa/I berkenaan Projek Ikatan Kasih Bakti Siswa ini adalah merupakan sebahagian dari Kursus Kegiatan Luar Kampus yang mesti diambil oleh setiap siswa/I, tanpa mengambilnya akan dianggap gagal. Kehadiran siswa/siswi ini diraikan oleh Ahli JKKK dan penduduk seperti Dr. Azmi, saudara Sanusi dan beberapa yang lain. Adun bukan setakat dijemput, tetapi juga memberi peruntukan bagi program yang berkenaan. Ketibaan Adun di sini bagi merasmikan program gotong royong membersihkan kawasan sekitar surau, balai raya dan sekitar kampong

Photobucket

Majlis bermula dengan nyanyian Negaraku dan diikuti dengan pembacaan doa. Kemudian Aturcara dimulakan dengan ucapan dari Pengarah Program saudara Muhamad Azim bin Kamal menyatakan, bahawa beliau mengucapkan terima kasih kepada Ketua Kampong dan AJK yang sudi menerima kehadiran mereka sempena Program Ikatan Kasih Bakti Siswa UPM dan menurutnya, program lebih bermakna dengan kehadiran Adun. Beliau berharap melalui program ini siswa/I dapat memahami kehidupan penduduk di Kampong Bahagia dan dapat menjalinkan hubungan silaturrahim antara siswa/I dan penduduk.

En Norazlan dalam ucapannya mengalu-ngalukan kehadiran siswa/siswi untuk bergotong royong di kawasan Kampong Bahagia dan berharap usaha membersih kawasan akan menyedarkan penduduk untuk terus menjaga kebersihan dan kesihatan. Beliau berharap aktiviti berjalan lancar dan diharap tidak menimbulkan sebarang masalah. Beliau berterima kasih kepada Adun Bangi yang bukan saja menyediakan masa datang meraikan siswa/I, tetapi juga memberi peruntukan bagi membantu kegiatan gotong royong yang berlangsung.

Adun Bangi mengucapkan terima kasih kepada Penganjur dari UPM yang memilih Kampong Bahagia bagi menjalankan gotong royong. Ini bukan pertama kali siswa/I turun ke kampong di Dun Bangi, kunjungan seperti ini dilakukan oleh siswa/I dari Uniten, Kuis dan Universiti Pertahanan Nasional. Kehadiran mereka diharap dapat memupuk persefahaman yang baik antara Adun, Ketua Kampong dan penduduk dengan siswa/i. Selain dari gotong royong diharap siswa/I dapat memberi penerangan dan semangat kepada pelajar-pelajar yang ada di sini bersungguh-sungguh dalam pengajian.

Selepas upacara Perasmian sesi bergambar beramai-ramai diadakan dan gotong royong bermula.

Photobucket

Sementara itu pada hari ini Adun menghadiri tiga lagi kegiatan gotong royong, sebelum ke Kampung Bahagia Bangi, jam 8.30 pagi Adun Bangi terlebih dahulu ke Seksyen 3 bagi merasmikan gotong royong bagi Pangsapuri Seksyen 3 berkenaan. Kehadiran Adun disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Penanja Penduduk, Haji Mohd Dawam Mokhtar dan penduduk setempat. Mereka beramai-ramai turun lebih kurang 100 orang bersedia untuk bergotong royong. Adun diminta berucap ringkas dan memuji semangat dan kerjasama penduduk bagi membersih kawasan secara bergotong royong. Adun mengingatkan kesihatan adalah perkara penting, tapi kita tidak menyedari nikmatnya, kecuali apabila kita sakit. Tapi kita tak mahu sakit, sebab itu sama-samalah kita menjaga kebersihan dan kesihatan agar kita terus hidup dalam keadaan sihat. Pada hari ini juga Adun berkunjung ke kegiatan gotong royong membaiki Pondok Menunggu di Jalan 3/6J membaiki Pondok berkenaan. Walau bagaimana Adun tidak berkesempatan bersama bergotong royong, kerana majlis sudah berlalu, walau bagaimana kehadiran Adun ditunggu dua orang AJK dan menerima sumbangan cek RM3000 dari Adun bagi membaiki pondok menunggu di situ.

Photobucket

Sementara itu pada tengahari hari ini Adun juga ke Jalan 4/6B bagi merasmikan Hari Kecemerlangan Pelajar. Semalam (kelmarin) sebenarnya Adun telah turun di sini bagi menyertai kempen anti denggi yang diadakan oleh Penduduk diketuai Tuan Haji Abd. Shukor Mohd Ali Pengerusi Persatuan Penduduk dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kajang. Pihak MPKj juga menghantar tenaga kerja dan lori bagi mengangkat sampah. Setelah melakukan pembersihan semalam maka pada tengahari ini diadakan Majlis Hari Keluarga dan Keraian pelajar-pelajar cemerlang. Menurut Tuan Haji Abd. Shukor Mohd. Ali terdapat 3 orang pelajar cemerlang SPM 2011 dan 5 orang lulus cemerlang bagi peringkat PMR.

Photobucket

Photobucket

Adun Bangi menyampaikan Anugerah Cemerlang kepada pelajar-pelajar dan berkesempatan makan tengahari bersama penduduk.

Sekian.