BBB, 22-23 Sya`ban 1433 = 12-13 Julai 2012 (Khamis- Jumaat):

Aishah yang terkenal dengan beberapa lagu hitnya seperti Janji Manismu dan beberapa yang lain menyebut bahawa kalau dahulu dia menumpukan perhatian pada menghafal lirik lagu, tetapi kini Alhamdulillah tertumpu perhatiannya pada menghafal ayat-ayat Al-Quran dan Hadith-Hadith Nabi. Aishah yang kini tinggal di Ampang itu menceritakan latar belakangnya yang tinggal di New Zealand selama 10 tahun, kerana menuntut ilmu dan terlibat di dalam bidang muzik bersama kumpulan anak muda di sana dan pulang ke Malaysia pada tahun 1988 mendapati keadaan politik di New Zealand lebih telus berbanding dengan Malaysia. Beliau resah dengan politik kewangan yang pemerintah merasuah rakyat dengan apa yang diistilahkan sebagai BR1M, ketirisan kewangan Negara dan pembelian kapal selam Scorpene dengan harga RM7.5 bilion yang kini tersadai. Menurutnya dengan jumlah wang sebanyak ini dapat disediakan 1.5 juta buah rumah yang dapat diagihkan kepada rakyat. Beliau yang bersama menyaksikan perarakan BERSIH, bagaimana media memutar belit maklumat, kononnya disertai 3000 orang sahaja. Inilah menurutnya antara yang menghilangkan kepercayaan kepada pemerintah sekarang. Aishah diserbu peminat, terutama dari kalangan nisa' dan muslimat yang minta bergambar bersama.

Ustaz Ridhuan Mohd Nor menggalurkan kebangkitan yang berlaku di Timur Tengah, khususnya di Mesir, mulai dari Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh kepada Hasan Al-Banna bertentang dengan rejim Jamal Abdul Nasir, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak. Ramai daripada mereka syahid seperti Hassan Al-Banna, Abdul Qadir Audah, Abdul Fattah Ismail dan Syed Qutb. Kemenangan Muhammad Mursi dalam pilihanraya di Mesir oleh Ikhwan al-Muslimin memberi harapan baru kepada rakyat Mesir, Palestin dan uamat Islam.

Manakala pada hari Jumaat malam Sabtu diadakan Ceramah Perpaduan Anjuran Dewan Himpunan Serdang. Ceramah bertempat di Balairaya West Country. Hadir pada malam ini ialah Cikgu Jaafar Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Selangor, saudara Sani Hamzan Exco pemuda Pas Pusat, YB Manikavasagam Ahli Parlimen Kapar, Ustaz Shafie Ngah YDP Pas Serdang, saudara Hari Krishnan, Ketua Dewan Himpunan Pas Serdang, Cikgu Ravi dan penduduk setempat, khususnya dari kalangan penduduk India.
Cikgu Jaafar memulakan ucapan dihadapan pendengar-pendengar yang majority orang India. Beliau menceritakan penyelewengan-penyelewengan pemerintah BN. Penipuan yang cuba dilakukan terhadap pendaftaran pengundi. Beliau mengharapkan pengundi-pengundi India terus memberi sokongan terhadap Pakatan Rakyat. Adun Bangi bercakap tentang usaha kerajaan Pakatan Rakyat memberi tanah kepada rakyat yang tidak bertanah seperti pemberian tanah kepada Kaum India (24 orang) dan (12 orang) Kaum Cina di Pinggiran Desa Seroja di Jalan Reko. Adun juga bercakap tentang Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor dan berbagai skim dan projek yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Selangor kepada rakyat Selangor. Berucap sama ialah YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang yang mempersoalkan sikap boros kerajaan BN yang menabur kewangan secara tidak berhimat. Kerajaan sekarang menanggung hutang negara hingga sejumlah 1/3 trilion dan kemungkinan negara terjerumus ke dalam bankrupsi. Kerajaan seperti di dalam perjudian yang jika mereka menang di dalam pilihanraya ke 13, maka cukai akan dikenakan bagi membayar hutang antaranya GST dan jika mereka kalah, maka pihak kerajaan yang mengambil alih pemerintahan akan terbeban dengan hutang.
Saudara Sani Hamzan bercakap tentang isu semasa yang makin tumbuh dan menggerunkan BN sehingga tidak berani menentukan tarikh pilihanraya. Mereka bimbang kiranya pilihanraya ke 13 ini merupakan pengakhiran bagi mereka memerintah. Lantaran itu mereka teragak-agak dan masih tidak berkeyakinan untuk mebuat keputusan.

Tokoh yang amat menarik minat masyarakat India di sini ialah YB Manikavasagam yang berucap di dalam bahasa Tamil. Pendengar-pendengar India sering bertepuk tangan mendengar ucapan beliau yang agak keras dan mencabar polis. Ucapan beliau yang panjang lebar dapat mempengaruhi masyarakat India di sini. Selepas beliau berucap beliau dikerumuni oleh masyarakat India di sini. Mereka mengambil gambar-gambar bersama dan kalangan muda pula meminta dari beliau menandatangani autograph.

Sekian.
No comments:
Post a Comment